Emm...Pejam-pelik jer dah hari raya. Rasa kejap jer. Syukur alhamdulillah akhirnya aku dapat menunaikan rukun islam yang diwajibkan untuk orang islam berpuasa. Lama gak aku tak pegang keyboard utk menaip ne. Almaklumlah cuti raya.
Aku kat sini nak cite sikit pengalaman aku sempena di hari raya nie. Begini citernya, pada malam raya aku dan dua orang member aku (tuah dan faizal) pegi ke gelang patah. Masa tu jam telah menunjukkan pukul 11.30. Kita orang telah berbincang nak pi lepak Dangga Bay. Itu cadangan akulah. Sbb aku tak pernah pi sana. huhuhuh...Dia orang berdua nie, set (setuju). Kita orang pun gerak menaiki kete faizal.
Dalam perjalanan pegi ke JB hujan turun dengan lebatnya. Lebat tu. Fikiran aku memikirkan sesuatu. Sekiranya hujan lebat dalam masa 1 jam bermakna JB akan banjir. Emm..takpelah..lagipun Tuah nak pi umah sepupu dia dulu sblm pi Dangga Bay. Umah Sepupu dia di Gelang Patah. Akhirnya kita orang telah sampai di Gelang Patah pada pukul 1.00 pagi.Rupa2nya Tuah ni penjual seluar jeans berjenama terutama Jenama BMW dan BOSS. Selesai sudah tawar menawar dan menjual beli jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Mata aku pun dah ngantuk ni. Kita orang pun gerak. Tp rancangan nak pi Dangga Bay dibatalkan kerana kita orang keletihan. Lagipun hujan tak berhenti lagi. Nasi baik tak lebat. Cuma gerimis jer..
Dalam perjalanan Pulang.
Aku tengah layan Felling di tmpt duk belakang kereta, tiba2 ada sebuah kerete di depan main lampu depan. Nasib baik Tuah sempat break. Rupa-rupanya kereta tu tersangkut di dalam air. Nasib baiklah tak jalan terus. Dalam gak. Pikir punya pikir. Aku kena patah balik dan lalu di tmpt lain. Semasa di hightway Tuah ni dah ngantuk sgt. Dia nak tukar drive. Tp masing2 tak nak drive. Jadi dia bawa 40-60 km je. Slow giler. Moto pon lajulah. Lepas Tol Simpang Renggam akuplak yang drive. Masalahnya aku tak bawa cermin mata aku. So aku bawa kejap jer krn aku rabun jauh dan silau. Tuah dah ngantuk gile..Nasib baik Faizal nak bawa. Akhirnya aku sampai di rumah jam 4.00 pg. Alhamdulillah..smpai kat umah gak. Kalau tidak, beraya kat jalan rayalah.
Tuesday
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment