Wednesday

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

BY Aidil IN 4 comments

Kat sini aku nak bagi tahu simptom-simpton awal gangguan jin. Kalau korang ada salah satu simptom-simpton ni, baca zikir pendindind seperti di bawah atau baiklah segera berjumpa dengan ustaz yang mahir mengubati penyakit ini.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Zikir pendiding yang perlu di baca :
 Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Semoga berjaya..

Monday

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan ( Ruqyah Syar'iyyah )

BY Aidil IN No comments

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.


Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.
 


Thursday

Senaman Ringkas Pengguna Komputer

BY Aidil IN No comments

                                          Klik untuk membesarkan image ini.

demam atau sebab lain???

BY Aidil IN No comments

Dah 3 hari dua malam aku tak sihat...kepala aku rasa sakit tapi badan aku rasa sejuk-sejuk plak. Tekak aku sakit sangat. macam ada benda cucuk kat tekak aku ni. Aku rasa hairan dan peliklah.. semenjak aku dengar surah Ruqyah Syar'iyyah kepala aku terus sakit. tidur malam aku tak lena. hari pertama badan aku terasa amat sejuk. bergigil-gigil. tak pernah terjadi macam ni. Bila kat opis badan aku rasa sakit kat otot-otot dan urat badan. Kak maz rakan sekerja di pejabat aku ni bagi aku makan PANADOL EXTEND. Baru rasa lega. Berpeluh-peluh dahi aku. badan dan tak sakit sangat.

                                                 salah satu ubat yang aku makan.


Malam plak  aku pegi klinik. Kerana tak tahan dengan tekak aku ni. sakit sangat. Lepas jumpa jumpa pergi kedai makan order sup ayam je. Selera makan aku dah kurang. Bila malam aku asyik bangun dan pergi toilet. asyik nak terkencing je. Dah dua hari aku bangun pada subuh hari iaitu jam 5 atau 5.30 pagi. Apalah sakit aku ni yeks.. Mungki Allah nak uji aku supaya aku bangun sahur bila puasa bermula. Hahahah. Aku anggap ini dugaan daripada Allah. Bila kita sakit dosa kecil kita akan terhapus olehNya. Doakan aku cepat sembuh yeks..bye..

Wednesday

Beza Orang Kampung dgn Orang Korporat Berniaga

BY Aidil IN No comments

Jenis Perniagaan : Sewa Tandas Untuk Kencing dan Berak

Orang Kampung (taukeh toilet A):


Cas untuk sekali berak : RM0.50 sen

Cas untuk sekali kencing : RM0.20 sen

Orang Korporat (taukeh toilet B):


Cas untuk sekali berak : RM0.20 sen

Can untuk sekali kencing : RM0.50 sen

Pengiraan:


Pendapatan daripada Toilet A untuk sekali kencing: RM0.20 sen


Pendapatan daripada Toilet B untuk sekali kencing:


Bila harga berak lebih murah, maka orang yang akan kencing pun akan declare dia

berak dgn harapan dia akan dapat save RM0.30 sen. Tapi bila pengguna declare
berak, caj yang akan dikatakan ialah;

Harga berak : RM0.20 sen

+ harga kencing: RM0.50 sen
JUMLAH PENDAPATAN: RM 0.70 sen

Walaupun pengguna hanya kencing, dia akan dicaj RM0.70 sen.


((((ALASAN: Bila orang berak dia mesti bersekali kencing....Muahaaaaaa)))


MORAL: Jaga-jaga dgn strategi perniagaan, jgn lekas percaya iklan tanpa kita

ketahui rahsia yang mungkin akan menjerut pengguna.

Tuesday

Mercutanda Kiamat

BY Aidil IN No comments



                                              Diagram menunjukkan bangunan tertinggi didunia menjelang tahun 2020



Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower).

Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era " Megatall".

Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a.... Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
 [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era " Megatall".

Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing...

Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain.

Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond (sukuk).

Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30 buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui Putera AlWaleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar didunia.

Sumber: www.thenational.ae

Menurut lapuran CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi didunia dibina di Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah dengan binaan tinggi oleh kaum badwi padang pasir ini tidak dapat ditandingi oleh kaum lain.

Lapuran CTBH itu menyatakan," Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan sahaja bangunan pertama didunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) - iaitu dua kali ganda ketinggian Eiffel tower".

                     Kingdom Tower merupakan bangunan tertinggi didunia melepasi 1km



Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.

Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?

"Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat..."

Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi ini dicetuskan oleh berbagai faktor motivasi dari tempatan dan global, dan ia tidak bergantung kepada hanya satu faktor sahaja. Lapuran itu juga membentangkan fakta yang tidak menunjukkan sebarang kaitan antara keperluan penduduk (populasi) dan jumlah bangunan, iaitu negara timur tengah mempunyai nisbah antara populasi-kepada-bangunan adalah terendah.

Sebagai contoh, penduduk UAE hanya 4.7 juta tetapi mempunyai 44 buah bangunan lebih 200 m tinggi, bermakna hanya 100,000 penduduk untuk setiap 200m bangunan. Sebaliknya, China dengan 200 bangunan pada 200 m tinggi, mempunyai kadar hampir 7 juta penduduk untuk setiap 200 m bangunan.



                                                                                  Sila klik untuk besarkan image ini..
  


Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]
 

Wednesday

My birthday and Anniversary

BY Aidil IN No comments



Tanggal 11 Julai 2012  genaplah umur aku 29 tahun dan genaplah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3 tahun. Semoga Allah memanjangkan umur kami, murahkan rezeki kami, memberi kami kesihatan yang baik dan bahagia hingga ke anak cucu serta akhir hayat kami. Amin. Terima kasih kepada rakan2 FB dan rakan pejabat kerana mengucapkan birthday saya.







 KLIK SINI


Saturday

Family day dan program Retreat PTM di Merang, Terengganu (Part 2)

BY Aidil IN No comments

16 JUN 2012
Pada pukul 5.00 petang selepas pulang dari Taman Laut, Pulau Redang, AJK CITEF ada membuat sukaneka.  Walaupun sukaneka selalu kita temui tapi amat menyeronokkan.

Masukkan air dalam botol (kanak-kanak)
Bowling kelapa
"Mumia"
"yeah..aku menang semua"

Pada sebelah malam pula ada dinner BBQ dan AJK CITEF membuat program aksi Super Spontan. Mantaoplah AJK CITEF ni..

Sotong bakar beb..
"lapar-lapar ni.."

Aksi Super Spontan berlari perlahan
My Family..I love You..
Wow...Semua aksi Super Spontan ni memang kelakarlah..Peserta memang sporting habis..cayalah korang..Happyyyyyyyyyy Sangat...


17 JUN 2012

Kami bergerak pulang. Sampai di rumah pada pukul 4 pagi..emm...amat meletihkan...tp seronok dan beronok...huhuhuhu...


 Klik disini

Friday

Family day dan Program Retreat PTM di Merang, Terengganu (Part 1)

BY Aidil IN No comments

syukur Alhamdulillah segala urusan program Hari Keluarga PTM 2012 dan Program Retreat PTM pada 15-17 Jun 2012 bertempat di  Merang Suria Resort ,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. Walaupun pada mulanya terdapat tentangan tetapi akhirya program ini selamat dengan jayanya.


Hari pertama kami melawat di Taman Tamadun Islam. Kami ambil pakage group kerana lebih murah sikit. Sbb naik  keretapi free.
senarai harga tiker masuk


 
Possing di depan pintu Tamadun Islam.
"bapak borek anak rintik"
Jejaka kesepian..Sapa nak???


Hari kedua, Kami bergerak ke Taman Laut Pulau Redang. Pulau ni memang cantik untuk snorkeling. Bayaran masuk pulau ni hanya Rm 5.00.

Bot yang kami naiki

Masa perjalan dari jeti merang ke Taman Laut hanya 50-60 minit. Kami menyewa 3 buah bot untuk membawa keluarga di sana. Dalam perjalan yang agak lama dan ombak yang agak kuat sikit, ramai wanita dan kanak2 mabuk laut dan muntah di dalam bot..Termasuklah isteri aku ni..Kami bergerak dari pulau ke jeti merang pada pukul 12 tgh.

aqil sibuk dengan pasir


"Ditepi pantai yang indah, Ku Teringat kan dia"





 Abih air laut aku telan..




Yeah...harta karun yang telah aku temui...




salah satu bot yang kami naiki..


Klik disini