Saturday

Doa

BY Aidil IN No comments

Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dgn ajaranMu.
Bimbinglah aku menuju keredaanMu yang penuh dengan kecintaan Mu.
Ameen...

Friday

Selamat Menyambut Hari Raya

BY Aidil IN No comments


Dengar lagu raya je, tak sabar nak beraya di kampung halaman. Dah berapa lama yeks aku tak blik kampung?emm..aku rasa last sekali aku balik kampung pada awal bulan ramadhan. Aku berbuka puasa di kampung bersama dengan family aku. Kira baru lagilah. Pejam-pelik tinggal beberapa hari jer nak menyambut bulan syawal. Rasa cepat je masa berlalu. Ptg ni, Opis senyap je. Bayang student pun tak nampak. Mungkin dia orang dah cuti. Emm...Seronoklah dia orang cuti raya dua minggu. Aku kat opis ni, tunggu jam berdetik pukul 5 jer..Okeylah..Sempena bulan yang mulia ni, Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir Batin.

Thursday

No Smoking

BY Aidil IN 2 comments


"No Smoking". Itulah perkataan yang aku acapkali diucapkan kepada rakan2. Ada yang ketawa dan ada yang terkejut bila aku kata begitu dan ada juga yang tak percaya. Pada bulan Jun yang lalu, aku telah berhenti merokok buat kali terakhir dan selama-lamanya. Aku macam tidak percaya dengan semangat diriku ini kerana aku telah berjaya berhenti merokok. Pada mulanya aku berhenti merokok aku sering mengantuk dan menguap kerana tidak merokok. Mungkin itu salah satu faktor bila aku tidak merokok. Badan menjadi lemah dan aku terkena serangan selsema. Perkara ini berlaku selama 2 minggu berturut2. Tp lama kelamaan semuanya beransur pulih. Alhamdulillah akhirnya aku telah berjaya berhenti merokok dan aku telah menyahut cabaran kerajaan "Tak Nak" yang telah di war2kan oleh media cetak dan media digital. Aku telah berjimat lebih kurang Rm200 sebulan untuk membeli rokok (banyak tu). Duit ini bolehlah aku belanja benda2 yang perlu.

Mengikut sejarah, aku telah merokok berumur 17 tahun iaitu pada tahun 2000. Semuanya berpunca daripada aku sendirilah. Takkan aku nak salahkan orang lain plak. Lama gak aku hisap rokok ni, pejam pelik dah lapan tahun aku hisap rokok. Mesti paru2 aku dah hitam ni. Pada mulanya sehari 2-5 batang. tapi lama kelamaan aku telah menghisap rokok lebih kurang 10-15 batang sehari. Sampai tekak aku terluka kerana aku kuat merokok. Selain tu aku dah tak terasa rokok kenikmatan merokok. Akhirnya aku tekad untuk berhenti merokok.

Kepada kawan2 ku yang merokok, aku harap berhentilah merokok. Merokok tu membahayakan kesihatan.

Hari pertunangan

BY Aidil IN No comments


Tanggal 9/3/2008 adalah hari yang paling aku happy sekali kerana pada tarikh inilah aku telah di gelar tunagan orang. Penat lelah selama ini akhirnya aku berjaya bertunang. Aku mengenali Si dia semenjak aku study kat ILP dulu. Seingat aku pada tahun 2002. Pada masa tu aku dan dia ni memang malu nak berjumpa. Almaklumlah baru nak berkenalan. huhuhu.. Pada mulanya aku memang nak berkawan jer, tapi akhirnya aku telah jatuh hati pada Si dia. Hati ini terasa rindu bila berjauhan dengan si dia. Seingat akulah, masa dah nak abih study baru aku luahkan padanya yang aku Cinta padanya. Itupun melalui telefon...kuang...kuangg.kuangg..Dan si dia pun menerima aku dengan hati terbuka.Eh...aku dah lari tajuklah..kembali ke hari pertunangan aku, pada hari tu, aku memang gembira sgt2. Walaupun duit banyak membeli barangan persiapan pertunangan tp hati aku still happy. pihak aku telah membawa 11 dulang (banyak juga tu), dan pihak perempuan membalas 17 dulang (ewah2...lagi banyak..)



Selepas majlis selesai aku bawa orang kampung aku ni ke KLCC dan Eye On Malaysia di Tasik Titiwangsa (tempat aku dating.). Seronok dia orang pi sana. Pada mulanya, aku nak belanja dia orang pi Genting Hightland tp ada beberapa orang nak balik Johor. So terpaksalah aku bawa dia orang pi KLCC dan TT. Selepas puas berjalan2, kami pun pulang ke Kluang, Johor. Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Family aku terutama Ibu bapa ku, abg nuar dan keluarga, nora dan keluarga, inca dan Fatin. Tidak lupa juga pada En. Mail, Makcik umi, Haji bachuk dan isteri serta Tuah dan Muzamil, Salam dan emi serta sepupu yang berada di Sri petaling kerana meriahkan majlis pertungan aku nie. Semoga Allah akan membalas jasa mu. Wassalam....