Friday

bayar saman AES

BY Aidil IN 4 comments


Hari ni pegi JPJ bangi naik motor. Nasib baik senang cari JPJ ni. Aku ke sana menguruskan pembayaran saman AES aku ni. Pegawai JPJ tu kata tidak boleh kurang. Emm..rasa geram je. Tp tak pe..Aku bayar juga. Malas nak pegi mahkamah ni. Masa aku tak delah free selalu. Lepas ni siaplah. Apa patut aku buat sebagai rakyat Malaysia mengenai AES ni. Saman kelajuan ni masih tak bagus. Bawa laju sikit kena saman sama dengan bawa laju macam pelesit. So semua orang lebih baik bawa laju 300km/j je.  Klah.. tak tahu nak cite apa lagi. cuma rasa geram helah. lepas ni, siaplah KO.

Wednesday

thanks Atkins and my Friends

BY Aidil IN No comments



Setelah dua bulan lebih berdiet Atkins berat aku menurun ke 65.6 kg. Sebelum ni pernah berat aku cecah ke 63 kg. tp aku tak buat senaman berat naik balik. tp tak banyaklah.

Thursday

kami berdua (ayah dan Aqil)

BY Aidil IN 1 comment

Semalam aku ambil cuti kerana menemani aqil ke Klinik pakar kanak-kanak di hospital ampang. Aku dan aqil je pergi ke hospital kerana isteri aku kerja. Aku yang merelakan diri untuk menemani aqil ke hospital sbb cuti isteri aku tinggal 2 hari je. Biarlah aku hantar nanti cuti tu bolehlah digunakan untuk hari lain. Tujuan ke hospital untuk mengambil darah Aqil. Aqil pergi ke sini sudah banyak kali. ketika itu aqil baru berumur lebih kurang 14 hari. Pada masa itu kuning Aqil tidak hilang lagi. Jadi doktor klinik bawa Aqil ke klinik Pakar kanak-kanak ni untuk mengambil darah dan membuat dialisis darah tersebut. 


Semalam semasa di hospital Aqil macam biasa je. Main-main kat dalam hospital. Dia tak tahu dia kena suntik untuk mengambil darahnya. Tp aku dah bagi tahu awal-awal lagi. Aqil masih belum memahami apa maksudnya. Iyerlah baru 2 tahun 5 bulan 10 hari. Aku tunjukkanlah sakitnya macam mana. Aku cubit kecik kat tangan dia. Aqil menjerit dan masam mukanya. Dia kata sakitlah ayah..huhuuhu..Aku cubit lagi..dia marah dan terus pukul aku. hahaha..jangan marah yek aqil. Ayah cuma nak tunjukkan sakitnya je. 

 
Semasa di luar bilik untuk di suntik aqil boleh bergurau lagi dengan nurse yang nak suntik dia. Aqil ni memang tak takutlah dengan orang. Kalau budak sebaya dia, habislah. dah tentu kena lempang. Bila nama Aqil di sebut je aku bawa Aqil ke dalam bilik tu. Aqil tak takut lagi sbb dah biasa pergi klinik-klinik di nilai. Dia ingat nak check badan dia je. Tp bila doktor dan nurse nak baringkan dia je, dia dah mula takut. Dia pengang aku kuat-kuat. Aqil mula menangis dan menjerit nama aku bila aku tinggalkan aqil dalam bilik tersebut kerana aku tidak dibenarkan berada di dalam bilik tu. 
sukanya dapat gula-gula.

Bila sudah selesai aqil tak nangis lagi. Dia rasa sedih je. Aku mulalah pujuk dia dan janji akan beri gula-gula. huhuhu..Dia pun cakap nak gula-gula..Lepas selesai semuanya aku bawa aqil ke kedai untuk membeli gula-gula. Sekarang Aqil dah dapat gula-gula dan tersenyum dan gembira sekali. huhuhu..Aku cakap kat dia. Doktor suntik dekat mana??Aqil tunjuk kat tangan kiri dia dengan nada sedih..Aku cakap sakit sikit jekan. Aqil jawab aqil kuat.huhuh..bagus anak ayah ni. 

penuh kusyuk dengan lalipop
Petang pula aku bawa ke klinik swasta dekat dengan rumah mak mentua aku kerana aqil selalu batuk-batuk bila malam. Aku risau aqil trauma dengan keadaan pagi tadi. Tp fikiran aku meleset kerana aqil tak takut. Malah dia berani masuk bilik doktor tersebut. Doktor cakap ngan aku anak sakit apa yeks. Dengan Pantas aqil jawab. Batukkk...tergelak aku. Malah dia mengangkat baju suruh doktor check kat badan dia. Very clever aqil ni.  

Lepas habis aku lepak di rumah mentua aku. Pukul 5.30 ptng aku ambil isteri aku di putrajaya dan terus balik rumah. Dalam perjalan balik nampak orang jual durian di tepi jalan. So apa lagi singahlah kedai durian tu. Belilah dua biji nak makan-makan. Aqil pasti suka,..huhuhu..




Monday

First time Aqil masuk panggung wayang.

BY Aidil IN No comments

Semalam kami sekeluarga pergi ke galaxy di Taman Dagan, Ampang. Aku bawa sekeluarga termasuk anak saudara pegi ke panggung wayang untuk melihat cerita Ajiboy. Pada mulanya aku risau dengan keadaan aqil bila di panggung nanti sebab first time Aqil masuk panggung wayang. Aku risau Aqil akan mengamuk kat dalam tu. Buat huru hara plak dalam wayang tu nanti.. Tp tak cuba tak tahukan..

Possing dulu sebelum masuk panggung wayang.
Bila dah tiba masuk wayang lampu dimatikan. Tp Aqil still steady lagi sbb dia dah biasa dengan keadaan gelap ni. Iyerlah bila Aqil nak tido je mesti kena tutup lampu. kalau tidak dia akan bising dan merengek suruh tutup lampu. Citer Ajiboy pun mula Tp Aqil still steady gak malah kusyuk tgk citer Ajiboy ni. Fuhh lega rasanya...huhuhu..

Bila tiba bab dua ekor gorila ni menari di zoo, Aqil dah mula tidak duduk diam. Dia turun dari tempat duduk pergi ke laluan utama tempat duduk dan menari sambil ketawa kat situ. Aku cuma melihat gelagat dan aksi Aqil sambil tergelak kecil bersama dengan isteriku. Aqil ni memang berani orangnya. Baru umur 2 tahun 4 bulan tp cepat pandai ikut perlakuan dan percakapan orang. Dia akan mengulangi perakataan yg disebutkan oleh seseorang walaupun bunyinya pelak sikit. Iyerlah budak-budakan. 
Aqil dah lepak

Selepas satu jam lebih Aqil dah mula minta susu. Emm..mesti dia dah letih dan ngantuk ni. Lepas minum susu je Aqil terus tidur tanpa melihat citer Ajiboy sampai habis. Bila citer dah habis je, aku dukung Aqil dan terus baringkan Aqil di seat belakang kereta. Letih betul Aqil ni. Sampai tak sedar aku dukung dia. Dengan gelagat Aqil di dalam panggung tadi, kami boleh tengok wayang selepas ini. Tp dengan syarat iaitu tengok citer yang diminati oleh Aqil sahaja. hahahahah...Kalau tidak tentu Aqil akan bosan dan mengamuk.kk..bye..