Thursday

Malang tidak dapat dihidu..

BY Aidil IN No comments

Tanggal 3/3/2011 adalah tarikh yang pahit untuk aku telan. Walaupun berasa pahit, tetapi terpaksa aku menelan jua. Pada terikh inilah aku terbaring diatas jalan raya. Bukan saja2 baring yeks..terpaksa baring. Tetapi pahit ada manisnya. Aku bersyukur kehadrat illahi kerana Allah masih menyayangi aku dan memanjangkan umur aku. Syukur Alhamdulillah. Aku selamat dan masih bernafas sehingga hari ini.


Jam menunjukkan 12.50 tgh hari, Am sahabat sekerja aku hendak meminjam motor aku hendak membayar saman di pejabat pos giant nilai. Aku pun nak ikut samalah kerana waktu dah nak hampir rehat. Setibanya di pejabat pos giant nilai, am mengambil nombor giliran. Mcm biasalah, sementara tunggu no giliran tu aku jalan2 di dalam area giant tu. cuci mata. Selepas am membayar saman di pejabat pos, am ajak makan mee sizzlin. aku nak makan nasi. Lepas puas pikir kami bercadang dan teringin nak makan nasi kukus kedai mama ni. Nasi kukus kedai mama ni boleh tahan rasanya. harganya pun berpatutan.

Dalam perjalan hendak ke kedai mama, hujan renyai mula turun. Apa lagi, semakin lajulah kami bawa. Motor aku ni kalau laju setakat 80km/s saja. tak leh nak laju lagilah. itu je paling laju kalau naik 2 orang. huhuhu...dalam perjalanan ke kedai mama ni, di sebuah simpang taman anggerik ada sebuah kereta teragak2 hendak melintas. Aku dah nampak kereta itu, aku berdoa supaya kereta itu jangan melintas sbb kami dah dekat dengan kereta itu. Tiba2, bila kami dah dekat dengan kereta itu, kereta itu dengan selambanya melintas terus. Mulalah gelabah dan kami cuba mengelak tetapi gagal lalu berlanggar dengan kereta tersebut. Aku terpelanting dan terbaring di tengah jalan. aku mengujap banyak pada waktu itu, kerana aku tidak boleh bernafas. Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku dapat mengawal nafas aku. Tetapi aku tidak  boleh bangun kerana aku cedera di pinggan kerana terhentak di jalanraya.

Am cedera di kepala kerana helmet dia tercampak di atas jalan. Aku bernasib baik kerana masih memakai helmet dengan baik. kalau tak, helmet sudah pasti kepala aku cedara. Tidak lama kemudia, ramai pelajar USIM dan staf USIM membantu aku. Mereka mengangkat dan mengalihkan kami di tepi jalan. Tidak lama kemudian sebuah ambulan datan dan membawa kami ke Klinik kesihata pelajar USIM. Kami deiberi rawatan dan pemeriksa. Syukur Alhamdulillah, kami tidak mengalami kecederaan teruk, walupun motor aku lebih teruk dari aku. Tidak lama kemudian, bos aku datang iaitu Dr Rushdan dan Prof Zul melawat kami di situ.
Motor aku..

Selepas itu, hanis dan hasrik datang dan membawa kami ke kilinik swasta untuk diberi rwatan dan cuti sakit kerana klinik kesiatan pelajar USIM tidak menyediakan cuti sakit kepada staf. Belah malam pula, abang am (along) membawa kami ke hospital Serdang untuk membuat pemeriksaan x-ray. Tiada keretakan dan patah tulang dan aku sampai dirumah pada pukul 12 malam. ah...letihnya...