Assalamualaikum dan salam sejahtera..lama sangat aku tak update blog aku nie. tp bila aku update ada cerita baru tentang aku nie..huhuu..kalau tgk tajuk semua mesti tahukan..bagaimana dan apa yg berlaku.
Pada 12/6/2010 Nilai, Jam pukul 9.30 pm aku dan isteri aku kat rumah. Aku tgk bola. Almaklumlah. skrg ni musim bola piala dunia. Isteri aku plak tidor kat ruang tamu. sbb dia tak suka sgt tg bola tu. sblm game bola bermula member aku nama dia Kamarul Amri msg aku ajak tgk bola kat kedai mamak Al-Barakah. Aku balaslah tak dpt pergilah, aku tgk bola kt umah. Masa tu isteri aku dalam tunggu hari nak bersalin.aku tak berani nak tinggalkan isteri aku sorang2 dalam masa dia tunggu hari. Jam pukul 11.00 malam aku tu aku buatlah ais blanded coklat. Menyebabkan isteri terbangun. Dia mengatakan perut dia sakit. aku ingat sakit biasala. Tapi aku buat biasa2 je. Sambil tu minumlah ais blanded tu hingga habis. Lepas tu pukul 11.30 mlm dia kata perut dia sakit ni. aku dah risaulah.. So aku bawalah ke hospital putrajaya. Sblm tu aku smptlah mandi dan kemas2 barang.
Sampai di Hospital Putrajaya, aku bawa dia ke dewan bersalin. Nurse periksa baru buka 2 cm. So kena tunggu. aku tunggu kat tmpt menunggu tu sampai pukul 3.00 am. Lepas tu nurse suruh aku pergi ke wad 2A kerana isteri aku berada disana. Sian isteri aku tengah sakit2 kat atas katil tu. Aku suruh dia banyakkan berselawat. Lepas tu aku bagi dia minum air selusuh. Aku tidak dibenarkan menemani isteri aku di wad kerana waktu melawat sudah tamat. Tunggu panggilan dari hospital apabila isteri aku dah nak bersalin. Aku sempatlah tgk bola piala dunia england lawan Amerika dengan kesudahan seri 1-1. Sungguh mengecewakan pasukan England kerana seri pada waktu itu.. Pukul 5.15 isteri aku call dia suruh aku masuk dewan bersalin. ha. dah nak bersalinlah tu. Bila aku masuk je, isteri aku tgh terbaring dalam kesakitan. Em.. siannya isteri aku.
Pada 13 Jun 2010, 5.36 am isteri aku selamat melahirkan anak lelaki kami. syukur Alhamdulillah. dengan berat 2.86 kg. Aku dapatlah melihat kesusahan dan keperitan semasa isteri aku melahirkan anak. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana keperitan dan kesusahan isteri aku nak bersalin. Syukur semuan selamat. Selepas itu,aku mendukung anak aku utk azan. Selepas itu aku dibenarkan keluar dari wad tersebut. Pada jam 8.00 am barulah aku dibenarkan masuk ke wad 2A. aku lihatlah anak aku tidak tumpah mcam ibunya. huhu..sungguh comel. huhuh..lepas tu aku balik ke rumah mak mentua aku untuk ambil makanan orang lepas bersalin. Nasi dan ikin bilis je. Pada pukul 1.00 pm aku balik kerumah aku di nilai dengan mata aku yang teramat ngantuk. Nasib baiklah tidak apa2 berlaku. Sampai dirumah aku tidur kerana kepenatan tidak tidur semalaman. Pada pukul 4.00 pm aku pergi kembali kehospital dan menemani isteri aku. sambil tu aku tgklah anak aku. tak sabar nak tgk dia membersar.huhuhu..Pukul 7.00pm barulah keluarga isteri aku sampai dari kenduri kawin di kg mereka di Pedas, NS. pukul 8.00 pm isteri aku dibenarkan keluar.
Thursday
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment