Monday

4 hari 3 malam di Bukit Tinggi, Padang.

BY Aidil IN 307 comments

PERHATIAN: Pengujung yang ingin meninggalkan komen di ruangan tajuk ini tidak dapat dipaparkan, Sila tinggalkan komen anda di ruang yang satu lagi untuk maklum balas dari saya. KLIK SINI untuk tinggalkan komen anda. Saya akan membalas post dan komen anda



14 Januari 2012 aku sekeluarga dan hasrik sekeluarga pergi ke airport LCCT. Kami akan berangkat ke bukit tinggi menaiki kapal terbang airasia jam 3.30 ptg waktu malaysia..

3.30 ptg waktu Indonesia, Kami tiba di lapangan terbang Minangkabau. Perjalanan dari LCCT ke padang hanya mengambil masa 50 min sahaja. Kami di sambut oleh Pak kamal. Aku kenal Pak kamal ni melalui bloger2 yang dah pernah ke Bukit Tinggi. Dua minggu sebelum nak ke Bukit Tinggi aku membuat selidik bloger2 dan menghubungi hotel2 yang ada di Bukit Tinggi. Masa tu, bil aku melambunglah sikit. Nasib baik tak banyak..fuhh..lega..

Air terjun Lembah anai

Pemandangan di atas Hotel Imran
Balik citer tadi, Pak Kamal sudah menunggu kami di luar airport. Kami menaiki sebuah MPV Enova. Sewa Rp350000 sehari. itu pun aku minta tawar. kalau tak rp450000 gak. Kami mula berangkat ke Bukit Tinggi dan singgah di air terjun lembah anai..Indahnya air terjun ini..Kami melihat panaroma dan keindahan airtenjun ini. Menurut Pak Kamal, Kalau kita basuh muka atau mandi air terjun ini, kita akan kelihatan muda. Nampaknya hari semakin gelap, perjalanan ke bukit tinggi masih jauh lagi. Tak silap aku dari padang ke bukit tinggi lebih kurang 90 km. Penjalanan  mengambil masa 2 jam..Biasalah jalan lereng2 bukit, selekoh, dan banyak lori. Kami sampai di sana jam 8.00 malam. Pak kamal bawa kami ke gerai makan. Aku tak ingat apa nama kedai makannya..nampak gayanya pak kamal sudah biasa dengan kedai ni. Bila aku sampai dah ada orang dari malaysia tgh makan nasi padang. Tergiur aku melihatnya...huhuhuh.. Hidangan telah di hidangkan di atas meja. Banyak lauk-pauk nasi padang. Kami makan jelah apa yang ada atas meja. mana makanan yang kami tak makan, kami ketepikan..Selepas itu kami check in di hotel Imran dengan kadar sewa bilik Rp200 ribu semalam. Malam tu kami tak berjalan dan hanya lepak di dalam hotel je. Masa tu angin sangat kuat. Kesejukannya sampai ke tulang...


Lauk nasi padang

Pemandan dari Ngarai Siruk
Hari kedua, kami di bawa pak kamal ke ngarai siruk dan lubang japang yang tidak jauh dari hotel kami. Menenangkan bila melihat keindahan di sini. Nak masuk ke ngarai siruk ni hanya bayar Rp 4000 je. masih murah. Kalau lubang japang Rp 6000. Kami tak masuk kerana masalah2 yang tidak boleh dielakkan. Iyerlah jauh tu nak masuk lubang Japang . 



Lubang Japang.
Pemandangan di kelok 43
Salah satu kedai Pandai Sikek.
Selepas berehat di sana kami di bawa ke Tasik Meninjau. jauh gak tasik ni. lalu sekitar kampung2. Nak pegi ke tasik ni mesti lalu keluk 44. Maksud keluk ni adalah selekoh. Kami singgah di kelok 43 dan minum kopi di gerai yang ada di situ. Kami hanya melihat tasik meninjau dari atas bukit jer. iyerlah masa dah terbuang 1/2 hari kat sana. kami mengambil gambar untuk di simpan buat kenangan. Selepas itu kami begerak dan berhenti makan. Selepas itu, Pak Kamal membawa kami ke Pandai Sikek iaitu pusat kraftangan yang terkenal di Indonesia. Orang di sini memang pakar membuat ukiran kayu dan membuat tenung..Kat sini memang kena tawar menawar. Kalau tak kena hentamlah..huhuhu...Selepas membeli belah di pandai sikek kami pegi ke pasar atas yang dekat ngan jam gadang. Bila turun kat situ, ramainya pengunjung dan pelancong..aku nak cari freeze magnet bukit tinggi nak buat oleh-oleh kawan2 dan adik beradik. lepas penat membeli di pasar atas kami kembali ke hotel Imran. Pada mulanya belah malam ingat nak pegi tgk teater budaya minang. tak silap sekali masuk Rp100 ribu seorang. Tp memandangkan dah penat jadi tak jadilah nak pegi...malam tu kami jalan2 di dataran jam gadang saja.




Pemandangan di Pasar Atas



kedai kerepek berlado Ummi Aufa.

Istana Pagar Ruyung.
hari ketiga, 7.30 am kami mula berkemas nak check out dari hotel Imran kerana kami akan check in di hotel dekat bandar padang. Dalam perjalan ke padang, kami singgah di kedai kerepek Saijai Ummi. Kat sini aku shopping sakan ngan kerepek2 beralado kat sini.Memang sedap kerepek kat sini. Pak Kamal kata gerai kerepek kat sini memang sedap dan terkenal  di bumi Minang ni. Lepas kami shopping kami terus bergerak ke Istana Pagar Ruyung. Tak sabar nak tgk istana ni. Masa tahun 2008 aku ada pergi ke padang tp tak dapatlah jalan2 kat sini. So kali inilah dapatlah melihat keindahan bukit tinggi ni. Dalam perjalan ke Istana Pak Kamal berhenti dan menunjukkan rumah ibu gadang. Bermulanya kisah minang di sini. Lepas tu Pak kamal menunjukkan sebatang pokok kelapa. Tinggi nun ke langgit. Pak Kamal mulakan kisah pokok kelapa tu, Pada mulanya pokok kelapa tu tegak. Lepas kejadian gempa bumi di Aceh tahun 2004 pokok kelapa tersebut jadi bengkang-bengkok mcm ular kena palu. Pak Kamal kata masa gempa bumi di aceh tahun 2004 pak kamal berada di bukit tinggi. Keadaan di bukittingi masa tu pun terasa gempa buminya sebanyak 18 kali gempa bumi yang besar dan berpuluh-puluh gempa bumi yang kecil. Kebanyakkan rumah-rumah di bukit tinggi semuanya rebah ke tanah. Termasuklah rumah Pak Kamal. Pak Kamal hanya tido di atas jalan raya je sehingga bantuan sampai. Sedihnya cerita Pak Kamal ni.
Tidak lama kemudian Pak Kamal bawa kami masuk ke kampung untuk minum kopi kampung. Kopi kat sini menggunakan daun kopi dan di kacau dengan batang kayu manis untuk menambah kenikmatannya. Bila di minum rasanya mcm air teh plak.huhuhu.. Kopi ni boleh mengurangkan kolestrol. Kata tukang jual kat situ. Lepas lepak-lepak minum kopi, kami terus menghala ke Istana Pagar Ruyung. Perjalanan ke sana mengambil masa yang lama. Tp memandangkan perjalanannya indah dan sejuk perjalananya mcm sekejap je.. Dalam perjalanan ramai orang kampung menjual durian. Kami singgah makan durian. Sama je rasanya mcm kat malaysia. Lepas melantak durian, kami bergerak kembali dan sampai kat sana jam 12:30 tgh hari. Fuhh...besarnya Istana Pagar Ruyung ni. Tinggi dia 3 tingkat rumah kat malaysia ni. Masa kami datang di Istana ni masih dalam renovation kerana Istana lama terbakar masa tahun 2008 di sebabkan lintas pintas. Lepas penat lelah mengambil gambar, Pak kamal membawa kami ke muzium rumah gadang. Bayaran masuk baru Rp4000 je. murah sgt. so nak ambil gambar kat sini memang cantik...Kat sini ada taklimat mengenai asal usul rumah gadang yang diberikan oleh pertugas muzium. 

makan jagung bakar pedas
Muzium rumah gadang
Selepas mendengar dan melihat adat rumah gadang di muzium rumah gadang, kami bergerak ke bandar padang. Pak Kamal membawa kami di jambatan Siti Nurbaya. Di jambatan ni, ada pisang bakar dan jagung bakat pedas. Memang sedap kat sini...banyak kedai. Kalau nak lepak kat sini waktu petanglah. Sebab kat bandar padang ni panas. Kami bermalam di Hotel edotel. Harga semalam di edotel ni Rp275 ribu. Boleh lah nak bermalam di sini. Sbb hotel ni, hotel kerajaan Indonesia punya. Belah malam Pak Kamal bawa kami makan di kedai satay paya kumbu di pekan padang. Satay kat sini memang terkenal di area padang. Harga dia 5 cucuk Rp 10 ribu. Kedai ni ada gado-gado, nasi goreng,mee goreng dan macam-macam lagilah. Lepas tu kami balik ke hotel kerana di bandar padang ni pukul 10 malam dan sunyi.

Hari keempat, jam 6.00 selepas sarapan pagi kami bergerak ke Lapangan terbang Minangkabau kerana tiket penerbangan kami jam 8.30 pagi waktu indonesia. Kat lapangan terbang ni memang susah sikitlah sbb banyak checknya. nak masuk pintu masuk je dah kena scan beg. Lepas tu beratur kat kaunter tiket untuk pengesahan. Lepas pengesahan kena check pastport plak. ramai tu. Lepas tu kena bayar caj kerajaan Rp75 ribu satu kepala. Lepas tu check tiket, lepas tu kena scan beg lagi. berapa banyaklah kena scan beg. Selepas semua selesai baru boleh duduk di bahagian pelepasan penerbangan.
Kami sampai di  Malaysia jam 10.30 pagi waktu Malaysia.

Lihat galeri bukittingi

p/s : Sebelum nak pegi padang sila buka web ni. banyak info..
 http://wikitravel.org/en/Bukittinggi
 http://wikitravel.org/en/Padang