Tuesday

Open House dan Santai

BY Aidil IN 2 comments

Raya umah Shah IT

Kebiasaanya selepas 2-3 hari raya ramai yang akan buat open house. Ramai gak kat opis aku ni buat open house. Mcm2 makanan ada. Pada 11hb umah shah wat open house. Menu umah shah ialah mee bandung Muar dan soto. Fuh..Sedap beb. Keesokkannya umah Dr Kamarudin (Pengarah IT) buat open house. Kita orang gelah beliau sebagai Dr K. Sedapkan nama tu. Kat umah beliau ada sate dan soto. Lepas tu pi umah sepupu syahwan di bukit mahkota. kita orang pergi 3 buah kereta. Lepas tu pi umah Faizal IT. Menu kat sana Soto. Kenyangnya perut aku nie. Rezeki jgn ditolak. Musuh jgn dicari.

Raya di rumah Dr K.

Lepas pi open house, petangnya aku,zam,salam dan yus pi port dickson. Pada mulanya yus nak ambil pic sunset kat tepi pantai. Bila sampai di sana je terus nak mandi. Suar mandi tak bawa. Emm. Mcm mana nie? Pikir punya pikir, last sekali kita orang terus beli seluar mandi. So kita orang mandi sakanlah. Dah lama tak mandi air masin nie. Kita orang mandi dalam kul 6.45ptg. So tak ramai sgtlah.


Peace Sebelum lemas :)


Lepas mandi perut terasa lapar. Kami mkn berhampiran dgn tmpt kami mandi tadi. Seronok bila mandi laut pada waktu petang2 nie. Kami sempat berposing di tepi pantai. Macam2 posing kami buat. Lepas nie, kami rancang nak buat camping ditepi pantai. Sapa2 yang nak join bolehlah infomation kat aku nie.huhuhu..bagi ramai. Seronok bila ramai2 nie.


aksi flysea


Pose di bahu jalan Port Dickson

Thursday

Satu Hari Di Raya

BY Aidil IN No comments


'Satu hari di raya terkenang pada si dia'. Eewah-ewah..Lepas sembahyang raya jer, aku makan ketupat dan bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang. Seperti biasa di raya tahun yang lepas, lepas bermaaf-maafan aku pergi ikut rombongan marhaban sampai pukul 2.30 ptg. walaupun malam tu aku tido lewat. Tapi mata ni sentiasa terbuka luas. Rugi je kalau watu raya kita tidokan?

Jam menunjukkan pkul 5.00 ptg. So keluarga aku berangkat beraya di kampung plak. utk pengetahuan semua, kampung aku terletak di Muar (Kg. Tengah). Ada sapa-sapa kampung dia kat situ? kalau ada, msg2 lah aku ni..insyaallah, aku akan berayalah..Sampai di kampung pkul 7 ptg. Aktiviti di kampung plak biasanya raya pertama saudara-mara,sepupu sepapat macam2lah bua marhaban di rumah atok. Tp tahun ni ada kelainan skit, ada baca berzanzi plak. Lepas marhaban umah atok, marhaban plak umah makci dan pakcik di muar nie. Tak silap aku 6 buah rumah. Pukul 12 tgh malam baru habis marhaban. Lepas tu aku dan sepupu (ijat,faizal,baha, bobot dan halim pegi main bowling di Bakri, Muar.Pada mlm tu aku berpakain baju melayu. Tak sempat nak tukar kerana yang lain nak cepat pegi main bowloling. Kami main bowling sampai pukul 2.30 pg. Dalam perjalan balik kerumah perut aku terasa lapar. Aku mencadangkan makan mee bandung Muar. Di pendekkan citer, kami pun pergi ke kedai Mee bandung tu. Dah lama tak rasa mee bandung muar nie. Selalunya aku makan mee bandung Muar di area kajang. Tp rasanya kurang sikit dari mee bandung Muar yang ORI. Emm..Jam dah menunjukkan pukul 2.50 pg. Nasib baik kedai tak tutup lagi. Still ramai orang lagi. Biasalah ramai orang bandar pulang ke kampung nie. Kami sampai umah pukul 4 pagi. Fuh..mengantuk gile..Lepas aku letak kepala aku je terus aku tido...

Wednesday

Hati-hati yeks..

BY Aidil IN No comments


Berhati-hati apabila menikmati juadah yang enak dan lazat
sepanjang musim perayaan ini. Kesihatan andan lebih utama.
Kurangkan makanan yang berlemak dan bergula.
Selamat Hari AidilFitri. Maaf Zahir batin

Tuesday

yahoo...(malam raya)

BY Aidil IN No comments

Emm...Pejam-pelik jer dah hari raya. Rasa kejap jer. Syukur alhamdulillah akhirnya aku dapat menunaikan rukun islam yang diwajibkan untuk orang islam berpuasa. Lama gak aku tak pegang keyboard utk menaip ne. Almaklumlah cuti raya.

Aku kat sini nak cite sikit pengalaman aku sempena di hari raya nie. Begini citernya, pada malam raya aku dan dua orang member aku (tuah dan faizal) pegi ke gelang patah. Masa tu jam telah menunjukkan pukul 11.30. Kita orang telah berbincang nak pi lepak Dangga Bay. Itu cadangan akulah. Sbb aku tak pernah pi sana. huhuhuh...Dia orang berdua nie, set (setuju). Kita orang pun gerak menaiki kete faizal.

Dalam perjalanan pegi ke JB hujan turun dengan lebatnya. Lebat tu. Fikiran aku memikirkan sesuatu. Sekiranya hujan lebat dalam masa 1 jam bermakna JB akan banjir. Emm..takpelah..lagipun Tuah nak pi umah sepupu dia dulu sblm pi Dangga Bay. Umah Sepupu dia di Gelang Patah. Akhirnya kita orang telah sampai di Gelang Patah pada pukul 1.00 pagi.Rupa2nya Tuah ni penjual seluar jeans berjenama terutama Jenama BMW dan BOSS. Selesai sudah tawar menawar dan menjual beli jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Mata aku pun dah ngantuk ni. Kita orang pun gerak. Tp rancangan nak pi Dangga Bay dibatalkan kerana kita orang keletihan. Lagipun hujan tak berhenti lagi. Nasi baik tak lebat. Cuma gerimis jer..

Dalam perjalanan Pulang.
Aku tengah layan Felling di tmpt duk belakang kereta, tiba2 ada sebuah kerete di depan main lampu depan. Nasib baik Tuah sempat break. Rupa-rupanya kereta tu tersangkut di dalam air. Nasib baiklah tak jalan terus. Dalam gak. Pikir punya pikir. Aku kena patah balik dan lalu di tmpt lain. Semasa di hightway Tuah ni dah ngantuk sgt. Dia nak tukar drive. Tp masing2 tak nak drive. Jadi dia bawa 40-60 km je. Slow giler. Moto pon lajulah. Lepas Tol Simpang Renggam akuplak yang drive. Masalahnya aku tak bawa cermin mata aku. So aku bawa kejap jer krn aku rabun jauh dan silau. Tuah dah ngantuk gile..Nasib baik Faizal nak bawa. Akhirnya aku sampai di rumah jam 4.00 pg. Alhamdulillah..smpai kat umah gak. Kalau tidak, beraya kat jalan rayalah.