Tuesday

Apa kelebihan vitamin B17

BY Aidil IN No comments

buah aprikot
Vitamin B17 mampu merawat dan mencegah kancer. Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji Aprikot, badam yang pahit, biji apple, biji anggur, millet dan banyak biji buah-buahn dan kekajang. Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan seorang pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs pada tahun 1950 telah berjaya mencungkil rahsia kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser.

Vitamin B17 telah menjadi makanan Kaum Hunza di pedalaman semenjak beratus tahun dahulu yang dikatakan bebas daripada kanser, sihat lanjut usia sehingga 120 tahun lamanya. Dikalangan masyarakat negara China, mereka memakan biji Aprikot yang kaya dengan Vitamin B17 ini bagi membantu mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma/lelah. Negara Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di dunia. Walaupun negara serba moden, namun negara tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun kesan daripada diet seimbang yang mengandungi Vitamin B17.

Biji aprikot
Berdasarkan buku "World Wihout Cancer". tulisan G. Edwar Griffin, Biji Aprikot mentah mengadungi kadar kepekatan B17 yang tinggi berbanding biji-biji buah yang lain.Vitamin B17 atau Laetrile mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.Selain itu Vitamin B17akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel kanser secaralangsung. Cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalan B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser ( sel kanser sahaja yang mempunyai enzim Beta Glucosidase). Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapatenzim Beta Glucosidase (enzim yang boleh membebaskan cyanide). B17 hanya bertindak pada sel yang tidak normal dalam badan manusia seperti sel kanser. Maka sebab itulah B17 tidak bekerja pada sel yang sihat.

Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah.

Dengan itu, ia membantu meningkatkan keseimbangan pH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung serta diabetis.

Manfaat vitamin B17 yang terdapat dalam aprikot diakui seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan klinikal.


Sumber dari :
www.worldwithoutcancer.org.uk
http://www.sihatselalu.com.my/2011/10/aprikot-kaya-vitamin-b17-elak-kanser.html

Saturday

Menaiki komuter yang selesa.

BY Aidil IN No comments

komuter berwajah baru
Hari ni aku kerja. Aku begerak deri KL kerana malam tadi aku tidor di rumah mak mentua aku. Aku menaiki komuter KTMB dari Bandat Tasik Selatan dan turun ke Nilai. Aku malas nak naik kereta kerana akan menambah kos perjalanan aku seperti minyak dan tol. Jadi aku pikir lebih baik naik Komuter KTMB kerana boleh jimat dan merehatkan badan serta minda aku. Kalau aku naik kereta bila pulang ke KL nanti pasti aku akan letih dan mengantuk. Jadi boleh membahayakan nyawa aku dan orang lain.




Sekarang ni KTMB telah membeli komuter yang baru. Komuter ni agak panjang dan selesa sekali. Jadi tidaklah pengguna perlu berhimpit-himpit dengan pengguna yang lain. Selain itu komuter ni mempunyai penghawa dingin yang sejuk serta mempunyai television yang memasang cerita karton tom and jerry. Bagus juga rancangan ni. Bila aku tengok rancangan ni, dapatlah kurangkan tekanan. kelakar bila aku tengok gelagat tom and jerry ni. Tengah leka layang citer tom and jerry ni, dah sampai nilai. kejap je rasanya. 

television di dalam komuter


Bila aku tengok keadaan di sekeliling aku, tidak semua orang melihat televison yang terpasang di komuter tu. sebab televison tu kecik. Pasti pengguna tidak dapat melihat dengan jelas kerana ada beberapa kerusi berkedudukan jauh dan terlindung diantara kerusi yang lain.Sekiranya pihak KTMB menambah perkhidmatan internet pasti ramai lagi akan naik komuter ni dan pengguna boleh memeriksa email, membaca berita dan pelbagai lagi. 

Selesa dan nyaman
Secara keselurannya aku berpuas hati menaiki komuter ni. Aku berharap pihak KTMB boleh manambaik baik mutu perkhidmatan seperti mengadakan internet wireless di dalam komuter supaya pengguna boleh melayari internet. Selain itu pihak KTMB boleh mensiarkan pelbagai rancangan yang boleh meningkatkan maklumat kepada pengguna KTNB.

Monday

Bestnya bercuti di kampung

BY Aidil IN 1 comment

Hari ini baru mula bertugas setelah 4 hari aku bercuti di kampung. Seronok betul berada di sana. Mood aku sekarang ialah kampungku. Mood nak keje tak de.huhuhu.. Selama 4 hari aku berada di sana, aku makan durian setiap hari. Pagi durian, tengah hari durian, malam durian. Badan tidaklah terasa panas. Tak tahulah kenapa tiba-tiba aku suka sangat makan durian. Sebelum ni tak de suka sangat makan durian. Durian di pokok dah kurang. Nasib baiklah emak yang dikasihi dan cintai menyimpan durian dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Dia tahu anak-anak dan cucu meraka akan balik. 



Pagi jumaat aku dan anak saudara ku pergi ke water park Gunung lambak.Mandi-manda di sana. Memang sejuk airnya.

Mak besama dengan cucu dan menantu.
Pagi sabtu hari tu aku dan keluargaku pergi ke belakang rumah, petik buah rambutan dan langsat. Habis tangan aku  melecet kerana tebang dahan-dahan pokok rambutan. Nasib baik tak banyak yang melecet. Aku panjat pokok manggis tp buah manggis tak banyak sebab dah gugur. Dapat rasa sikit pun jadilah.

Pokok langsat yang aku tanam masa remaja dulu.

Aqil nak peti buah langsat. Tapi tak sampai

yahoo..aku berjaya memetik buah langsat.

tak dapat langsat rambutan pun boleh ayah..

bersama dengan anak saudara ku dan keluarga ku

lama tak nampak labah-labah ni.




Bila aku berada di Kluang ni, mesti aku beli cendol bakar ni. Rasanya memang terbaik dan sedap sekali. Santan dia memang lazat.  Boleh dikatakan hari-hari aku makan cendol bakar ni. Kalau korang datang Kluang singgahlah cendol bakar ni Keterapi Tanah Melayu (KTM) Kluang. Cendol bakar ni hanya ada 6 cawangan di seluruh Malaysia. 4 buah kedai di negeri Selangor, 1 di daerah rembau, Negeri Sembilan dan 1 di Kluang, Johor. 


Cendol Bakar yang lazat dan enak.

Cendol bakar.



Tuesday

jumpa beg duit dan handphone

BY Aidil IN No comments

Semalam aku pergi ke Fakulti tempat lama aku bekerja kerana aku nak lepak2 dengan kawan2. Sebelum aku nak pergi jumpa dia orang kat bilik aku pergi bilik air jap. sampai di tandas aku terlihat dompet dan handphone jenama Sony ericson Xperia yang waterproof tu.. Bila aku buka beg duit aku nampak ada duit 1 ringgit dua keping.

contoh handphone yang aku jumpa.
Pada mulanya aku tak nak ambil beg duit dan handphone tu. Aku keluar tandas tp ada orang luar dari tempat aku keja ni nak masuk tandas ni. tak jadi nak keluar tandas tu Aku risau orang akan ambil barang tu. Aku pun masuk balik dan kunci tandas tu. Aku check sekali lagi beg duit tu. Sbb aku baru teringat ada IC. Aku checklah IC dia. Emm..orang bangi. Bila aku check duit dia balik aik..rupanya duit RM1 dua keping tadi adalah RM50 2 keping. huhuu...macam mana mata aku boleh blur ni..kuikuikuikui..aku ambil dan simpan dalam poket aku dengan niat aku akan memulangkan barang tu kepada tuannya.

Aku lepak bilik member aku dan bagi tahu mereka aku jumpa beg duit dan handphone. emm.  Member aku kata. Ambil je handphone tu. Aku cakap tak pelah. Lebih baik aku pulangkan dari aku ambil . Bagi aku kalau aku ambil barang tu, Allah aku mengambil barang aku lebih banyak lagi. Aku check list nama kawan2 dia dalam hp tu. aku call kawan2 tuan punya HP tu.. Tp tuanya punya barang tak de dengan dia. So aku tunggu jelah tuan punya barang call hp dia ni.


Tengah lepak2 dan borak2 hp tu berbunyi dan aku angkat hp tu. Dia kata dia punya hp tu. Aku cakap ada pada aku. Datanglah jumpa aku kat luar lab komputer. Tidak lama kemudian dia datang dan aku telah memulangkan barang tersebut. Dia ucapkan Terima Kasih.Terima kasih je..Sekurangnya belanjalah aku makan. Berapalah sangat makan tengah hari aku tu daripada aku ambil barang ko tu. huhuhuhu....saja je..aku ikhlas nak pulangkan barang tu..

Seumur hidup aku ni, Aku telah jumpa 4 buah handphone dan kesemuannya adalah student. Dan keempat2 barang tersebut telah aku pulangkan kepada tuannya.