Thursday

Clinik Sepak Takrow USIM

BY Aidil IN No comments



Hujung minggu yang lalu iaitu sabtu dah ahad aku menghadiri Klinik Sepak Takrow yang dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM. Lebih kurang 20 orang termasuk pelajar usim menghadiri klinik ini. Klinik ini dilati oleh Jurulatih Malaysia iaitu En. Haris. Belaiu membawa 4 orang anak buahnya untuk melatih kami. Pada hari pertama training ni menyebabkan kaki dan betis aku sakit. Mana taknya panaskan badan je 1/2 jam. itu baru sikit jer. En. Haris melatih kami cara-cara memanaskan badan dan melebutkan badan. Selain itu beliau mengajar cara menimbang dan mengawal bola dengan baik. Cara lipatan, cara service dan mengangkat bola. Latihan ini tamat jam 5.00 petang.

Pada hari yang terahir plak kami diajar cara yang sama dan ada tambahan iaitu cara2 menanduk bola. Jadual kami memang ketat. Ramai peserta keletihan kerana kurang Stamina. Terumata aku ni.huhuhu. Aku respect kat dia orang ni (En. Haris dan 4 orang anak buah beliau. Semuanya banyak stamina dan paling utama sekali ialah kesabaran. Klinik ini habis pada pukul 3 lebih. Kami mengambil kesempatan bergambar bersama untuk membuat kenangan.

Tuesday

After Kursus Pra Perkahwinan.

BY Aidil IN 1 comment


Hujung minggu yang lalu, aku dan tunangku pergi ke kursus pra perkahwinan. Kami berkursus di dewan sukan di Bandar Tun Razak. Pada mulanya aku mengangap kursus pra perkahwinan ni menyusahkan. Tapi bila dah pergi dan dengan ceramah daripada orang yang berpengalaman kursus ini memang menyeronokkan. Selain itu, aku dapat pengetahuan yang aku tidak tahu sebelem ini.Huhuhu. Kursus ini bermula pada 10/1/2009 hingga 11/1/2009 Akhirnya aku telah berjaya menamatkan kursus ini. Setelah abis kami pun pergi lepak di Tasik permaisuri. Kami sempat merakam gambar2 di taman tersebut. Semua ini adalah untuk kenangan kami bersama. Semoga hubungan kami kekal dan bahagia hingga ke anan cucu dan akhir hayat. Amin.

Friday

Selamat Tahun Baru

BY Aidil IN No comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Emm... Kejap je dah masuk tahun baru. Umur aku pun dah masuk lingkungan 26. Azam tahun lepas 80% tercapai. Fuh..Alhamdulillah akhirnya aku dah 7 bulan berhenti merokok. Duit kawin pun dah cukup. Bersusah payah aku mencari duit kawin ni. Setiap bulan aku simpan Rm1000-Rm1500 sebulan. kalau ada lebih tu aku simpan lebihlah. Aku kena jimat cermat dengan perbelanjaan aku ni. Itu azam tahun lepas. So azam tahun baru 2009 ni, aku nak beli kereta baru. Huhuu. lagi aku nak bina rumah tangga yang bahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat.Amin. Lagi azam aku ni, aku nak jadi seorang yang yang beriman kepada Illahi. Semoaga Allah akan makburkan segala permintaan aku ini.Amin.