Monday

hari minggu yang lemah

BY Aidil IN No comments



Syukur Alhamdulillah hari ini demam, batuk dan selsema semakin berkurangan. Pada hari sabtu dan ahad lepas aku terkena serangan virus yang boleh melemahkan imuniti badan aku ni. Habis badan aku sakit-sakit dan batuk tak berhenti. Masa sabtu siang tu okeylah lagilah. Badan sihat lagi. Sempatlah pergi Giant beli aiskrim dan ubat batuk cap ibu dan anak..

Malam tu badan aku terasa sangat panas. Aku suruh isteri aku buat air kopi jantas ais. Aih..batuk-batuk pun minum ais. Tp tekak aku dah nak minum ais. aku balun jelah ais tu. Badan rasa panas sangat ni. Jadi aku pergi mandi. Fuh..lega sikit badan aku ni. Lepas mandi makan ubat batuk. Bila tengah malam badan aku panas lagi. Aku terus mandi. Sejuk badan aku ni. kepala aku asyik sakit je. lain macam demam kali ni.

Hari ahad demam dan batuk dah berkurangan. Tp kepala masih sakit lagi. Makan ubat batuk cap ibu dan anak, makan pil selsema, makan pil sakit kepala and then terus tidor. aku tak tahu ubat mana yang mengantukakan aku ni. memang lamalah aku tido. Bila bangun je selsema dah hilang. emmsyoknya..

Bagi aku ubat batok cap ibu dan anak memang baguslah kerana diperbuat daripada 15 daun-daun herba dan di campur dengan madu. Batuk aku semakin lama semakin berkurangan . Alhamdulillah..