Wednesday

Mengigau@mimpi

BY Aidil IN No comments

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Pada malam minggu yang lalu aku bermimpi atau mengigau yang amat memalukan diri aku.. Pada masa itu aku tengah tidur di atas katil yang mana mimpi itu sama masa waktu aku tidur. Aku melihat seekor laba-laba sebesar tapak tangan menuruni dari syiling menghala ke arah aku. Aku sangat takut lalu aku megelengkan badan aku supaya aku tidak terkena dari laba-laba tu. Laba-laba tu menghampiri aku lalu aku terus terjaga dan terus mengejut isteri aku "lari-lari, cepat lari..". Isteri aku yang sedang tidur nyenyak terkejut lalu bingkas bangun dari tidur dan lari daripada katil. Isteriku bertanya kepada ku kenapa ni bang". Aku jawab "ada laba-laba besar kat atas katil ni!" pada masa tu aku sendang terkial-kial mencari suis lampu.Rasanya masa tu aku sedang mamai. Isteri aku tanya "cari apa bang". Aku jawablah "mana ni suis lampu"? dengan nada yang mamai.Isteri aku tergelak. "ada kat dinding ni kan. yang abang cari dekat ngan bilik air wat apa?" jawab isteriku. lepas aku buka lampu aku mula mencari laba-laba di atas katil tu seperti yang didalam mimpi aku tu tadi. Cari-cari tak jumpa. "abang mengigau nie?" tanya isteri ku. Lah..Rupa-rupanya aku bermimpi jer.Tp rasa mcm real lah. Buat malu aku jer. Dahlah aku kejutkan isteriku yang sedang tidur tu. malunya aku...Lepas tu aku terus baring di atas katil kerana aku terlalu ngantuk. Isteri aku hanya gelak keseorangan. "abang ni selalu mengigau". Dah lah ngigau kejutkan orang". Isteri bercakap sorang sambil gelak. Aku terus melelapkan mata.


P/s: lain kali kalau nak tidur basuh kaki dan baca doa dulu yeks...:)

0 comments :

Post a Comment