Monday

Bestnya bercuti di kampung

BY Aidil IN 1 comment

Hari ini baru mula bertugas setelah 4 hari aku bercuti di kampung. Seronok betul berada di sana. Mood aku sekarang ialah kampungku. Mood nak keje tak de.huhuhu.. Selama 4 hari aku berada di sana, aku makan durian setiap hari. Pagi durian, tengah hari durian, malam durian. Badan tidaklah terasa panas. Tak tahulah kenapa tiba-tiba aku suka sangat makan durian. Sebelum ni tak de suka sangat makan durian. Durian di pokok dah kurang. Nasib baiklah emak yang dikasihi dan cintai menyimpan durian dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Dia tahu anak-anak dan cucu meraka akan balik. 



Pagi jumaat aku dan anak saudara ku pergi ke water park Gunung lambak.Mandi-manda di sana. Memang sejuk airnya.

Mak besama dengan cucu dan menantu.
Pagi sabtu hari tu aku dan keluargaku pergi ke belakang rumah, petik buah rambutan dan langsat. Habis tangan aku  melecet kerana tebang dahan-dahan pokok rambutan. Nasib baik tak banyak yang melecet. Aku panjat pokok manggis tp buah manggis tak banyak sebab dah gugur. Dapat rasa sikit pun jadilah.

Pokok langsat yang aku tanam masa remaja dulu.

Aqil nak peti buah langsat. Tapi tak sampai

yahoo..aku berjaya memetik buah langsat.

tak dapat langsat rambutan pun boleh ayah..

bersama dengan anak saudara ku dan keluarga ku

lama tak nampak labah-labah ni.




Bila aku berada di Kluang ni, mesti aku beli cendol bakar ni. Rasanya memang terbaik dan sedap sekali. Santan dia memang lazat.  Boleh dikatakan hari-hari aku makan cendol bakar ni. Kalau korang datang Kluang singgahlah cendol bakar ni Keterapi Tanah Melayu (KTM) Kluang. Cendol bakar ni hanya ada 6 cawangan di seluruh Malaysia. 4 buah kedai di negeri Selangor, 1 di daerah rembau, Negeri Sembilan dan 1 di Kluang, Johor. 


Cendol Bakar yang lazat dan enak.

Cendol bakar.



1 comment :

  1. ~ PROMOSI CUTI SEKOLAH PAKEJ KE MEDAN INDONESIA MURAH ~
    bagi sesiapa yang berminat ingin ke medan sila call/whatsapp : 0132349961
    PROMOSI CUTI SEKOLAH!
    PAKEJ PERCUTIAN BAJET KE MEDAN 3 HARI 2 MALAM (ALL IN)
    ANDA AKAN MENIKMATI
    1. Keindahan destinasi pelancongan di Medan seperti Lake Toba, Brastagi, Pulau Samosir, Air Terjun Sipiso Sipiso, Melawat Istana Maimon dan Masjid Raya dan banyak lagi.
    2. Tiket flight return (Air Asia) dengan insuran.
    3. Penginapan di Hotel bertaraf 3
    bintang berserta sarapan.
    4. Sarapan, makan tengahari dan makan malam
    5. Perkhidmatan bas, van, feri dan tour guide adalah termasuk
    *yang dah ada ticket tapi tak nak pening kepala pikir bas, makan, hotel pun boleh ya!
    terima kasih

    ReplyDelete