Tuesday

Kemas umah sewa

BY Aidil IN 3 comments

Hari minggu yang lalu aku,hamisah (tunang),azimah (adik hamisah) dan anak sedara beliau pergi ke rumah yang akan kami sewa pada awal bulan Julai ini.Kami bergerak dari KL dan melalui jalan Salak Tinggi. Tujuan kami kesini adalah untuk mengemas rumah yang kami akan tinggal. Aku menyewa rumah tersebut tidak jauh dari rumah bujang yang aku duduk skrg ni (Casuarina, Nilai,NS.). Aku menyewa rumah teres 2 tingkat hanya Rm450 sahaja. Kira murahlah dari Taman lain.

Sebelum kami pergi ke rumah sewa aku, kami singgah di maidin Putrajaya membeli barang2 keperluan membasuh rumah. Macam2 aku beli barang2 membasuh ni, contoh baldi, penyapu, mod, sabun, berus,getah dan macam2 lagilah untuk membasuh nie.

Bia aku sampai di Nilai, aku singgah di rumah Kak Ina di Desa Kolej. Kak Ina ini adalah pegawai di tempat kerja aku. So dia ni memang baik dan friendly. Tak sombong pun. bertuahlah siapa kenal dengan dia ni. huhuhu..Tujuan aku singgah di rumah dia ni untuk mengambil kunci rumah sewa aku. Sebelum ni, dia duduk di rumah yang aku nak sewa ni. Memandangkan dia dah beli rumah baru, akulah yang mengambil alih tmpt duduk dia. Rumah yang dia beli memang cantik. dah siap 'renovate' lah..aku, hamisah,azimah dan anak sedara di beri minuman dari Kak Ina. sambil2 tu aku tgklah dalam rumah tu. memang cantik. Selepas itu, kami pegi ke rumah yang bakal aku sewa awal Julai ni.

Hamisah, Azimah dan anak sedara membasuh rumah. Aku pula menebas lalang yang berada di belakang rumah tu. Belakang rumah tu memang penuh dengan lalang. Tinggi lalang mencecah bumbung rumah. Sudah berapa lalang2 ni tidak dipotong. banyak plak tu. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Jadi kami sudah selesaikan semua yang patut di buat. Lepas aku bawa mereka ke restoran KFC. Lepas makan kami pulang ke KL.


(Gambar Hiasan)

3 comments :

  1. aidil, nie kak ina nie...
    lalang tu cepat naik le...hihihi...tu yg tinggi tu....

    ReplyDelete
  2. rumah yg kat page aidil tu mcm tak sama je dgn umah sewa tu.....nape jadi lagu tu?

    ReplyDelete
  3. kak ina..ni rumah contoh casuarina je...huhuhu

    ReplyDelete