Thursday

Akhirnya engkau pergi jua

BY Aidil IN No comments

(Gambar kenangan semasa konvokesyen di Pusat Konveksyen Center di Putrajaya) pd 12 Disember 2004)
 Dari Kiri Fitriah, Amin, Gobi, aidil, Khairul, Wan Suhaimi, Amni, Saip dan Ikhsan

Bila ku terkenang kembali sewaktu belajar di ILP dulu, teringat senyuman dan kegembiraan kau sewaktu bersama. Aku masa ingat kita mengaji di bulan puasa di sebuah surau bersama dengan rakan2 yang lain. Kita mengaji sampai khatam Al-Quran. Buka berpuasa bersama dengan rakan2 yang lain. Teringat masa dalam kelas kita selalu mengambil gambar bersama dengan rakan2 yang lain. Persahabatan kita tidak berakhir di zaman belajar ILP. Tapi ia berterusan hingga kini. Aku masijh ingat kau hadir dalam perkahwinan ku dan aku ingat apa hadiah kau pada ku. Terima kasih pemberian mu itu. Malah kau pernah berkongsi cerita kepadaku yang kau akan bawa ibu kau pergi haji. Aku bersyukur dengan niat murni kau. Kau anak yang soleh Ikhsan. Kau anak yang patuh pada ibu.

Pagi 7/8/2010 aku dapat khidmat SMS yang mengatakan kau terlantar di hospital Batu Pahat. Aku dapat berita yang mengatakan kau sudah lupa ingatan. Aku rasa macam gelisah bila dengar berita itu. Jadi aku mengambil keputusan untuk melawat kau di sana. Waktu itu, aku memang hendak balik ke Kluang. Jadi aku singgah melawat kau Ihsan. Bila sampai di sana aku tidak dibenarkan masuk kerana waktu melawat belum tiba masanya. Jadi aku, isteri dan anak aku yang baru berusia 1 bulan lebih pergi ke cafe hospital kerana kelaparan. Pukul 4.30 pm barulah aku dibenarkan masuk untuk melawat kau. 

Bila aku melangkah masuk ke wad 8, aku terasa sedih kau terlantar di atas katil. Memang benar khabar yang diberikan kau lupa ingatan. Ko tak kenal siapa aku. Tp itu tidak membuatkan aku berasa kecil hati. aku paham dengan keaadan kau. Aku cuba berbual dengan kau walaupun kau selalu membuka cerita lain yang tidak berkenaan yang kita bualkan. Aku di beritahu ibu kau yang perut kau di bedah. Lagi bertambah sedih hati ini. Kau tidak mengetahui perut kau dibedah malah kau tidak merasa keperitan itu.Aku bertanyakan keaadan kau kepada doktor. Doktor mengatakan masih tidak mengetahui penyakit yang kau alami. Semua antibiotik telah doktor bagi. Tapi masih tidak berkesan. Aku rasa tak puas hati dengan jawapan doktor tersebut. Rupanya doktor itu hanyalah doktor pelatih. Aku rasa malas nak layan doktor tu kerana setiap soalan tidak dapat di jawab olehnya.Aku terkilan tidak dapat berborak lama dengan kau, kerana aku sangka akan melawat kau pada hari raya akan datang.

Pada subuh 16/8/2010 jam 5.30 am lepas bersahur, aku terima panggilan daripada kak su (X-pelajar mekanikal) yang mengatakan kau telah meninggal dunia. Aku terasa tergamam seketika dan terpikir seakan tidak pecaya berita itu. Aku menelefon rumah kau di batu pahat. abang kau yang angkat telefon itu dan mengatakan berita itu benar. Aku terasa sedih bila aku kehilangan kawan seperti kau Ikhsan. Aku rasa macam tidak percaya kerana pada 15/8/2010 petang sblm berbuka aku telefon ibu kau. Ibu kau mengatakan kau semakin sihat dan boleh tidur. Aku gembira dengan pekembangan tersebut. Malah aku akan datang beraya di rumah kau untuk melihat kesihatan kau bertambah baik. Tapi itu berita sementara sahaja. Abang kau bagi tahu yang kau meninggal dunia pada 15/8/2010 jam 9.30 malam. Tidak aku sangka kau pergi dulu. Allah menyanyangi kau terlebih dahulu. Mohd Ikhsan sahabat ku, janganlah kau risau bila berada di alam baru, kami di sini akan mendoakan kesejahtereaan kau di sana. Janganlah kau risau, kerana suatu hari nanti kami akan pergi jua seperti kau. Ikhsan, cuma aku terkilan tidak dapat melihat wajah mu buat kali terakhir sebelum kau dikebumikan. Tapi gambar ini bolehlah aku buat tatapan supaya aku tidak melupakan kau, Ikhsan.

Buat semua sahabat dan pembaca marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allayarham Mohd Ikhsan Dan Juga Allahyarham Fitriah. Al-Fatihah.