Monday

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

BY Aidil IN No comments

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut `juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, `Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.


"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)


Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting) , perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

`Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:


"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)


Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-


Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-`Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .


Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :


"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Friday

Kenali Personaliti Diri Melalui Tarikh Lahir

BY Aidil IN No comments



Perkara: Kenali Personaliti Diri Melalui Tarikh Lahir

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai


- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Intelektual


- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.




Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Perintis


- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon
- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Persediaan perkahwinan

BY Aidil IN 1 comment



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru2 ini pada hari sabtu (11/4/2009) yang lepas family aku datang ke KL kerana hendak menguruskan tarikh perkahwinan aku. Keluarga aku datang ke Kl menaiki kereta abang aku yang tinggal di Johor. Pada pukul 3.30 petang aku dan keluarga aku sampai di rumah tunang aku di cheras. Kedatangan kami disambut baik. Tujuan ibu bapa aku ke rumah tunang aku hendak berjumpa dengan keluarga tunang aku. Setelah berbicang mengenai tarikh perkahwinan aku, akhirnya kami akan berkahwin pada 11/7/2009 (nikah) dan 12/7/2009 (sanding) dan belah lelaki pada 19/7/2009. Sebelum ini tarikh ini aku dan tunang telah berbincang bersama. Cuma keluarga aku dan keluarga tunang aku mahu menetapkan tarikh yang sebenar sebagai perjanjian antara satu sama lain. Selain itu, aku telah menyerahkan duit hantaran perkahwinan berbentuk cek sebanyak Rm6670.00 kepada keluarga mereka. Banyak gak duit tu. Duit aku kumpul tu. huhuhu..



Selepas itu, aku bawa family aku pergi ke pasaraya Sogo yang popular di KL nie. Pada masa tu ada jualan murah. So keluarga aku ni shopinglah kat Sogo tu. Selepas itu kami pulang ke Rawang umah akak aku.

Pada hari ahad aku bawa keluarga ibubapa aku ke Nilai 3. Mak aku ni memang teringin sagat nak ke Nilai 3. So pagi aku bawalah ke Nilai 3 bersama dengan tunang aku. Mak aku beli bunga kecil dan beg kertas. Aku pula beli bunga telur sebanyak 100 bunga jer. okeylah tu. Selepas itu aku bawa ke Sogo. Mak aku shoping lagi. emm..Aku just tgk2 je. biasalah. kena berjimat. huhuhu. Selepas 1 jam shoping kami pulang ke Rawang pada jam 8.00.

Tuesday

"TUJUH EMOSI Pengganggu Kesihatan"

BY Aidil IN No comments



Manusia tidak luput dari terkena penyakit. Semenjak dari kecil, manusia sudah mengenal sakit, sampai menjelang ajalnya sering dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk mengatasi penyakit, telah dicuba dengan berbagai-bagai cara pengubatan. Walaupun ilmu kedoktoran maju begitu pesat sekali tetap masih ada penyakit yang tidak diketahui sebabnya.

Walaubagaimanapun, Ilmu pengubatan alternatif dan holistik telah membahagikan penyebab penyakit kepada tiga golongan besar.

Pertama, penyakit yang datangnya dari luar tubuh, masuk ke badan melalui kulit, lalu menyerang meridian(jalur bujur)tubuh dan selanjutnya menyerang organ dalam. Termasuk dalam kategori ini adalah penyakit yang disebabkan oleh angin, dingin, panas, lembab, kering, api serta penyakit menular.

Kedua, penyebab penyakit dari dalam yang berasal dari emosi(perasaan) penderita. Termasuk dalam kategori ini adalah tujuh jenis emosi iaitu gembira, marah, khuatir, berfikir, sedih, takut dan terkejut.

Ketiga, penyebab penyakit yang tidak termasuk golongan pertama dan kedua. Dalam kelompok ini contohnya kebiasaan hidup yang tidak teratur(makann minum, bekerja, rehat dll), kegiatan bersenggama yang berlebihan sserta luka dan gigitan binatang.

Adalah wajar bila setiap individu mempunyai ketujuh-tujuh emosi seperti tersebut diatas. Tidak mungkin seseorang individu itu tidak mempunyai rasa gembira, marah, khuatir, takut, sedih, berfikir dan terkejut. Di dalam pengubatan allternatif dan holistik, emosi yang berlebihan secara langsung akan mempengaruhi organ dalam tubuh.

Berikut ini adalah pengaruh tujuh emosi terhadap organ tubuh kita.

SEDIH
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Bila anda sedihkan sesuatu maka emosi ini akan mengganggu perjalanan energi/tenaga. Aliran energi/tenaga akan menjadi lambat bahkan boleh membuat aliran tersebut akan terhenti buat sementara waktu atau tersumbat. Kesedihan yang berlebihan akan menggangggu kerja paru-paru dan jantung. Kerana organ dalam saling berhubungan. Emosi sedih yang berlebihan akan mempengaruhi hati dan organ lainnya bahkan yang parahnya akan mengakibatkan terputusnya hubungan antara jantung dan pericardium( selaput jantung). Akibatnya berlaku pendarahan melalui dubur dan uretra.


MARAH
Hati adalah raja kepada tubuh badan. Kebaikannya akan membuahkan tingkahlaku yang baik dan sebaliknya keburukannya akan membuahkan tingkahlaku yang buruk. Pada keadaan yang normal, hati bekerja dengan baik. Namun begitu ada emosi negatif yang menjadi musuh kepada tubuh anda iaitu kemarahan. Marah akan merangsang hati. Bila marah bergolak, energi/tenaga yang ada di hati akan berbalik naik ke atas, aliran darah naik ke atas serta bergolak. Sebab itu seseorang yang dalam kemarahan, wajahnya akan menjadi merah padam dan badannya akan bergetar.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa hati sakit(sebagai organ) disebabkan oleh sakit hati(sebagai perasaan). Orang yang sedang marah ibarat sedang membawa bara api yang sangat panas. Api itu diharapkan akan dilemparkan kepada orang lain namun sebaliknya api itu tidak akan mencederai sesiapa melainkan akibat buruk akan ditanggung oleh diri sipemarah itu.

Hati berhubungan dengan kandung hempedu. Kerana kemarahan yang membara akan mengakibatkan rosaknya fungsi hempedu itu. Maka yang akan menanggung kesakitan adalah sipemarah itu.


KHUATIR
Bila anda mengkhuatirkan sesuatu perkara atau insiden seperti keadaan anak anda yang kemalangan, suami sakit jantung, anda sendiri diserang kanser otak dan sebagainya maka aliran energi/tenaga pada tubuh anda akan tergangggu bahkan akan lambat. Kekhuatiran yang berlebihan akan menghentikan perjalanan energi/tenaga buat sementara atau tersumbat dan akan mengganggu kerja pparu-paru yang hubungannya sangat dekat dengn usus besar.

Tidak hairanlah orang yang khuatir akan menekan-nekan dadanya tempat paru-parunya berada. Paru-paru dilambangkan dengan warna putih. Kerana itulah orang yang khuatir, wajahnya menjadi pucat. Ini bererti energi/tenaga diparu-parunya tidak seimbang.


BERFIKIR
Al Hassan berkata:"Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah sepanjang malam" dan Ibn Abas mengatakan bahawa: "Memikirkan kebaikan merangsang untuk mengamalkannya. Dan menyesali keburukan merangsang untuk meninggalkannya"

Berfikir dikatakan juga meliputi penggunaan akal, kecerdikan atau fikiran untuk memecahkan ,masalah. Berfikir juga dikaitkan dengan berkhayal atau melamun di saat seseorang mencuba memecahkan seseuatu persoalan yang hanya merupakan khayalan dan buka realiti.

Gangguan ke atas fungsi limpa atau kerja limpa akan berlaku sekiranya seseorang itu terlalu banyak berfikir. Seterusnya akan mengganggu juga aktiviti perut kerana limpa dan perut mempunyai hubungkait yang begitu erat sekali.

Tidak hairanlah seseorang yang terlalu banyak berfikir akan mengalami sakit perut akibat dari gastrik. Semua pergerakkan tendon/otot akan terganggu.


TERKEJUT
Seseorang apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan.

Terkejut dapat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh fungsi buah pinggang. Terkejut yang berlebihan akan membuah buah pinggang dan jantung terluka. Kerana buah pinggang dan jantung mempunyai hubungan yang istimewa. Orang yang mempunyai buag pinggang yang baik biasanya mempunyai fungsi jantung yang baik juga. Jantung yang kuat membuat seseorang tetap bertenang. Orang yang tenang tidak mudah dikejutkan oleh sesuatu yang di luar dugaan. Dapat disimpulkan, orang yang mudah terkejut biasanya mempunyai fungsi jantung yang lemah.


TAKUT
Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeda dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketingggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.

Fungsi buah pingggang dan limpa akan terganggu bila ketakutan yang berlebihan berlaku pada seseorang individu. Sebuah rumah telah dimasuki beberapa orang perompak. Mereka telah mengugut akan merogol si isteri dan anak-anak gadis yang ada di rumah jika si suami tidak menunjukkan tempat simpanan wang. Tentu pada waktu itu, mereka dalam ketakutan yang teramat sangat. Selepas perompak itu melarikan diri dengan barang rompakan mereka, jiran-jiran datang ke rumah mangsa untuk membantu mereka dan di dapati bahawa si suami telah terkencing di tempat mereka diikat. Ini bererti ketakutan telah membuat fungsi buah pinggang menjadi tidak karuan dan akhirnya secara tidak sengaja air kencing pun keluar.


GEMBIRA
Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.

Gembira adalah tanda fungsi jantung dalam keadaan normal. Ini bererti darah, kelenjar limpa dan aliran tenaga berjalan dengan lancar dan baik. Manifestasinya badan sihat. Namun bila kegembiraan melebihi had, perjalanan tenaga dalam tubuh akan bergolak dan tersebar sehingga semangat yang tersimpan di jantung akan bergolak juga. Pada saat gembira, aliran tenaga akan menjadi perlahan.

Banyak contoh yang menunjukkan terlalu gembira akan mengakibatkan bencana pada diri seseorang. Mungkin anda pernah mendengar cerita dimana seorang ayah meninggal dunia kerana terlalu gembira apabila mendapat khabar bahawa anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada hal dia tidak menyangka sedemikian.

Ini adalah satu fenomena yang menyatakan bahawa sewaktu kegembiraan melonjak, aliran tenaga menjadi terlalu laju dan telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada jantung kerana tidak dapat menampung kelajuan tenaga yang datang secara mendadak.

Sebagai kesimpulan, faktor emosi merupakan sesuatu yang perlu diwaspadai. Individu yang mempunyai fikiran yang positif biasanya mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh itu kendalikanlah perasaan dengan sebaik-baiknya agar anda menjadi seorang individu yang sihat.

Saturday

Makna di sebalik hadiah.

BY Aidil IN 3 comments

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN...... ..Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... ......Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... ......Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... ......Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... ......Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. .....Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... ......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ...... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA....... .......Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ....... semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN..... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum ni....
HANDPHONE... tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!...... aku Kan cari mu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup..... [kuang kuang kuang]

*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!!! !

Wednesday

Kisah Pelatih Baru (Selingan)

BY Aidil IN No comments

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.