Monday

First time Aqil masuk panggung wayang.

BY Aidil IN No comments

Semalam kami sekeluarga pergi ke galaxy di Taman Dagan, Ampang. Aku bawa sekeluarga termasuk anak saudara pegi ke panggung wayang untuk melihat cerita Ajiboy. Pada mulanya aku risau dengan keadaan aqil bila di panggung nanti sebab first time Aqil masuk panggung wayang. Aku risau Aqil akan mengamuk kat dalam tu. Buat huru hara plak dalam wayang tu nanti.. Tp tak cuba tak tahukan..

Possing dulu sebelum masuk panggung wayang.
Bila dah tiba masuk wayang lampu dimatikan. Tp Aqil still steady lagi sbb dia dah biasa dengan keadaan gelap ni. Iyerlah bila Aqil nak tido je mesti kena tutup lampu. kalau tidak dia akan bising dan merengek suruh tutup lampu. Citer Ajiboy pun mula Tp Aqil still steady gak malah kusyuk tgk citer Ajiboy ni. Fuhh lega rasanya...huhuhu..

Bila tiba bab dua ekor gorila ni menari di zoo, Aqil dah mula tidak duduk diam. Dia turun dari tempat duduk pergi ke laluan utama tempat duduk dan menari sambil ketawa kat situ. Aku cuma melihat gelagat dan aksi Aqil sambil tergelak kecil bersama dengan isteriku. Aqil ni memang berani orangnya. Baru umur 2 tahun 4 bulan tp cepat pandai ikut perlakuan dan percakapan orang. Dia akan mengulangi perakataan yg disebutkan oleh seseorang walaupun bunyinya pelak sikit. Iyerlah budak-budakan. 
Aqil dah lepak

Selepas satu jam lebih Aqil dah mula minta susu. Emm..mesti dia dah letih dan ngantuk ni. Lepas minum susu je Aqil terus tidur tanpa melihat citer Ajiboy sampai habis. Bila citer dah habis je, aku dukung Aqil dan terus baringkan Aqil di seat belakang kereta. Letih betul Aqil ni. Sampai tak sedar aku dukung dia. Dengan gelagat Aqil di dalam panggung tadi, kami boleh tengok wayang selepas ini. Tp dengan syarat iaitu tengok citer yang diminati oleh Aqil sahaja. hahahahah...Kalau tidak tentu Aqil akan bosan dan mengamuk.kk..bye..

0 comments :

Post a Comment