Friday

Hari Ketiga Bekerja

BY Aidil IN No comments

Hari ini adalah hari ketiga aku datang bekerja selepas masjlis perkahwinan aku di Cheras. Masa aku sampai di tempat kerja memeber2 dan staf di tempat kerja mula mengusik aku. "ai,takkan naik awl kut". Salah seorang staff menegur aku. Rasa malu aku bila dia mengusik aku mcm tu. Aku kalau boleh memang nak cuti lama. Tapi cuti aku bukannya banyak sgt yang tinggal. hanya 18 hari jer. Takkan pikir nak cuti kawin jer. Cuti hal lain ada lagi contohnya cuti kawin belah lelaki, cuti bulan madu, cuti raya. Banyaklah nak digunakan dalam tahun ni. Kira okeylah aku ambil cuti 4 hari. Lagipun aku dah buat persiapan awal. Lepas ni kenduri belah aku plak. Orang tua2 kata "hantar pengantin" atau "menyambut menantu".

Masa hari pertama aku bekerja, ada perjumpaan mega di DKP 3. Perjumpaan Mega ini adalah perjumpaan staff akademik dan pentadbiran dengan pelajar seniour dan juniour. Masa tu ada sesi dekan akan memperkenalkan staff berserta gambar staff di Layar LCD. Bila tiba gambar aku jer, Dekan memperkenalkan aku serta mengumumkan kepada semua aku adalah pengantin baru. "Perrrggg" Jatuh saham aku..huhuhu"bisik hati ku. Lepas kejadian itu, bila ku berselisih dengan pelajar jer, mereka akan mengucapkan selamat pengantin baru kepada aku. Aku hanya tersenyum jer.

Almaklumlah, bila aku cuti 4 hari ni, kerja aku memang berlimbun. Banyak keje aku perlu buat. Cuti2 gak..tp kerja banyak yang tertangguh. Itu baru cuti 4 hari, belum cuti 2 minggu tu. Apa akan terjadi ngan tempat kerja aku bila aku cuti lama. Kira aku kat FKP ni, kira orang pentinglah. Aku kerja kat sini sebagai Juruteknik Komputer. Zaman sekarang canggih. Semua staff ada komputer. Jadi bila komputer ada masalah mereka akan cari aku. Dah lah aku sorang jer kat banggunan FKP nie. Bayangkanlah bila aku cuti panjang, sapa yg buat kerja aku2 nie. Kalau ada pengganti pun susah. Sbb mereka yang ganti aku ni pun ada keje hakiki gak. So paham2 sendiri lah yeks.

Lepas ni aku cuti 3 hari. Aku akan kembali bertugas khamis minggu depan. So lagi bertambahlah kerja aku nie. Aku cuti sbb majlis kawin aku di tempat umah mak ayah aku di Kluang, Johor. Siapa yang tak sempat datang ke majlis aku di KL hari tu, bolehlah datang ker Majlis aku di Kluang . Sempat lagi ni. Lagipun bukannya jauh sgt. Alah cuma 2 jam 30 minit jer. Paling lambat pun 3 jam jer.

Kepada siapa yang tak dapat kad tu, aku mohon maaf kerana kad tak cukup. jadi aku jemput melalui blog aku jer. Sori lah kawan2. Janganlah marah. Bila dapat tahu aku kawin tu, datang jelah. Okeylah. aku banyak keje nak buat. nanti marah plak tuan punya pc yang aku nak repair nie. Dah lah lepas ni aku cuti 3 hari. lama tu. Selain itu, doakan kebahagian rumah tangga kami, semoga rumahtangga kami berkekalah hingga ke akhir anak cucu dana akhir hayat. Amin

0 comments :

Post a Comment