Wednesday

Mengenai Proton

BY Aidil IN No comments

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yangtelah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalamyang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100% body dibuat di Malaysia .

"Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar
hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya."

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja
kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin
ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara
sendiri.

"Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang."

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design
sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke
Malaysia.

Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton..... Milik Malaysia .

"Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je.."

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya.... . Memang pada mulanya kita belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan
dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama.. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia
sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa
bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya. .. Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada
terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
accident tu... In fact. Kukuh. Saudara saudari... Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan
kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta
mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

"Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat
injin tapi gagal mendapatkan resepinya."

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah.... kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

"Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai."

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya
adalah OSA).

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua...bekas Proton, Head of Styling...bekas Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of Production.. .bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services...bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambil cara senang je.

Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton.. Head of Production.. .bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head je...bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara... dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi
pertandingan mereka design kereta anjuran Ford.. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

"Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..
kalau dah tak boleh tutup aja..."

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton... 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...100, 000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh
membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu.. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk
ke Malaysia ... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh
mana boleh bertahan tak tahula...kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea ...susah. Sebabnya...

1.. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia .... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi
mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab
menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain
boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.
India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea ... Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita.... apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German.... Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman. .. Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar..

Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy.... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau.

Proton telah mengeluarkan Savvy Auto-Manual. ... Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto. Nak main ciluk-ciluk. .. switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?

Copyright dari :
ps: dipetik dari luahan engineer proton
yahuu_mailer@yahoo.com.my

Tuesday

MATTA FAIR

BY Aidil IN 2 comments

Ahad lepas 15/3/2009 aku dan tunang aku pergi ke PWTC kerana ada pameran MATTA Fair. MATTA bermaksud Malaysian Association of Tour and Travel Agens Fair. So tujuan aku pi sini adalah untuk membeli package perlancongan. Sampai di jalan Kinabalu jalan sesak kerana ramai pengungjung hendak pergi ke MATTA di PWTC tersebut. Bila aku melangkah masuk ke banggunan PWTC, aku melihat begitu ramai pengunjung yang hendak ke MATTA Fair ni. Di banggunan PWTC bukan ada MATTA Fair malah ada Pameran Pendidikan iaitu pemeran Universiti tempatan dan luar negara. selain itu, ada pameran peralatan barangan elektronik. Tapi kebanyakkan pengunjung pergi ke MATTA Fair ini.

Aku baru pertama kali peri ke MATTA Fair ni. Rupanya nak masuk ke MATTA Fair ni, kena bayar. Bayaran masuk Rm3 je. Sepatutnya tak perlu bayar pun. bukannya pameran dinasor yang memerlukan modal dan pekerja yang ramai. Aku rasa tak puas hati ada pihak mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan daripada pengguna ni. Penganjur mestilah dapat untung kerana mendapat duit sewa booth (gerai)daripada syarikat travel tersebut.Mustahillah tak untung.

Bila aku masuk kedalam Hall 1 di Banggunan PWTC ni, memang penuh dan sesak di dalam hall 1 nie. Suasana begitu bising dengan suara pekerja2 syarikat travel menjerit2 utk mendapatkan pelanggan mereka. Banyak booth (gerai) di dalam hall 1 nie. So, target utama aku ialah mencari booth travel Sabah. Akhirnya aku jumpa gak booth travel Sabah nie. Dalam booth nie ada lebih kurang 10 syarikat travel nie yang menawarkan package ke Sabah. Macam2 package ada. Package bermula dari 200 lebih hingga ke 4-5 ribu. Boleh tahanlah harganya. Pada mulanya aku nak pergi beli package pulau2 di sabah nie. Bila tgk harganya memang aku tak mampu nak beli. Untuk aku sorang bolehlah. Tapi akukan nak pergi berdua. Huhuhu..

So aku servey gerai2 sabah ni. Last sekali aku berminat dengan package ke Kota Kinabalu 3 hari 2 malam di hotel shangri - La. Harganya Rm350 seorang. Package tersebut ada snowcling di pulau Sapi, Tranfers and return boat di Pulau Sapi. BBQ lunch di Pulau Sapi. So mcm menarik je. Tp mcm mana nak pergi? Tiket kapal terbang tak beli lagi. Aku kena beli tiket kapal terbang ke Kota Kinabalu (KK) hari ini juga kerana promosi Air Asia akan tamat pada hari ini. MATTA Fair nu pun pada hari ini gak. Jadi aku kena pergi cyber cafe untuk membuat pembelian online tiket kapal terbang. Tp di mana cybercafe kat sini? Aku masih berfikir dan mecari idea bagaimana aku hendak mendapatkn tiket kapal terbang ke KK ni.


Sedang aku mecari dan berkeliaran di hall 1 ni, aku terdengar suara orang bertanya di mana booth Air Asia? orang tu mengatakan di bawah lepas tangga. So aku pun tanya semula kepada orang yang bagi tahu tu kerana aku kurang pasti dengan jawapan yang diberikan tadi. Jawapan yang diberikan sama jer. So aku malas nak tanya panjang lebar aku pun mencari2lah booth air asia. Kaki aku lenguh kerana berjam2 aku berdiri di MATTA Fair nie. Tahan jelah. Target aku belum jumpa lagi. so aku kena cari sampai dapat. Akhirnya aku jumpa Banner Air Asia. Tp aku melihat pekerja mereka tidak memakai baju Air Asia pun. Aku tgk2 pekerja2 mereka. Semuanya sibuk dengan pelanggan. Pendekkan cerita aku dapat beli tiket ke KK dengan harga Rm176 pergi dan balik bersama dengan tunang aku. Tp aku bayar service Rm40 kerana menggunakan kad kredit sykt tersebut dan Rm 20 untuk service mereka. Terpaksalah aku beli kerana kad kredit aku tidak boleh digunakan kerana aku terlupa password secure online.

Lepas beli tiket kapal terbang aku terus ke syarikat travel ke KK yang menawarkan package tadi. pekerja tadi menegur aku "you dari tadi tidak balik lagi yek? Sudah malam nie". Eh. baru aku perasan jam sudah pukul 7.00. lama gak aku di MATTA Fair nie. Dari pukul 1 lebih. Seteleh diterangkan oleh mereka aku bersetuju utk membeli package tersebut. Kami akan pergi ke KK pada 2 ogos 2009 menaiki kapal terbang Air Asia.

Monday

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad saw

BY Aidil IN No comments

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya, bersempena Hari Keputeraan Baginda 1425 Hijrah.
-----------------------------------------------------------------------------
1. "Ya ALLAH, semoga ENGKAU limpahkan kesejahteraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad saw dengan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan jadi baiknya akhlak kami, serta curahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya."

2. "Ya ALLAH, limpahkan sepenuh rahmat dan sesempurna kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yang dengannya terungkai segala simpulan dan terhapus segala kesusahan dan termakbul segala hajat dan tercapai segala harapan dan cantiknya segala kesudahan, serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia. Dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya pada setiap detik waktu dan tarikan nafas dan setiap yang termaklum oleh MU."

3. "Ya ALLAH, kurniakan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yang mudah-mudahan dapat mengubati hati (umat) dan menjadi penawar dan menyihatkan badan dan menyembuhkan segala penyakit dan memberi cahaya penglihatan dan menyinarinya. Dan juga limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya."

4. "Ya ALLAH, limpahkan kesejahteraan, keselamatan dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarganya sebanyak bilangan rezeki dan pintu rezeki, Wahai ZAT yang MENGANUGERAHKAN rezeki yang luas untuk kami yang datang dari setiap arah perbendaharaan MU yang ghaib dengan tiada makhluk lain yang iri hati (hasad dengki), hanya dari anugerah dan kedermawanan MU jua, Wahai ZAT Yang Maha PEMURAH."

5. Kelahiran Nabi Muhammad saw, adalah ketika tanah Arab dalam keadaan gelap, keliru, musyrik, pertarungan dan pertentangan berlaku antara puak.
Nabi Muhammad saw berjaya membersihkan umatnya dari beraneka kejahatan dan kerosakan,
Nabi Muhammad saw mengubah puak yang biadab menjadi yang beradab.
Rasulullah saw tidak meninggalkan kekayaan dan harta bertimbun,
walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak salah guna kuasa,
walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak menyeleweng,
walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak lakukan nepotisme, kolusi, kronisme dan rasuah,
Rasulullah saw hanya meninggalkan Al-Quran dan Sunnahnya untuk dipegang, diikuti, disambung perjuangannya dan ditegakkan di mana-mana.
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw.

6. Akhlak Nabi Muhammad saw, adalah terkenal dengan jujur dan amanahnya.
Nabi Muhammad saw jujur dalam memperjuangkan Islam,
Nabi Muhammad saw tidak pernah berbohong,
Nabi Muhammad saw benar dalam perbuatannya,
Nabi Muhammad saw membawa kebaikan pada umat,
Nabi Muhammad saw menyempurnakan akhlak masyarakat,
Nabi Muhammad saw tidak merosakkan umat,
Nabi Muhammad saw kasihan pada yang lemah dan para remaja,

Nabi Muhammad saw tidak menyesatkan umat,
Nabi Muhammad saw tidak merasuah umat,
Nabi Muhammad saw adil pada rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak memganiaya rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak menakut-nakutkan rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak menzalimi rakyat melalui ISA,

Nabi Muhammad saw tidak khianat harta rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak pecah amanah wang negara,
Nabi Muhammad saw tidak menyeleweng dan salah guna kuasa,
Nabi Muhammad saw tidak mengabui dan melalaikan rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak mengamalkan teori machiaveli,

Nabi Muhammad saw tidak menipu,
bahkan Nabi Muhammad saw sangat jujur, amanah, berkata benar, berbuat benar dan mudah kelakunya (simple and honest) sehingga digelar Al Amin.

Orang sekarang terlalu banyak teori (termasuk teori politik machiaveli) yang mengelirukan dan menyesatkan.

Yang pentingnya ikhlas, jujur dan beristiqamah dalam perjuangan Islam.
Kepimpinan Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik keikhlasan dan kejujuran itu.

Dalam pentadbiran sebuah negara, apabila kejujuran diletakkan sebagai perkara lebih utama dari kepentingan cerdik, bijak dan boleh dibawa ke tengah ke tepi, pandai pakai kot dan tie, maka itulah kematangan.

Ya kematangan, kematangan kita dalam memilih dan meletak mereka.

Sebab orang yang jujur tidak akan merosakkan perjuangan,
orang yang jujur tidak akan merosakkan parti,
orang yang jujur tidak akan merosakkan keluarga,
orang yang jujur tidak akan merosakkan umat,
orang yang jujur tidak akan merosakkan agama,
orang yang jujur tidak akan merosakkan negara,
orang yang jujur tidak akan merosakkan dunia dan alam.

Itulah salah satu sifat utama Nabi Muhammad saw,

Nabi tiada kelulusan BSc hatta Phd,

Nabi tiada pandai membaca dan menulis,

Tetapi kejujuran dan keikhlasan Baginda tidak dapat dipertikai.
Itulah yang patut kita dan pemimpin contohi.

Sekarang kita banyak melihat orang yang bijak pandai menipu, menyeleweng, merasuah.
Sekarang kita banyak melihat orang berkelulusan tinggi menipu, pecah amanah, dsbnya

tengoklah mahathir tu pandai, tetapi menipu dengan muka selamba,
dan telah pun dicontohi dan ikuti pemimpin dan puak umno menipu, pengerusi dan orang spr juga menipu.

Orang yang tak jujur akan merosakkan,
merosakkan perjuangan,
merosakkan pengikut,
merosakkan umat,
merosakkan agama,
merosakkan negara,

orang yang jujur dan tahu sedikit dan pakaiannya biasa adalah kurang mudaratnya, ya kurang mudaratnya dari orang yang bijak, tahu banyak, lagi dress up tetapi menyeleweng, tidak jujur dan tidak amanah.

Ikutilah contoh akhlak Nabi Muhammad saw dan,
pegang teguhlah dengan AL-Quran, Hadis dan Ulama.

jika terlalu banyak teori dan sumber (termasuk machiaveli) nak guna sebagai ikutan, manusia akan terkeliru.
Yakinlah dan pegang teguhlah dengan AL-Quran, Hadis dan Ulama.

Sesungguhnya ALLAH Maha MENGETAHUI.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya, bersempena Hari Keputeraan Baginda 1425 Hijrah.

Wednesday

Minggu Intergrity

BY Aidil IN No comments

Baru-baru ini 27/2/2009 tempat kerja aku (Fakulti Kempimpinan Dan Pengurusan) telah melaksanakan minggu intergiri peringkat Fakulti. Minggu intergriti pada tahun ini sangat menarik dan tidak seperti pada tahun lepas. Ini kerana pada tahun ini minggu intergriti melibatkan semua staf FKP dan pelajar FKP. Pada tahun lepas minggu intergriti ini hanya terlibat pada pelajar2 sahaja.

Pada tahun ini FKP telah membuat banyak aktivi yang menarik. Antaranya ialah Explorasi, sukaneka, masak-masak dan kuiz. Salah satu aktiviti yang aku terlibat ialah explorasi. Aku baru kali pertama menceburi aktiviti exlplorasi ni. Exlporasi ini memang menguji minda dan juga fizikal. Aku bernasib baik kerana satu pasukan dengan Pn. Marina dan juga 4 orang pelajar yang bijaksana nie. huhuhu..



Jam 3.00 petang, Peserta explorasi berkumpul di lobi FKP. Task kami yang pertama ialah kami di minta membuat satu nama kumpulan. Nama kumpulan kami ialah The Last Together. Aktiviti paling menarik ialah kami di beri task membuat mumia. Memang seronoklah balut-balut orang jadi mumia ni. Selepas itu, task yang paling tak menarik sekali ialah membuat koktel interity. Mereka telah menyediakan barang-barang untuk membuat koktel ni. Barang-barangnya ialah telur mentah, peria, asam dan koktel. Kami memcampurkan benda-benda ini menjadi satu supaya menjadi air yang boleh diminum. Oleh kerana kumpulan aku mempunyai seorang lelaki, terpaksalah aku minum air tersebut. Terus teranglah aku memang tak pernah minum air mcm tu. Lagi2 dicampur telur yang tak masak tu. Pertama kali aku minum air tu, terasa tekak aku loya. Memang aku nak muntah. Aku tahan sampai mata aku ni berair2. mcm menangis..tapi bukan nangislah..tahan loya jer. Rasa telur tu memang loya. Nasib baik pada hari tu aku belum mkn tengah hari lagi. Aku memang sengaja tak makan tengah hari tu krn ada makan2 pada petang tu. Kalaulah masa tu perut aku kenyang, dah tentu aku terus muntahlah. confirmlah. Aku terpaksa menghabiskan air tu. Alhamdulillah, habis gak..huhuhu..

Task berikutnya, Salah seorang kumpulan kami diberi task menyanyi lagu USIM. Alhamdulilah selesai. Lepas tu, task berikutnya ialah membawa telur dalam sudu dan mengambil belon dan lempar belon tersebut tanpa melihat kepada kawan. Task ini kami selesaikan dengan mudah. Last sekali kami diberi task menyusun carta organisasi. Mudah sahaja dibuat oleh Pn. Marina. Aku tengok kumpulan lain yang menyusun carta organisasi ni, memang terabur. Dia orang ni, memang tak kenal Staf atasan nie. Buat malu jer.

Aktiviti intergiti pada tahun ini memang menyeronokkan dan penuh bermakna. Aku harap pada tahun depan minggu intergiti seperti ini akan diadakan pada tahun mendatang dengan lebih baik dan bermakna. Ini kerana minggu intergriti dapat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain. Terima kasih kepada yang menjayakan minggu intergriti peringkat Fakulti.

Tuesday

Kemesraan Rumahtangga

BY Aidil IN No comments

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..... .....

Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."
( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).

Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan."
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).

Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi..... ...

Sunday

Hadiah Buat Harijadi (Selingan)

BY Aidil IN 2 comments

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul