Monday

Diet Atkins

BY Aidil IN 2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Lama aku tak coret citer tentang aku ni. kali ini aku nak bercerita tentang aku mengenai diet atkins. Nak tahu apa diet atkins ni??  

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. 


Aku mengamalkan diet atkins sudah 3 minggu. Emm..memang berkesan diet ni. Sebelum aku diet berat aku ialah 76.4 kg. Selepas 3 minggu berat aku turun ke 69 kg.fuh..banyak tu. tak perlu guna pil-pil diet ni. Membuang duitkorang je. 

Sebelum aku kenal diet atkins daripada kawan2 ni. Aku teringin nak kurangkan berat badan aku yang telah obesiti ni. Sampai satu tahap aku nak beli ubat diet jenama xxx xxxx x. Tp mahal plak. emm..tunggu aku ada duitlah baru aku beli..Suatu hari officemate aku telah mengamalkan diet atkins ni. Baru sebulan dah 10 kg, wow..banyak tu. aku rasa kagum dengan officemate aku ni. dia bagi nama blog cara berdiet atkins ni. Aku study selama seminggu untuk membaca blog ini. blog http://bicikut.blogspot.com/ . mesti baca. 

Kepada orang yang gemuk dan obesiti macam aku ni, anda perlu baca blog ini untuk mengurangkan berat badan anda. Memang berguna. So aku dah cuba..anda bila lagi..jom diet. 




2 comments :