Monday

Sultan Johor Mangkat

BY Aidil IN No comments


aidilsalim mengucapkan takziah di atas kemangkatan Sultan Iskandar pada hari Jumaat yang lalu.

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia.

Marilah Kita Sedekahkan Surah Al-Fatihah Kepada Al-Marhum Sultan Iskandar.

aidilsalim juga dukacita terhadap penulisan blogger AdukaTaruna

Nabi bersabda, "janganlah kamu memaki atau mengutuk orang yang telah mati kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan." - Sahih Bukhari

Berbuatlah apa jua yang engkau sukai, tapi ingat! engkau pasti akan menerima balasannya nanti. (Al-Ghazali

Repair HP Nokia express music 5800

BY Aidil IN 1 comment

Semalam aku pergi lowyat. Aku pergi sana dengan tujuan membaiki handphone yang baru aku beli kerana rosak. Bila berbincang dengan pekerja di lowyat tu, aku di kenakan bayaran membaik pulih screen hp aku yang pecah tu. Aku mengatakan masih ada waranty lagi. Tapi mereka cakap waranty hilang kalau hp tu terjatuh. Dia kata kepada aku 'Mcm mana boleh pecah kalau hp tu tak jatuh?Orang lain pakai tak pecah pun?mesti hp ni jatuh tak pun ada benda jatuh atas hp nie?'. aku pun malaslah nak bercakap banyak. aku tanya 'berapa kena repair ni? Rm250 jawab pekerja kat situ. Fuh mahalnya repair hp nie. emm.waranty dia bagi pun 7 hari je. baik tak yah repair mcm tu.

Saturday

carik duit yang tak payah pakai duit..register sajer..ada beran..!!!

BY Aidil IN No comments

cuber jer..aku pun tengah test try gak ni..

nak duet x? mst nak kn..bace kt bawh nie..

daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???
haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat
disini,

Wednesday

Aduh...Hp baru aku rosak..

BY Aidil IN No comments


aduihh...hp aku ni baru je beli. Tp dah rosak. geram tul lah. aku ingat rosak biasa. Bila aku belek2 rupanya rosak teruklah. Screen dia pecah. Tp mcm mn boleh pecah? Walhal aku tak langgar apa2 pun. Semua ini dugaan bagi aku. aku bengang sgt terus aku 'Off' handphone aku ni. jadi pada hari tu (isnin 4/1/2010) ramai yang tak dapa call aku. Aku minta maaflah pada kawan2 dan staff tmpt kerja aku. Bukannya aku sengaja nak buat mcm tu. Tp terimalah hakikat yg ni hp aku. Rosak palk tu. Lainlah korang bagi aku free. Tak pelah gak kan. Sekarang ni aku guna hp bini aku. Nasiblah dia ada dua. Kalau satu nampaknya sebulanlah korang tak dapat call aku.

Aku berharap sangat majikan aku bagi aku hp. Iyerlah. Kebanyakkan yang call aku ni staff tmpt kerja aku. Almaklumlah aku ni tekcikal XXX. So bila dah jadi mcm ni yang susah bukan aku. Dia oranglah. Kalau dia orang tak leh nak soft problem memang terukalah. Balik2 aku gak yang kena. Alasan susah nak call lah, Luar kawasanlah. Mcm2 lah alasan. So yang jadi mangsa orang bawahan. Beginilah kerja. Patutnya perkara ni, perlu di ambil perhatian. Tak kiralah kat tmpt kerja aku atau kat tmpt lain. Hp murah pun okeylah. Baru berapa je? Orang asyik call aku je. Bila bateri rosak tak de pun nak ganti rugi. Tapi bila orang atasan dapatlah hp percuma. Bukan tu jer, bil pun percuma. Apa nak jadi zaman sekarang nie. Betull apa kata orang yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya raya. Adil ke mcm nie?

Tuesday

Selamat Tahun Baru 2010

BY Aidil IN No comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekejap saja masa berlalu. Dari tahun 2009 pergi ke tahun 2010. Macam 2-3 hari je. Kalau tahun baru mesti semua orang berazam dengan azam baru. Termasuklah diri aku ni. Azam tahun lepas adalah 2-3 perkara yang aku sudah laksanakan. Syukur Alhamdulillah. Azam yang belum terlaksana aku akan bawa ke tahun ni. Jadi azam tahun ni aku berazam ingin membeli rumah,kerja dengan rajin dan amanah, menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab. huhuhu. selain itu semua orang nak berazam jadi anak yang soleh. Termasuklah diriku ini. Aku bermohon kepada Illahi semoga azam aku ini akan termakbul dan tercapai dengan baik. Doakan aku berjaya hingga akhir hayat. Amin.

Emm..Biasalah malam tahun baru ni, aku, isteriku, adik isteri ku (azimah) dan kakak beliau (hamiah) menyambut tahun baru di Bagan Lalang. Aku malas nak pergi ke dataran tu. sesak sangat. Jalan Jem. Aku ni memang tak suka sesak2 nie. So kami pergi ke Bagan Lalang makan ikan bakar dan lauk2 yang lain. emm.sedap gak lauk malam tu. Abihlah lauk pada malam tu. Lepas tu kami pergi jalan2 di kedai ditepi jalan. Sedang tengah belek2 pakaian tiba-tiba mak aku telofon. Mak aku bagi tahu misah tak leh kuar mlm nie kerana ada gerhana bulan. Jadi aku pun terpaksalah pulang awl kerana ikut petua orang tua. Aku tak tahu apa akan jadi orang mengandung tgk gerhana bulan nie. Mak aku pesan banyakkan berdoa.

Pada siang tahun baru ni, kami pergi ke Teluk Kemang, Port Dickson. Kami bersama dengan bekas kawan sekolah isteri aku semasa di IKB (Institut Kemahiran Baitulmal). lepas mandi2 di sana kami pulang pada pukul 4 petang. Belah malamnya aku balik ke rumah mak mentua ku di KL.

P/s. Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakya Malaysia. Semoga Malaysia akan aman,makmur dan lebih maju lagi.