Tuesday

Kasut Tumit Tinggi

BY Aidil IN No comments

Kaki seringkali diibaratkan seperti akar daripada sebatang pokok. Bila akarnya rosak yang selam ini menjadi tunjang, lama kelamaan pokok itu akan mati. Sama jugalah seperti kita, yang masalahnya bermula daripada kaki seterusnya menjalar hingga ke atas.

Kaki yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita. Berkasut tumit tinggi juga menjadi kegemaran kebanyakan wanita yang mahu dirinya di lihat anggun, bergaya juga sofistikated. Ada sesetengah berpendapat pula dengan berkasut tumit tinggi kaum wanita akan nampak lebih seksi. Betul atau tidak itu terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Jika kamu berasa sakit kaki atau kadang kala mengalami sakit belakang ada baiknya kamu tilik semula paras ketinggian kasut yang kamu pakai. Mungkin dari situlah puncanya kesakitan itu.

Membiasakan diri dengan kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kaki mudah terseliuh, mengalami sakit sendi, sakit tulang belakang dan sakit di bahagian lutut. Pemilihan kasut tumit tinggi seharusnya dibuat dengan tidak melebihi 4 cm. Jika lebih daripada itu risiko kamu untuk mendapat kecederaan amat mudah.

Selain itu, saiz kasut juga memainkan peranan penting. Jika kaki kamu lebar janganlah pula membeli kasut yang runcing dan tajam dan pasti akan menyakitkan seluruh kaki kamu kerana terpaksa berjalan dengan jari-jari yang terkepit. Ingat jangan seksa diri kamu lagi.

Disamping itu, kasut tumit tinggi juga mampu memberi kesan terhadap organ dalaman dan kesuburan seseorang wanita. Jika kamu hargai kesihatan kamu, selepas ini janganlah cenderung memilih kasut-kasut yang boleh membahayakan kesihatan.

Berikut adalah risiko memakai kasut bertumit tinggi :

1. Jejaskan peluang untuk mendapatkan anak.

2. Punca rambut gugur.

3. Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 cm boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita.

4. Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan bahu menjadi sakit.

5. Menyebabkan pening dan kitaran haid tidak teratur.

Tips Pemilihan kasut :

1. Pastikan saiz kaki kamu, kerana kaki akan menjadi panjang dan lebar seiring usia.

2. Bandingkan kelebaran kasut dengan kaki. Elak kasut yang boleh menyesakkan kaki kamu.

3. Cuba kedua-dua belah kasut ketika membeli.

4. Ketahui material kasut tersebut.

5. Kasut yang selesa ialah kasut cermat dan kemas dibuat, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung dengan stabil.

6. Jangan beli kasut kerana jenama dan harga, sebaliknya pentingkanlah keselesaan.

Sekian saja tips daripada saya harap boleh di jadikan panduan untuk kamu semua apabila membeli kasut baru nanti. :)

0 comments :

Post a Comment