Thursday

Cuti-cuti di Cameron

BY Aidil IN No comments

20 Mac 2010

Pukul 10.00 mlm Kami (aku dan isteriku, Am dan isterinya, Emi dan tunangnya, hanis dan pasangannya) bergerak ke rumah ayah am di bukit sentosa di Rawang, Selangor. Kami bermalam di sana kerana hendak menjimatkan masa untuk bergerak ke Gopeng awal pagi. Kami hanya menggunakan 2 buak kereta iaitu kereta aku dan kereta hanis.


21 Mac 2010

Pukul 9.00 pagi kami berangkat ke Gopeng, Perak. Tujuan kami ke sana menghadiri majlis perkawinan rakan sekerja iaitu Tunku Hasriq. Akhirnya kawin juga kawan aku ni. Umur dah meningkat tua. dapat jodohnya. Iyerlah tak silap aku umur dia 30 an. Tepat jam 12.00 tgh kami sampai di rumah hasrik. Boleh tahan perkampungan hasrik ni, mesti malam2 teramat sejuk. Suasananya nyaman. dah lama tak tengok kampung mcm nie.

1.00 tgh hari kedua mempelai telah sampai. Ramai orang mengambil gambar kedua dua mempelai nie. Iyelah raja sehari. Macam aku gak. Seronoknya. huhuhu..lepas sesi bergambar bersama pengantin, kami bergerak ke Cameron Highland.

5.30 petang kami sampai di berincang. Kami berhenti tempat membeli belah. Kawasan shoping tu berhampiran dengan hotel Equatorial. Mata aku mula tertumpu pada strawberi dan bunga. emm. Bunga kat sini memang cantik2 belaka. Tp baru sampai aku hanya membeli jagung sahaja kerana perut aku dah lapar. huhuhu. Aku pikir balik nanti baru aku akan singgah di kawasan ini.  Kami bergerak ke tanah rata kerana Aparment kami di sana. Bila aku smpai di aparment tersebut aku tak sabar nak rehatkan badan kerana letih dalam perjalan. Bila aku menjejakkan kaki di dalam rumah tu, Tapak kaki aku terasa teramat sejuk. emm..sejuknya aparment ni. Tak perlu aircond pun. Memang teramatlah sejuk. Lepas borak2 mata aku dah berat nak buka. Aku terus masuk bilik dan melelapkan mata.  Pukul 8 malam kami kuar makan di pekan Tanah Rata. Tak susah sangatlah cari makan di Cameron ni. Sblm makan kami singgah di pasar malam tanah rata nie. Aku beli teh cameron ni. Wah, ada macam2 perisa teh ada kat sini. Perisa Strawberi, perisa blackcurrant dan perisa Oren. Jadi semua perisa aku beli. harganya 1 kotak Rm 5 jer.

22 Mac 2010

Pukul 10.00 pagi kami bergerak ke Brincang iaitu tmpt aku nak beli bunga tu. aku belilah jangung, bunga, starawberi dan keledek. Ambil masa shoping jer 2 jam. lama gak tu. Lepas tu kami pergi makan kat pekan Brincang. perut dah lapar ni. Lepas mengenyangkan perut aku ni, kami bergerak ke Farm Kaktus. Lepas tu, kami pergi ke Farm Strawbery. Lepas bergambar di sana, kami pergi ke Farm Honey. Sayangnya waktu di farm honey ni ujan lebat. Jadi lebah pun tak keluar mencari bunga. Emm..ruginya. Aku hanya bergambar2 di taman lebah tu. Selepas sejam di situ, Kami bergerak ke Farm Butterfly. Masuk Ladang ni kenalah bayar Rm 5 jer. So tak delah mahal sgt. Okeylah. Kat sini boleh bergambar dengan rama2. Kat sini bukan rama2 je yg ada, kala jengking, ular,labah2 dan mcm2 lagilah..
 

Selepas mengelilingi taman rama-rama, kami pergi membeli ole-ole strawberi kering untuk makan di rumah nanti. Selepas itu kami bergerak ker Ladang Teh. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit. Bila aku sampai disana, aku melihat pemandangan ladang teh sunguh cantik. Jadi kami singgah di kedah teh tersebut untuk membasahkan tekak aku ni. Aku order Teh yg ada aiskrim.huhu..sunguh pelikkan?boleh tahanlah. Harga dia satu cawan RM5. Kalau nak cuba rasa teh tu.singgahlah kat cameron ni. Selepas kami berehat, kami turun ke ladang teh tersebut untuk sesi bergambar di ladang. huhuhu..Punyalah jakun aku nie.huhu..Dulu masa ladang teh kat Kluang tak del plak nak ambil gambar mcm ni. Bila dah tak de, terkial cari ladang teh kat cameron nie.huhuhu..itulah manusiakan.Pada jam 6.30 ptg kami gerak pulang.Aku sampai di rumah pada pukul 12.00am.












0 comments :

Post a Comment