Wednesday

Mengigau@mimpi

BY Aidil IN No comments

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Pada malam minggu yang lalu aku bermimpi atau mengigau yang amat memalukan diri aku.. Pada masa itu aku tengah tidur di atas katil yang mana mimpi itu sama masa waktu aku tidur. Aku melihat seekor laba-laba sebesar tapak tangan menuruni dari syiling menghala ke arah aku. Aku sangat takut lalu aku megelengkan badan aku supaya aku tidak terkena dari laba-laba tu. Laba-laba tu menghampiri aku lalu aku terus terjaga dan terus mengejut isteri aku "lari-lari, cepat lari..". Isteri aku yang sedang tidur nyenyak terkejut lalu bingkas bangun dari tidur dan lari daripada katil. Isteriku bertanya kepada ku kenapa ni bang". Aku jawab "ada laba-laba besar kat atas katil ni!" pada masa tu aku sendang terkial-kial mencari suis lampu.Rasanya masa tu aku sedang mamai. Isteri aku tanya "cari apa bang". Aku jawablah "mana ni suis lampu"? dengan nada yang mamai.Isteri aku tergelak. "ada kat dinding ni kan. yang abang cari dekat ngan bilik air wat apa?" jawab isteriku. lepas aku buka lampu aku mula mencari laba-laba di atas katil tu seperti yang didalam mimpi aku tu tadi. Cari-cari tak jumpa. "abang mengigau nie?" tanya isteri ku. Lah..Rupa-rupanya aku bermimpi jer.Tp rasa mcm real lah. Buat malu aku jer. Dahlah aku kejutkan isteriku yang sedang tidur tu. malunya aku...Lepas tu aku terus baring di atas katil kerana aku terlalu ngantuk. Isteri aku hanya gelak keseorangan. "abang ni selalu mengigau". Dah lah ngigau kejutkan orang". Isteri bercakap sorang sambil gelak. Aku terus melelapkan mata.


P/s: lain kali kalau nak tidur basuh kaki dan baca doa dulu yeks...:)

Tuesday

Isteri Mengandung

BY Aidil IN No comments


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Semalam bila aku pulang dari kerja aku melihat ke cermin ada barang percubaan mengandung (Pregnant Test) di atas cermin. Bila aku perhatikan keputusan pregnant test tu, aku dapati isteri aku telah mengandung. Aku gembira bila aku dapat tahu khabar itu. Syukur Alhamdulillah. Aku bertanyakan kepada isteri aku, dia hanya tersenyum malu. eleh..malu2 kucing plak. huhuhu..Sebelum ni, aku ada perasan perubahan pada isteri aku, terutama dia asyik nak muntah je. Tp aku tidak pasti lagi samaada dia mengandung atau pun tidak. Tp malam semalam sudah confirmlah isteri aku mengandung. Aku akan mencari hari yang sesuai membawa isteri aku pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan selanjutnya. aku rasa dah 2 bulan isteri aku mengandung ni. huhuhu..Terima kasih kepada Illahi kerana memberi kami augerah yang ini. Alhamdulillah.


Monday

Selamat Hari Raya

BY Aidil IN No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih belum terlambat lagi aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada tahun ini. Lepas naik raya akucuba buka blogspot ni. Tp majikan aku blog web site personal spt wordpress, blogspot dan lain2 lagilah.. Lama gak aku tak buka blog ni.

Disini aku ingin menceritakan perayaan aku pada tahun ini bersama dengan isteri yang tersayang buat kali pertama selepas kami bersama.Tahun ni, kami beraya di Kluang, Jhr. Tentula umah aku dulu yeks. Ikut suami. Kami beraya di sana sampai raya ketiga. Di sana aku dan isteriku beraya di rumah sedara mara dan umah kawan2.Seronok bila beraya besama ni. Selalunya pada hari raya aku beraya bersama dengan member2 aku. Tp tahun ni aku tak dapat nak beraya dengan mereka. Maafkan aku kawan2 kerana tak dapat nakberaya bersama2. Aku harap korang paham dengan situasi aku ni. Aku dapat lepak dengan korang pun sekejep je. itupun hari terakhir aku nak balik ke KL. Aku harap raya tahun depan aku dapat beraya dengan korang semua. Tahun ni dalam sejarah aku dapat beraya di rumah makcik dan pakcik aku. Tak kira pelusuk mana, pasti aku akan sampai. Biasalah baru lepas kawin mesti kena kenalkan pada sedara marakan. betul tak? Lepas raya ketiga aku gerak ke kl. aku beraya di kl plak. Beraya di rumah jiran2 isteri aku ni. Pada hari raya Sekitar KL terasa sunyi. mungkin ramai yg belum balik ke kl lagi nie. kalau tak kl ni mesti jem.

Aku tak tahu nak cite apa lagi. jadi aku nak ucapkan ucapkan:

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin.

Thursday

Sudu Dalam Poket

BY Aidil IN No comments

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat. Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu
dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?" "Sebenarnya" , dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita , sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku
tanya, "Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?" "Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya.
"Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?" "Sebenarnya, " dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi