Tuesday

Tak Sangka, Apa yang terjadi....

BY Aidil IN 4 comments

peserta bowling yang terlibat
Sabtu baru2 ni, Office aku ada buat pertandingan bowling Piala Pengarah 2012 di seremban Parade. Pertandingan tersebut bermula jam 2.00 pm. Aku baru keluar rumah jam 1.10 pm. Rumah aku kat nilai,tak delah jauh sangat dengan seremban ni. Aku duduk area Nilai je. lebih  kurang 30 minitlah. Pada mulanya aku nak gerak melalui highway. Bila tgk dari jambatan Kat area Nilai. Hightway jem teruk. Menurut Muzammil, masa dia lalu kat highway pada jam 12.30 pm ada sebuah kereta terbabas. Takdelah teruk sangat. Masa tu tak delah jem sangat. Bila 30 minit berlalu dah jem teruk. Nampaknya rakyat Malaysia ni terlalu prihatin. Tp bukan nak bantu pun. Just nak tgk-tgk jer. 

sedihnya pin aku paling rendah..huhuhuh
Bila aku dah tgk  highway jem teruk. aku pun adjust jalan lain. Aku pikir lalu jalan Nilai lama. Bila sampai di pekan Nilai lama keadaan kat situ pun jem gak. Aku heranlah, biasanya tak delah jem teruk mcm ni. Bila sampai di depan balai polis aku tgk ada 2 buah kereta rosak teruk akibat kemalangan. Apalah rakyat Malaysia, kereta nak hantar balai pun nak tgk lama2 ker??? Nak tgk sekejap bolelah. Tp janganlah terlalu lama sehingga boleh mengakibatkan jem teruk. 


Nasib baiklah aku sampai di Seremban Parade jam 2.15. Dan bernasib baiklah game tak start lagi..fuh..lega. rasanya. Masa dalam kereta aku pikir memang tak nak mainlah. macam-macam aku pikir. Aku satu team ngan Azlan, Hajad dan El Nadia. Masa game pertama aku dapat 110 jatuhan pin je. Hampeh tul. Tp dapatlah target aku nak dapat 100 ke atas je.huhuhu. Game ke dua plak dapat 95 jatuhan pin. huhuhu..lagi hampeh...teruknya aku main...aku bukannya pandai main. Just suka2 je. Game ketiga plak aku dapat 135 jatuhan pin. Wow....tinggi tu. ada peningkatan...dah nak last2 baru dapat setting mcm mana nak baling bola..aduih...kalau tak cecah 2oo pin. hahahaha...


Lepas habis game, aku ingat nak baling awal..Lan tak bagi balik awl sbb nak ambil hadiah...Hadiah?????"main teruk mana bole menang" kata aku kat alan..tp aku tunggulah sampai penyampaian hadiah...Bila diumumkan tempat kelima.. kumpulan aku di panggil untuk mengambil hadiah tersebut. Aku terkejut bila diumumkan dapat tmpt kelima. Wow..main teruk2 pun dapat no 5.huhuhu..Mesti ada kumpulan lagi teruk dari kumpulan kami.hahaahhah..apa-apa pun tahniah kepada semua peserta kerana menjayakan pertandingan bowling ni...Tahniah kepada kumpulan yang menang dan syabas kepada kumpulan yang tidak menang. Tak apa..tahun depan ada lagi.boleh cuba lagi...
Pemain bowling lelaki junior terbaik..my son.

4 comments :

  1. wah...seronok...

    best dapat luang masa gini...ilang stress sat...

    ReplyDelete
  2. betul tu.memang ilang stress.kalau geram kat seseorang anggap je pin tu sebagai kepala yang kita marah kan dia.huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. mmg terbaik la pemain lelaki junior tuh. huhu

    ReplyDelete