'Satu hari di raya terkenang pada si dia'. Eewah-ewah..Lepas sembahyang raya jer, aku makan ketupat dan bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang. Seperti biasa di raya tahun yang lepas, lepas bermaaf-maafan aku pergi ikut rombongan marhaban sampai pukul 2.30 ptg. walaupun malam tu aku tido lewat. Tapi mata ni sentiasa terbuka luas. Rugi je kalau watu raya kita tidokan?
Jam menunjukkan pkul 5.00 ptg. So keluarga aku berangkat beraya di kampung plak. utk pengetahuan semua, kampung aku terletak di Muar (Kg. Tengah). Ada sapa-sapa kampung dia kat situ? kalau ada, msg2 lah aku ni..insyaallah, aku akan berayalah..Sampai di kampung pkul 7 ptg. Aktiviti di kampung plak biasanya raya pertama saudara-mara,sepupu sepapat macam2lah bua marhaban di rumah atok. Tp tahun ni ada kelainan skit, ada baca berzanzi plak. Lepas marhaban umah atok, marhaban plak umah makci dan pakcik di muar nie. Tak silap aku 6 buah rumah. Pukul 12 tgh malam baru habis marhaban. Lepas tu aku dan sepupu (ijat,faizal,baha, bobot dan halim pegi main bowling di Bakri, Muar.Pada mlm tu aku berpakain baju melayu. Tak sempat nak tukar kerana yang lain nak cepat pegi main bowloling. Kami main bowling sampai pukul 2.30 pg. Dalam perjalan balik kerumah perut aku terasa lapar. Aku mencadangkan makan mee bandung Muar. Di pendekkan citer, kami pun pergi ke kedai Mee bandung tu. Dah lama tak rasa mee bandung muar nie. Selalunya aku makan mee bandung Muar di area kajang. Tp rasanya kurang sikit dari mee bandung Muar yang ORI. Emm..Jam dah menunjukkan pukul 2.50 pg. Nasib baik kedai tak tutup lagi. Still ramai orang lagi. Biasalah ramai orang bandar pulang ke kampung nie. Kami sampai umah pukul 4 pagi. Fuh..mengantuk gile..Lepas aku letak kepala aku je terus aku tido...
0 comments :
Post a Comment