Assalamualaikum.. Semalam aku pergi ke pasar raya Zemart di bandar Ensterk untuk membeli barang keperluan dapur. Selalunya bila pergi ke sana mesti aku akan timbang berat badan aku. Aku mesti nak tahu ada perubahan naik atau pun turun. Pada 2 minggu lepas, aku timbang berat badan aku 67.6 kg. Semalam aku timbang dah 66.6 kg. Wow. dah turun 1 kg. Alhamdulillah. Akhirnya aku telah dapat berat badan yang ideal. Aku dah tak oberstiti lagi seperti dulu.
berat badan yang obersiti. |
Selepas aku mengamalkan diet atkins selama sebulan semasa di bulan puasa hari tu berat badan aku makin menurun. Dari 76.4 kg kepada 66.6 kg. selepas diet atkins selama sebulan semasa puasa tempoh hari, aku dah kurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi,roti dan pisang. aku hanya makan separuh nasi je. Air pula, aku dah kurangkan ambil air yang manis. Masa dulu aku kerap mengambil air manis. Tak kira siang ke malam. Tapi sekarang dah kurang ambil air manis. Aku banyakkan minum air masak.
Sekarang aku target berat badan aku 63-62 kg. Itu matlamat aku semasa aku hendak turunkan berat badan. Walaupun berat badan aku dah ikut BMI tp aku nak kurangkan berat badan aku ni lagi sehingga target tercapai. Dulu semasa berat badan aku 76.4 kg, semua seluar, samaada seluar raya ataupun seluar jeans aku tak muat. Bila tak muat tu aku bagilah orang. Sekarang berat badan mula menurun, seluar aku jadi besar pulak. aku pakai je seluar yang besar tu. Sebab aku baru je beli semasa puasa hari tu. adoiii..kena beli lagi seluar baru ni.
0 comments :
Post a Comment