Malam
tadi Aqil sakit perut dan muntah-muntah. Tak tahu kenapa boleh jadi begini. Aku
rasa sedih dan risau dengan keadaan Aqil malam tadi. Pada mulanya semasa tengah
makan malam bersama, tiba-tiba Aqil kata sakit perut. Aku ingat dia nak berak.
Aku cakaplah. Aqil cangkung jer. Tp dia tak nak.
Selepas makan, aku
bermain dan bergurau dengan Aqil di ruang tamu. Masa tu dia okey je. Tak de
masalah. Selepas aku bawalah Aqil ke ofis aku kerana malam tu aku kene buat
backup data sistem di tempat aku bekerja.
Semasa di ofis aku, Aqil
leka bermain dan nak tengok upin-ipin rancangan kegemaran dia. Aku bukalah
youtube. Lepas tu dia pergi main2 di area tmpt keje akulah. Tiba2 jer dia
muntah. Banyak pulak tu. Aku ingat biasalah. Lepas basuh muntah Aqil. Tidak
lama kemudian Aqil muntah lagi. sampai lebik badan tgk Aqil. Aku pun cepat2 bawa
ke klinik panel aku. Masa tu jam dah pukul 11.15 malam. Nasib baik ada doktor.
Selepas jumpa
doktor, Kami terus pulang kerumah kerana nak bagi Aqil makan ubat. Lepas Aqil
makan ubat dan minum air, tiba-tiba Aqil muntah lagi. Kali ni muntah ubat dan
air yang isteri aku bagi. Aku semakin risau. Apa yang Aqil makan sampai jadi macam ni.
Lepas tu, aku tidorkan Aqil kerana dia dah mengantuk tapi sakit perut dan
muntah. Kami pun tertidolah di depan TV pada pukul 12.00 am. Baru 1/2 jam tido
je Aqil bangun dan merengek dia kata nak muntah. Tak sempat nak angkat dia
muntah kat situ jer. Nasib baik isteri aku sudah sediakan kain untuk menahan
muntah dia.
Kesian Aqil. Aku
dah bagi makan ubat. Tapi tak de kesan pun. Nak je aku pergi hospital. Tp
isteri aku kata rileks. Baru kene ni. Lagipun dah jumpa doktor dan bagi makan
ubat. Emm...Ok..aku nak tengok macam mana. Pukul 2.00 pagi Aqil muntah lagi.
Masa tu dia mintak susu. Kami bagilah. Sbb perut dia dah kosong. Lama-kelamaan
Aqil tertido sampai ke pagi. Tp aku perhatikan dia, dia asyik merengek je.
Aqil. Ayah sayang Aqil. Ayah berharap Aqil tak de apa-apa yeks. Semoga Aqil
cepat sembuh dan sihat. Nanti bolehlah main dengan ayah yeks.
Pagi tadi, Aqil
tido lagi. lena sikitlah.mungkin kepenatan. Aku cakap dengan isteri aku, lepas
hantar umah pengasuh nanti kena call pengasuh tu selalu. tgk keadaan Aqil macam
mana. Aqil Sekali lagi ayah berdoa semoga Allah sembuhkan penyakit Aqil dan
sihat selalu. Amin.
0 comments :
Post a Comment