Wednesday

Jadi Bijak Jadi Terkenal

BY Aidil IN 2 comments



Semenjak kawan Officemate aku menang dalam peraduan Milo, semejak itulah aku bermula berjinak dengan apa saja peraduan yang boleh aku masuk. Sebelum ni aku pernah dapatlah hadiah sagu hati dari peraduan tea port Rm 100. Masa yang sama isteri aku dapat hadiah yang sama dari tea port Rm 100. Berbaloi gaklah aku masuk peraduan ni.Walaupun leceh kena potong barcode susu dan isi borang. Berpuluh-puluh borang yang telah aku hantar. Alhamdulillah dapat hadiah sagu hati.




Sekarang ni pula, aku masuk peraduan Dutch Lady "Jadi Bijak Jadi Terkenal" bermula 1 Mac 2012 - 30 April 2012. Biasalah, kalau nak masuk peraduan ni mestilah kena bersabar dan ada mood yang bagus.Macam biasa, kena potong barcode susu dan tampal kat borang peraduan.Lepas tu, isi borang dan alamat dan pos ke alamat peraduan. Buat masa sekarang aku dah hantar 16 borang peraduan  Dutch Lady "Jadi Bijak Jadi Terkenal". Setiap minggu aku hantar 8 keping. Harap-harap menanglah salah satu hadiah yang di pertandingkan.  Kepada kawan-kawan blogger doakan semoga aku menang hadiah yang dipertandingkan ini..Amin.....




Kalau nak masuk perduan ni masih sempat hantar borang peraduan ni. Tarikh tutup masih lagi sebulan lebih. Sempat lagi ni...sempat lagi..sempat...sempat lagi...





Laman Sosial IslamTag

BY Aidil IN 9 comments

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi ni aku nak citer pasa laman sensawang rangkaian sosial tapi bukan Mukabuku. Aku nak cite pasal laman sensawang rangkaian sosial islamtag. Bagi pengetahuan anda laman sensawang islamtag ni baru ditubuhkan pada tahun 2010 yang lalu.Tak silap akulah.. Ia di cipta oleh pelajar PHD Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia. Aku dapat tahu laman ni semasa aku bertugas di Program PENCIPTA di KLCC tahun lepas. Walaupun beliau tidak menang apa-apa kejohanan semasa PENCIPTA tempoh hari. Tp aku berasa bangga dengan beliau mencipta laman rangkaian sosial ini sama seperti facebook. Beliau hanya membuat seorang diri je. Dasyatkan...kalau ada masa aku nak cari pecipta laman ni kerana aku nak bergambar. Tempoh hari aku tak sempat nak ambil gambar kerana dia sibuk melayan pelanggan yang datang ke booth USIM.

http://islamtag.com/



Kalau dah ada akaun Facebook tak perlu register. hanya login dan connect  Facebook je.

Al-Quran di dalam IslamTag
IslamTag mempunyai bacaan Al-Quran dan terjemahannya dalam perbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu.

Siapa yang berminat nak memberi sumbangan dan idea, bolehlah apply job kat IslamTag....

Thursday

helmet VS songkok

BY Aidil IN No comments

Pagi ni kat tmpt opis aku ada sambutan Maulidul Rasul. Jabatan aku menggunakan tema colour purple. Sehari sebelum sambutan aku pinjam baju melayu Zam warna purple kerana setahu aku tiada baju warna purple ni. Pagi tu aku suruh isteri aku gosok baju melayu yang aku pinjam dari Muzammil tu. Selepas aku mandi aku pakai baju tersebut. Dah sedap pakai baju tu tapi butang tak de. aku tanya isteri aku, ada butang baju melayu tak??? Isteri aku cakap ambilah butang kat baju melayu warna purple dalam bilik almari tu. Aku tersentap jap. Rupanya aku ada baju melayu warna purple. huhuhuhu..ada 2 pasang lagi..baru aku teringat baju melayu purple ni masa hantaran majlis perkahwinan aku.huhuhuhu...so aku pakailah baju melayu aku sendiri.




Lepas bersiap aku pakai songkok dan start motor terus jalan kerana aku dah lambat. Dalam perjalan aku sentiasa tgk cermin motor kerana ingin melihat songkok aku ni. Rasa mcm sempitlah songkok ni. Mungkin kepala aku dah besar kut. Bila sampai di jalan besar je. baru aku sedar aku tak pakai helmet. aduih....mcm mn aku tak pakai helmet ni. Yang ada atas kepala aku hanya songkok yang aku asyik berfikir tentangnya. Nasib baik tak de polis. kalau tak terbang duit aku. Aku pun patahlah balik ambil helmet tu. Jadi hari ni aku masuk opis lambat 4 minit. Kenalah bagi alasan.