Wednesday

EPF & Socso -- Tips penting!

BY Aidil IN No comments

1. Penamaan EPF

Sesiapa yang masih belum membuat penamaan EPF, sila berbuat demikian dengan segera. Ini adalah kerana sekiranya tiada penamaan, proses menuntut wang EPF oleh pewaris adalah amat sukar dan lambat. Dan sekiranya nama di dalam borang penamaan adalah nama orang lain selain dari pewaris anda, EPF tetap memberikan wang kepada orang yang dinamakan tersebut.
Satu kes benar sebagaimana yangdiceritakan oleh pegawai EPF

Taiping, 1986, seorang balu kematian suami bersama 4 anak datang menuntut wang EPF suaminya. Simpanan suaminya ada RM 46,000.00(satu jumlah yang cukup besar pada masa itu ). Gagal mendapatkan wang tersebut kerana di borang penamaan suaminya menulis nama ex-girlfriend sebagai penerima. Selepas 2 minggu, ex-girlfriend suaminya menuntut dan berjaya
mengeluarkan kesemua wang EPF lelaki tersebut. Walaupun diberitahu oleh pegawai EPF yang lelaki tersebut meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak, si ex-gir lfriend tadi tidak mahu menyerahkan walau satu sen pun.

Jadi, pegawai EPF pun tidak boleh buat apa-apa untuk membantu balu tersebut.

Moral of the story : Pls namakan orang yang betul !!


2. SOCSO Claim

Saya juga baru mengetahui mengenai perkara ini. Orang yang meninggal dunia secara mengejut di dalam tidur, pewaris boleh claim SOCSO up to 65% dari gaji terakhir si mati. Jadi, SOCSO bukan hanya cover untuk accident di tempat kerja atau dalam perjalanan kerja sahaja.

Semoga bermenfaat!

PS: Info dari kawan, saya hanya menyampaikan sahaja, sila rujuk EPF & Socso untuk kepastian jika ragu.

0 comments :

Post a Comment