
Aku baru pertama kali peri ke MATTA Fair ni. Rupanya nak masuk ke MATTA Fair ni, kena bayar. Bayaran masuk Rm3 je. Sepatutnya tak perlu bayar pun. bukannya pameran dinasor yang memerlukan modal dan pekerja yang ramai. Aku rasa tak puas hati ada pihak mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan daripada pengguna ni. Penganjur mestilah dapat untung kerana mendapat duit sewa booth (gerai)daripada syarikat travel tersebut.Mustahillah tak untung.
Bila aku masuk kedalam Hall 1 di Banggunan PWTC ni, memang penuh dan sesak di dalam hall 1 nie. Suasana begitu bising dengan suara pekerja2 syarikat travel menjerit2 utk mendapatkan pelanggan mereka. Banyak booth (gerai) di dalam hall 1 nie. So, target utama aku ialah mencari booth travel Sabah. Akhirnya aku jumpa gak booth travel Sabah nie. Dalam booth nie ada lebih kurang 10 syarikat travel nie yang menawarkan package ke Sabah. Macam2 package ada. Package bermula dari 200 lebih hingga ke 4-5 ribu. Boleh tahanlah harganya. Pada mulanya aku nak pergi beli package pulau2 di sabah nie. Bila tgk harganya memang aku tak mampu nak beli. Untuk aku sorang bolehlah. Tapi akukan nak pergi berdua. Huhuhu..
So aku servey gerai2 sabah ni. Last sekali aku berminat dengan package ke Kota Kinabalu 3 hari 2 malam di hotel shangri - La. Harganya Rm350 seorang. Package tersebut ada snowcling di pulau Sapi, Tranfers and return boat di Pulau Sapi. BBQ lunch di Pulau Sapi. So mcm menarik je. Tp mcm mana nak pergi? Tiket kapal terbang tak beli lagi. Aku kena beli tiket kapal terbang ke Kota Kinabalu (KK) hari ini juga kerana promosi Air Asia akan tamat pada hari ini. MATTA Fair nu pun pada hari ini gak. Jadi aku kena pergi cyber cafe untuk membuat pembelian online tiket kapal terbang. Tp di mana cybercafe kat sini? Aku masih berfikir dan mecari idea bagaimana aku hendak mendapatkn tiket kapal terbang ke KK ni.

Lepas beli tiket kapal terbang aku terus ke syarikat travel ke KK yang menawarkan package tadi. pekerja tadi menegur aku "you dari tadi tidak balik lagi yek? Sudah malam nie". Eh. baru aku perasan jam sudah pukul 7.00. lama gak aku di MATTA Fair nie. Dari pukul 1 lebih. Seteleh diterangkan oleh mereka aku bersetuju utk membeli package tersebut. Kami akan pergi ke KK pada 2 ogos 2009 menaiki kapal terbang Air Asia.
*Sepatutnya tak perlu bayar pun. bukannya pameran dinasor yang memerlukan modal dan pekerja yang ramai*..
ReplyDeleteahaha..
tau xpe..
sy pnh msuk..
tah ape2 tah..
mahal lak tu..
uhuhu lame x bce blog awk ni..
~cik syam
en aidil..
ReplyDeletebile awk nk update kn blog awk ni..
sy nk bce..
~cik syam