Wednesday

Situasi Raya dalam video ini.

BY Aidil IN 2 comments


Adakah aku akan menghadapi situasi seperti video di bawah pada hari raya ini?. 

Tahun ni turn kami beraya di rumah mak mentua area Cheras. Tahun ni tahun ke-5 kami beraya bersama semenjak berkahwin dulu. Tp tahun ni adalah tahun dugaan yang paling kuat aku lalui kerana tahun ini isteri aku berkerja pada hari raya pertama. Isteri aku baru berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan sebagai pembantu perawatan kesihatan dan di tempatkan Taman Sinar Harapan, Seremban. Ikutilah situasi video di bawah ini.


Saturday

lukisan pertama Aqil

BY Aidil IN No comments

Semalam aku bawa aqil ke opis aku pada sebelah malam. Ini kerana aku kena buat kerja lebih masa membuat backup data. Isteri aku pula kerja shif malam dan balik pada esk pagi. Jadi aku  menjaga Aqil ini ketiadaan isteri aku ni.

Masa nak balik dari kerja aqil sempat lukis di papan putih di opis aku ni. sungguh comel lukisannya. inilah hasilnya.



Wednesday

Berkampung dihospital.

BY Aidil IN No comments

Klinik Pakar Kanak-Kanak An-Nur, Bangi.

Pada 30/4/2014 aku dan isteri membawa aqil pergi ke klinik Pakar Kanak-Kanak An-nur Bangi kerana hendak memeriksa mata Aqil yang sebab tak baik lagi. Sebelum itu aku dah bawa aqil ke klinik biasa tp doktor bagi makan ubat alahan je. Ubat dah nk dekat habis tp tak baik2 lagi. so bawalah ke Pakar Kanak-Kanak An-nur.

Bila masuk bilik doktor dan terangkan masalah Aqil terus doktor suruh baringkan Aqil dan periksa seluruh badannya. Doktor tgk je dah tahu masalah yang dihadapi oleh Aqil. Doktor suspek masalah buah pinggang (Neprotic syndrom). Terkejut dan berderau darah aku bila doktor cakap mcm tu. Tapi doktor nak memastikan keadaan Aqil dengan lebih tepat, doktor suruh Aqil kencing untuk menjalani ujian bagi memastikan jawapan yg lebih tepat lagi. 

Dah 1 jam bearlalu tp aqil tak nak kencing. Doktor menyarankan anak aku di bawa ke hospital segera supaya membuat pemeriksaan dengan lebih lanjut di sana. Doktor memberi aku surat sokongan supaya anak aku diperiksa dengan lebih detail lagi.



Hopsital Serdang
1.00 tengah hari tiba di bahagian kecemasan Hospital Serdang dan ambil nombor giliran. Tunggu 3 jam baru dapat jumpa doktor perubatan. Kami tunggu penuh dengan kesabaran di jabatan kecemasan ini. Apa masalah yang menyebabkan lambat berjumpa dengan doktor ni. Mungkin doktor di Malaysia masih kurang.

pukul 3 baru jumpa doktor dan memeriksa Aqil. Doktor mengambil darah dan air kecing Aqil untuk diperiksa dengan lebih lanjut. tangan Aqil dicucuk dengan jarum. Pada mulanya Aqil menahan kesakitan dan tidak menangis. Tp doktor muda ni masih tidak jumpa saluran darah aqil kerana tangan aqil sudah gelembung dan dipenuhi dengan air. Doktor menukar tangan sebelah kiri pula. Aqil masih menahan sakit dan lama kelamaan Aqil menangis. Kesian aku tgk Aqil. Tapi apakan daya kerana perubatan dan kesihatan Aqil aku perlu bersabar dengan tindakan doktor muda tu.

Selepas semuanya selesai doktor mengatakan tunggu result lagi 1 jam hingga 1 jam 30 setengah lagi. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 3 lebih. Dalam masa menunggu tu aku banyak berdoa kepada Illahi janganlah posotif keputusannya. Selepas 1 jam lebih kami kembali ke bilik doktor dan keputusan yang aku inginkan meleset kerana keputusan air kencing aqil postif dengan protein. Jadi Aqil perlu di masukkan ke dalam wad dengan segera.

Aku menahan kesedihan dan sebak di dalam hati Sambil menolak Aqil dengan wellchair ke wad kanak-kanak 5A. Dalam perjalanan ke wad 5A aku tidak dapat menyimpan kesedihan itu. Air mata aku mengalir ke pipiku. Aqil duduk di wellchair dan diam saja kerana merajuk tak nak duduk dalam hospital.
Setibanya di wad 5A itu aku menangis tak nak duduk sini dan tak nak tidor sini. Kami memujuk aqil sehinggal aqil faham dengan keadaannya itu.



Keperluan Barang di Rumah
Aku perlu balik ke rumah kerana perlu menyediakan barang-barang yang sepatutnya. Dalam perjalanan aku memandu sambil menangis sahaja. Aku tidak peduli dengan keadaan orang dan kereta disekeliling aku. Aku hubungi bos ditempat kerja aku kerana aku ingin batalkan kursus aku pada 5/5/2014 di Pulau Bidong, Terengganu. Pada mulanya aku dapat cover kesedihan itu, Bila dia tanya kenapa terus aku menangis dan tak boleh nak cakap. Sampai di rumah aku rileks jap kerana kepenatan dari pagi sampai ke magrib aku beerurusan dengan doktor. Tenangkan fikiran seketika. Selepas mengambil pakaian aqil dan isteri aku, terus aku gerak ke hospital Serdang. Aqil dah okey duduk di situ. Dia berlari dan buat bising je di dalam wad tu. Pukul 11 malam aku pulang ke rumah kerana hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan berada di wad tersebut.
 




Monday

Geng kelas 5 bestari 2000

BY Aidil IN No comments




Assalamualaikum..Aku hendak membuat coretan peribadi aku mengenai geng kelas 5 bestari tahun 2000 ini. Sudah 14 tahun lamanya meninggalkan kawan-kawan kelas dan sekolah ku. Ingatan kenangan manis banyak di sana. Kadang-kadang bila kenang kembali pada zaman sekolah dulu aku tersengih dan tersenyum sendirian. :). 


Zaman ini adalah zaman teknologi dan zaman kecangihan teknologi. Semuanya berada di hujung jari je. Tak kira yang tua atau yang muda semuanya menggunakannya. Tp kita perlu gunakan teknologi ini sebaik mungkin. Baru-baru ini, aku menerima group reunion kelas 5 bestari 2000 dari applikasi whatsup. Ramai geng kelas 5 bestari berada di situ. Sudah 14 tahun kami meninggalkan kelas dan membuat hala tuju masing-masing bagi meneruskan kehidupan yang di redhai olehNya. 

Masing-masing bercoretah. iyerlah lama tak borak dan jumpa. Walaupun kami ada fb tp masing-masing tak menonjolkan diri atau tidak membuat status di FB ini. mungkin mereka hendak privacy. Aku terharu dapat berkomunikasi dengan mereka. Ada beberapa orang yang lama tak pernah jumpa dan bertanyakan khabar dari mereka selepas 14 tahun ini. Ada yang maintain mukannya dan ada juga yang berubah abih sampai aku tak kenal orangnya. kahakahakah...biasalah dah jadi mak orang :).

Aku tunggu lama mengenai reunion kelas 5 bestari 2000 ini sbb tidak pernah buat reunion ini selama 14 tahun. Harap ada yang pandai manage mengenai reunion ini. Bila singkap kembali kelas 5 bestari 2000 ini, semua pelajar masing-masing nak jadi akauntan. huhuhu...iyerlah kita orang ambil kos perakaunan dan ekonomi. Tp tak tahulah berapa orang yg jadi akauntan bertauliah ni. Rezeki masing-masing. Apa yang penting kerja halal dan di redhai oleh ALLAH. Amin.










Wednesday

Cara menanam uri

BY Aidil No comments

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.
MENANAM URI ANAK
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

 Kredit by http://pakarcinta.com/blog/

Saturday

BY Aidil IN No comments

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup/air minuman.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
 

Friday

Selamat Hari Ulang Tahun ku.

BY Aidil IN No comments

Pagi-pagi buka facebook untuk melihat siapa yg akan mengucapkan Hari ulang tahun aku yang 30. Ramai juga kawan-kawan yang masih ingatkan kan yeks. Thanks to my friends kerana mengucapkan birthday pada aku. Ko memang kawan aku sampai bila-bila yeks.


Ada yang mengucapkan birthday pada aku seblm hari lahir aku. uih..awalnya. Dia kata dia nak jadi orang yang pertama mengucapkan birthday pada aku. So Thanks to my friends. Ko memang terbaiklah.


Untuk pengetahuan semua, semalam bukan sahaja hari lahir aku yang ke-30 tahun saja. Malah aku menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4 tahun. Syukur Alhamdulillah kepada Illahi kerana masih memangkangkan umur aku, memberi kesihatan dan murahkan rezeki kepadaku  dan menguatkan silatulrahim antara kami berdua.


Aku hampir terlupa hari ulang tahun perkahwinan aku tu. Nasib baik aku sempat wish kepada isteri aku, Kalau tak mesti dia kecewa. Kami sambut birthday dan hari ulang tahun perkahwinan kami ala kadar saja. Lagipun bulan puasa. So kita kena bersederhana. Banyakkan amal ibadah. huhuhuh..


Pejam-pelik, dah 30 tahun umur aku ni. Dah tua dah. Aku berdoa kepada Illahi semoga pada umur inilah kejaya, rezeki aku melimpah ruah dan dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan yang baik. Selain itu aku berdoa semoga hubungan kami ini bahagia dan kekal sampai akhir hayat. Amin.


Tersentak hati ku ini.

BY Aidil IN 2 comments

Tersentak hatiku ini bila pekerja bengkel kereta tayar menegur aku hari ini.

Aku :"Ini tayar paling senyap berapa yer?

Pekerja bengkel : Tayar yokohama RM 220.Nak paling senyap lagi tayar TOYO RM280 je.

aku : HEmm..tayar TOYO ni mahallah.

Pekerja bengkel : aiya.. ini berapa sen sangat sehari. boleh pakai sampai 2 tahun lah. Itu rokok yang you hisap berapa sen sebatang Ma.

Bila dikira dicampur dan di tolak. rokok aku lagi mahal dari tayar. 



Marilah kita pikir sama-sama.

BY Aidil IN No comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernahkah kamu diberikan link video mengenai PRU13 mengenai warga asing dan Peti undi dibawa lari? Baru-baru ni aku telah menerima link video mengenai warga asing dan peti undi dilarikan semasa PRU 13 oelh sahabat aku. Telalu banyak link yang diberikan. Dan aku telah melihat semua link tersebut berulang kali bagi mengenal pasti kesahihannya. 

Bila aku tengok video tu, semuanya tidak cukup bukti yang kukuh dan tepat. Kejadian tu berlaku di mana ku pun tak tahu. Aku dengar citer yang lain berlaku di pandamaran, Klang. Bila dilihat semula memang kesian warga asing tu kena belasah kerana dituduh penggundi hantu. Rasa geram pun ada, rasa kelakar pun ada. Kenapa? adakah perkara ini sebenarnya provokasi bagi menjatuhkan dan kebencian terhadap imej Barisan Nasional?  Aku bukankah orang politik yang berpihak kepada Barisan Nasional. Semua ni aku pun boleh buat, tahan mana- mana orang, ambil video guna Hanpon yang canggih tu, pastu cerita satu dunia. Pastu ramai yang follow plak tu. Aku berpikiran terbuka tidak berpihak kepada mana-mana parti. Sebab apa aku kata begitu? Bila ko di pihak A ko akan cerita keburukan di pihak B. Bila ko di pihak B korang akan cerita kebodahan di pihak A. Aku lebih suka mendengar cerita daripada kedua2 pihak dan aku akan ambil note di situ untuk cuba cari kesahihannya. Tp bagi aku mesti ada kerajaan dan juga pembangkang. Tak semua perkara yang dibuat oleh Parti A ni adalah betul. Jadi pihak B lah yang akan bangkang dan mengajar atau menegur mereka semua ni.  

Okeys. Bebalik Cerita bangla tadi tu. Bila aku tengok bangla tu nyanyi lagu negara yang salah tu. Mereka kata ini keje orang BN. Tp dalam kepala otak aku ni, adalah mereke ni betul-betul atau orang yang telah diupah untuk melakukan provokasi dan membuatkan kebencian terhadap BN. Kalau dia orang ambil contoh bangla tak reti nyanyi lagu negeraku dan tidak tahu rukun negera. adakah rakyat Malaysia yang tidak menghafal rukun negara dan menyanyi lagu negeraku iktiharkan sebagai warga asing. Kalau korang tak percaya apa yang aku kata ni, korang boleh pergilah tanya makcik,pakcik mat rempit,minah rempit, kaki disco dan lain-lain lagilah sama-ada melayu, cina dan india suruh mereka cakap mengenai rukun negera Malaysia dan nyanyi lagu negeraku. Adakah mereka yang tak ingat ni akan diistiharkan bangla atau pendatang asing atau pengundi hantu?pikir-pikirkanlah secara logik dan pikiran yang positif bagi membina minda kita ni. 

Mengenai isu bangla pengundi hantu ni, Adakah fikiran orang parti ni akalnya berpikiran pendek dan tidak berakal. Kenapa aku kata begitu? Kalaulah aku jadi PM adakah aku akan ambil bangla untuk mengudi sedangkan berita mengenai bangla pengundi hantu telah tersebar luas sebelum PRU13. Adakah aku akan teruskan usaha itu?Lebik baik aku ambil warganegara orang dari China, Taiwan, Hongkong dan India kerana rupa dan fizikal mereka adalah sama dan susah hendak mengenal pasti.

Apa yang aku pelik bila peti mengundi dijumpai di atas rumput padang awam. Percakapan dalam video tu kata helipkopter MCA telah membuang peti undi di situ. Adakah anda pernah berfikir tentang logik dek akal kita yang dianugerahkan oleh Allah tidak digunakan dengan sebaiknya. Adakah orang MCA yang naik helipkopter telah membuang peti undi di padang awam secara terang-terangan. Lebih baik bakar dan hapuskan bukti ini daripada campak peti undi ke padang awam secara terang-terangan ini atau Adakah orang MCA telah menghianati parti komponennya sendiri bagi menghancurkan parti BN ini supaya rakyat akan membenci kepada parti BN ini. Apakah tindakan BN selepas ini?

Kalau korang tgk ada video kereta kena tahan . Aku andaikan itu adalah peti undi pos untuk dibawa masuk kedalam dewan. Bukan peti undi di bawa keluar. Kereta itu telah dihalang oleh penyokong parti tersebut. Di sini aku tidak boleh mengetahui  prosedur peti undi pos di bawa masuk semasa PRU13. Di sini SPR boleh memperbaiki mengenai undi pos yang boleh dikatakan meragukan kerana datang lewat semasa hendak mengira undi. Sepatutnya undi pos perlu berada awal dan kita perlu tahu berapa jumlah penduduk disitu yang mengundi pos. Kita kena baiki cara undi pos ni bagi mengelakkan keraguan kepada rakyat. SPR perlu mengubah cara undi ini bagi mengubah kepercayaan rakyat terhadap SPR. Terima Kasih.


 






Monday

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu

BY Aidil IN No comments

 

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini Melayukini.net ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.