Wednesday

Minggu Intergrity

BY Aidil IN No comments

Baru-baru ini 27/2/2009 tempat kerja aku (Fakulti Kempimpinan Dan Pengurusan) telah melaksanakan minggu intergiri peringkat Fakulti. Minggu intergriti pada tahun ini sangat menarik dan tidak seperti pada tahun lepas. Ini kerana pada tahun ini minggu intergriti melibatkan semua staf FKP dan pelajar FKP. Pada tahun lepas minggu intergriti ini hanya terlibat pada pelajar2 sahaja.

Pada tahun ini FKP telah membuat banyak aktivi yang menarik. Antaranya ialah Explorasi, sukaneka, masak-masak dan kuiz. Salah satu aktiviti yang aku terlibat ialah explorasi. Aku baru kali pertama menceburi aktiviti exlplorasi ni. Exlporasi ini memang menguji minda dan juga fizikal. Aku bernasib baik kerana satu pasukan dengan Pn. Marina dan juga 4 orang pelajar yang bijaksana nie. huhuhu..



Jam 3.00 petang, Peserta explorasi berkumpul di lobi FKP. Task kami yang pertama ialah kami di minta membuat satu nama kumpulan. Nama kumpulan kami ialah The Last Together. Aktiviti paling menarik ialah kami di beri task membuat mumia. Memang seronoklah balut-balut orang jadi mumia ni. Selepas itu, task yang paling tak menarik sekali ialah membuat koktel interity. Mereka telah menyediakan barang-barang untuk membuat koktel ni. Barang-barangnya ialah telur mentah, peria, asam dan koktel. Kami memcampurkan benda-benda ini menjadi satu supaya menjadi air yang boleh diminum. Oleh kerana kumpulan aku mempunyai seorang lelaki, terpaksalah aku minum air tersebut. Terus teranglah aku memang tak pernah minum air mcm tu. Lagi2 dicampur telur yang tak masak tu. Pertama kali aku minum air tu, terasa tekak aku loya. Memang aku nak muntah. Aku tahan sampai mata aku ni berair2. mcm menangis..tapi bukan nangislah..tahan loya jer. Rasa telur tu memang loya. Nasib baik pada hari tu aku belum mkn tengah hari lagi. Aku memang sengaja tak makan tengah hari tu krn ada makan2 pada petang tu. Kalaulah masa tu perut aku kenyang, dah tentu aku terus muntahlah. confirmlah. Aku terpaksa menghabiskan air tu. Alhamdulillah, habis gak..huhuhu..

Task berikutnya, Salah seorang kumpulan kami diberi task menyanyi lagu USIM. Alhamdulilah selesai. Lepas tu, task berikutnya ialah membawa telur dalam sudu dan mengambil belon dan lempar belon tersebut tanpa melihat kepada kawan. Task ini kami selesaikan dengan mudah. Last sekali kami diberi task menyusun carta organisasi. Mudah sahaja dibuat oleh Pn. Marina. Aku tengok kumpulan lain yang menyusun carta organisasi ni, memang terabur. Dia orang ni, memang tak kenal Staf atasan nie. Buat malu jer.

Aktiviti intergiti pada tahun ini memang menyeronokkan dan penuh bermakna. Aku harap pada tahun depan minggu intergiti seperti ini akan diadakan pada tahun mendatang dengan lebih baik dan bermakna. Ini kerana minggu intergriti dapat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain. Terima kasih kepada yang menjayakan minggu intergriti peringkat Fakulti.

0 comments :

Post a Comment