Semalam aku ambil cuti kerana menemani aqil ke Klinik pakar kanak-kanak di hospital ampang. Aku dan aqil je pergi ke hospital kerana isteri aku kerja. Aku yang merelakan diri untuk menemani aqil ke hospital sbb cuti isteri aku tinggal 2 hari je. Biarlah aku hantar nanti cuti tu bolehlah digunakan untuk hari lain. Tujuan ke hospital untuk mengambil darah Aqil. Aqil pergi ke sini sudah banyak kali. ketika itu aqil baru berumur lebih kurang 14 hari. Pada masa itu kuning Aqil tidak hilang lagi. Jadi doktor klinik bawa Aqil ke klinik Pakar kanak-kanak ni untuk mengambil darah dan membuat dialisis darah tersebut.
Semalam semasa di hospital Aqil macam biasa je. Main-main kat dalam hospital. Dia tak tahu dia kena suntik untuk mengambil darahnya. Tp aku dah bagi tahu awal-awal lagi. Aqil masih belum memahami apa maksudnya. Iyerlah baru 2 tahun 5 bulan 10 hari. Aku tunjukkanlah sakitnya macam mana. Aku cubit kecik kat tangan dia. Aqil menjerit dan masam mukanya. Dia kata sakitlah ayah..huhuuhu..Aku cubit lagi..dia marah dan terus pukul aku. hahaha..jangan marah yek aqil. Ayah cuma nak tunjukkan sakitnya je.
Semasa di luar bilik untuk di suntik aqil boleh bergurau lagi dengan nurse yang nak suntik dia. Aqil ni memang tak takutlah dengan orang. Kalau budak sebaya dia, habislah. dah tentu kena lempang. Bila nama Aqil di sebut je aku bawa Aqil ke dalam bilik tu. Aqil tak takut lagi sbb dah biasa pergi klinik-klinik di nilai. Dia ingat nak check badan dia je. Tp bila doktor dan nurse nak baringkan dia je, dia dah mula takut. Dia pengang aku kuat-kuat. Aqil mula menangis dan menjerit nama aku bila aku tinggalkan aqil dalam bilik tersebut kerana aku tidak dibenarkan berada di dalam bilik tu.
sukanya dapat gula-gula. |
Bila sudah selesai aqil tak nangis lagi. Dia rasa sedih je. Aku mulalah pujuk dia dan janji akan beri gula-gula. huhuhu..Dia pun cakap nak gula-gula..Lepas selesai semuanya aku bawa aqil ke kedai untuk membeli gula-gula. Sekarang Aqil dah dapat gula-gula dan tersenyum dan gembira sekali. huhuhu..Aku cakap kat dia. Doktor suntik dekat mana??Aqil tunjuk kat tangan kiri dia dengan nada sedih..Aku cakap sakit sikit jekan. Aqil jawab aqil kuat.huhuh..bagus anak ayah ni.
penuh kusyuk dengan lalipop |
Petang pula aku bawa ke klinik swasta dekat dengan rumah mak mentua aku kerana aqil selalu batuk-batuk bila malam. Aku risau aqil trauma dengan keadaan pagi tadi. Tp fikiran aku meleset kerana aqil tak takut. Malah dia berani masuk bilik doktor tersebut. Doktor cakap ngan aku anak sakit apa yeks. Dengan Pantas aqil jawab. Batukkk...tergelak aku. Malah dia mengangkat baju suruh doktor check kat badan dia. Very clever aqil ni.
Lepas habis aku lepak di rumah mentua aku. Pukul 5.30 ptng aku ambil isteri aku di putrajaya dan terus balik rumah. Dalam perjalan balik nampak orang jual durian di tepi jalan. So apa lagi singahlah kedai durian tu. Belilah dua biji nak makan-makan. Aqil pasti suka,..huhuhu..
japanese sex dolls,japanese sex dolls,japanese sex dolls try this site
ReplyDelete