Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan
manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep
pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang
sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.Maka si ayah
pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan
berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti
dengan pembentukan bayi dalam kandungan. Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah
menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah
lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si
anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni
pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis.... ..
NAME : ............ .......... ........... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ . ......... ......... ....
SEX :........... ......... .......... ......
0 comments :
Post a Comment