Assalamualaikum dan Salam Satu malaysia..
Lama sungguh aku tak update blog aku ni, mungkin sblm ni tak de apa yang nak dikongsikan. Tapi kali ni aku nak berkongsi kepada korang semualah..
Alhamudulillah segala tugas mengenai seminar IC-DAIM 2010 pada 22/11/2010 hingga 224/11/2010 telah pun selesai. Sblm ni aku sibuk dengan program seminar ni. Kerja dari pagi hingga ke pagi. So masa berehat terlalu terhad. Adakalanya aku rasa life aku kat tmpt kerja je. Bila dipikirkan kembali, Ini rezeki dan peluang aku membuat kerja lebih masa. huhuhu...Seminar ni telah bermesyuarat setahhun yang lepas. Pada masa tu, aku hanya pandang ringan je dengan IC-DAIM ni. Almaklumlah lagi setahun nak seminar. Pada masa tu aku pikir mungkin aku dan tukar ke jabatan lain. Jadi tugas2 aku diambil oleh orang lain. Bila setahun sudah berlalu, aku masih di jabatan yang sama..hahaha. terkena gak kat muka aku ni. Jadi aku kenalah buat kerja seminar nie..hahaah..
Bila seminar lagi dua minggu dah nak start, mulalah bertambah sibuk. Aku kena prepair barang teknikal yang perlu dibawa ke sana. Sblm aku terlupa, aku buat satu checklis barang yang di bawa ke sana supaya mudah aku nak buat rujukan. Aku kena menguji peralatan notebook dan lcd terlebih dahulu. Aku meminta pertolongan saiful rakan sepejabat untuk memberi bantuan teknikal. Thanks saiful,walaupun saiful ni bukan satu jawatan ngan aku, tapi beliau ni selalu membantu orang. Thanks banyak2 saiful. Seronok kerja dengan ko. So lepas ni bolehlah berkejasama dengan ko lagi.hahhah...(kalau ko laratlah)..
Selepas IC-DAIM 2010 selesai. Keesokkannya aku terus ke klinik kerana badan dan kaki aku letih. Dapat gak MC satu hari. FUh..lega rasanya bila tak bekerja. tenang je...
Lepas ni ada satu program iaitu Program perkhemahan Permata Insan. Aku tak pasti sama ada program ni sibuk ataupun tidak. Setahu aku program Permata Insan ni ada tetamu super VVIP datang. So kerja aku bertambah sibuk lagi. emm..Aku berharap tiada apa2 yang berlaku pada waktu program tu. Amin.
0 comments :
Post a Comment