Sunday

Selamat Berpuasa

BY Aidil IN No comments

Assalamualaikum..


Rasa aku belum terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Berpuasa. Tahun ini adalah tahun pertama aku berbuka puasa bersama dengan isteri aku. Tp aku buka puasa di rumah keluarga dia kat Cheras Baru. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Lagipun aku dah biasa dengan keluarga dia. Emm....Buka puasa kat Cheras, nanti raya kat Kluang lah. huhuhu..kenalah adilkan..sblm aku mengakhiri kata-kata aku ni, Sekali lagi aku nak ucapkan :
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa.

Friday

Honeymoon

BY Aidil IN No comments

Pada 2-4 Ogos yang lalu aku dan isteri bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Pakej ke Sabah ini telah lama kami beli. Di sini aku inginkan serba sedikit perjalan aku ke Kota Kinabalu, Sabah.


Hari Pertama
Jam 5.00 am. Aku bergerak ke LCCT, Sepang. Kami dihantar oleh member aku iaitu Muzammil. Sian dia bangun pagi2 sbb nak hantar aku nie. Sorilah zam..Kami terbang pada jam 6.50 pagi. Bila di dalam kapal terbang aku menmpah makanan pagi. Aku makan nasi lemak. Nak cuba rasa nasi lemak Air Asia ni. emmm.. Sedap..Isteri tempah nasi goreng. Pun rasa sedap. Sapalah yang buat nie? kami sampai di Lapangan Terbang KK, Sabah pada pukul 9.30 am. Sampai di sana ada seorang telah menunggu aku, nama dia Samido. Dia mengelarkan diri dia Sam. Sam adalah pemandu pelancong kami. Dia dihantar oleh syarikat yang kami membuat urasan.Selepas itu, Kami menaiki van pelancong dan hantar kami ke Hotel Shangri-La, KK. Kami hanya letak bag di kaunter hotel kerana sam hendak menghantar kami ke Pasar Ahad di tengah bandar. Sebenarnya tak delah jauh sgt hotel kami dengan pasar ahad ni lebih kurang 1.5 km je., tapi sam nak hantar kami ke sana. Okeys gak..Aku tercari2 pasar ahad nie, nak tahu gak apa yang best ni. aku dapat tahu Pasar Ahad ni hanya ada pada hari ahad dari jam 7 pg hingga 1.00 tgh hari. Kira aku ni beruntunglah sampai pagi2 di sabah nie. Bila sampai di sana aku tgk pasar ahad ni mcm pasar pagi di semenangjung. Itu je. Tp tak pe. aku nak jalan2 kat sini. So disamping itu, kami belilah barangan cenderahati spt gelang mutiara,gelang cristal,butang dan lain2 yang boleh di bawa ke Semenanjung. kami berjalan di pasar ahad pukul 1.00 tgh hari. huhuh lama tu jalan kat pasar ahad nie. Sbb lama, sbb kami memilih gelang2 mutiara ni. Semuanya cantik2. Selepas itu, kami jalan2 di bandar Kota Kinabalu ni. Kata orang bila sampai di KK ni, jgn lupa singgah di pasar philiphins. Kami pun mencarilah pasar philiphins nie. bila tgk2 barang2 sama yang terjual di pasar ahad. Tp harga dia sgt berbeza. Harga di pasar philiphins sgt mahal. nasib baiklah aku dah beli barang di pasar ahad ni. jadi kepada siapa2 yang pegi ke KK ni, jgn lupa singgah di pasar ahad. Murah. Jam menunjukkan pukul 5.30 pm. Badan dah letih berjalan. Berapa kilo meterlah aku berjalan di bandar KK nie. Kami pulang ke hotel utk berehat. Belah malam pukul 8.00 pm aku keluar dan menghala ke pasar philiphins ni. Aku bukan nak beli barang tp nak makan. Sebelah pasar philiphins ada pasar malam. dia orang jual2 makanan laut. jadi kami nak cuba makanan di Sabah ni. aku makan ikan kerapu,ikar tongkol, sotong,lumut laut dan nasi 2 pinggan. Semuanya Rm25.00. murah kan. ikan besar tu. kalau kat sini tentu dah mahal. lepas makan kami kembali ke Hotel. Jarak hotel kami ke pasar philiphins lebih kurang 500 m-1000 m. aku tak leh nak agak. Tak de jauh sgt. dalam perjalan ada pasar malam. Pasar malam ni setiap malam ada kat tgh2 bandar KK nie. dia orang jual kat jalan. Nama jalan dia jalan sinsoran. Pasar malam ni, jual barang2 yg sama je kat pasar philiphins. Harga dia murah dari pasar philiphins dan tinggi sedikit dari pasar ahad. kalau nak pegi ke KK ni, jgnlah beli barang ke pasar philiphins ni. Cekik darah. Mahal. Aku takut korang menyesal bila beli barang kat situ.

Klik disini untuk meihat gambar

Hari kedua
Pada jam 8.00 am, kami turun sarapan di hotel ini. Pukul 8.30 am sam datang bersama van yang aku naiki pada hari semalam. Kami di bawa ke Jeti. Aku tak ingat apa nama Jeti tu. Tapi kalau nak pergi ke Pulau mesti naik dari jeti tu. Segala urusan Sam yg urusankan. Aku hanya naik bot jer. Tujuan kami ke sini untuk di bawa ke Pulau Sapi. Semua ini termasuk dalam pakej pelacongan yang beli. Seronok naik bot ni. Pada pagi itu, ombak boleh tahanlah. Sbb air pasangkan. Melompat2 kami di dalam bot tu. Rasa takut tu memang ada. bot mcm nak terbalik jer bila langgar ombak. Kami di beri jaket keselamatan. Mana lah tahu nasib tak baik. mungkin bot tu boleh terbalik. Sam citer dulu ada orang nak bot nak kepulau tersebut. Tp bot tu terbalik. Kebanyakannya tak pakai jaket keselamatan. Jadi orang mati kelemasan di tgh2 laut. Bila sampai di Pulau Sapi ni. Perjalan mengambil masa 20 min.Kami diberi meja makan utk 2 orang. Barang2 kami letak je kat meja tu. Kami menukar baju utk mandi di pulau tersebut. Pada mulanya tak delah ramai sgt yang datang ke pulau tersebut. Bila pulul 10 lebih ramai yang mula datang ke pulau Sapi ni. Kebanyakannya pelancong luar negara. Terutama dari Jepun dan Korea. Sam kata kat Jepun dan Korea dah bermulanya cuti sekolah. Patut pun ramai. Tapi memang bestlah kat pulau tu. Semua pelancong pakai bigini. Tak kelip mata aku tgk dia orang ni. huhuhu...Pukul 1tgh hari kami makan BBQ lunch. emm..sedap..ketam,sotong, ayam panggang,sate dan lain2 lagilah. semuanya dah disediakan. Kami ni mcm raja dan permaisuri jer.huhuhu.. Kami gerak dari pulau pada pukul 2.30 ptg. Kami terus dihantar ke hotel. kami berehat kerana kepenatan di pulau itu. Pukul 5.00 ptg kami kembali ke sebelah pasar philiphins ni. kami jalan2 sekitar pasar tersebut kerana semlm tak jalan habis. lebih kurang pkul 9 lebih kami pulang ke hotel.

Hari Ketiga
Lepas sarapan pagi kami berjalan 500 meter utk pergi ke stesen bas. Tujuan kami ke sana kerana kami hendak pergi ke Gunung Kinabalu. Dalam pakej pelancongan kami ni, memang tak ke sana. Rugi jika ke KK tak pergi ke Gunung Kinabalu ni. Aku menaiki sebuah kereta Unser dengan bayaran Rm16 seorang. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bila Sampai di Gunung Kinabalu tu, kami membayar RM 3 seorang utk masuk ke sana. aku terpegun melihan keindahan Gunung Kinabalu. Sungguh Indah,nyaman dan tenang. kami berjalan2 sambil mengambil gambar utk dibuat kenangan. Kami gerak pulang pada pukul 1.00 dan sampai pada di KK pada pukul 3.00 pm. Kami minta pemandu tersebut menghantar kami si pasar phliphins. Berhampiran pasan philiphins ni ada pasar keropok. Jadi aku belilah ikat terubuk sarawak dan keropok sabah nie. Lepas tu aku pergi sebelah pasar philiphins.Kali ini aku nak mkn mee goreng. Mee goreng ni memang banyak. Kalau nak order tu kenalah makan 2 orang. takut tak habis. Minum ais ABC. ABC kat sini memang sedap. Utk pengetahuan semua aku dari mula sampai di kk ni aku dah minum ABC kat kedai makcik nie. Memang sdplah. Sblm aku nak balik ke kk ni,aku order ikan bakar. Harganya Rm12.00. Aku nak makan ikan bakar ni. Nanti bila sampai di semenanjun tak mknlah ikan bakar nie. kalau mkn pun mesti mahal lah. pada pukul 8.00 mlm Sam sampai di hotel utk membawa kami ke airport. Kami berlepas pada pukul 9.15 pm sampai pada pukul 12 am di LCCT. Bila sampai di LCCT muzammil mengambil kami.

Kami terasa macam sehari berada di KK ini. kami terlalu seronok berada di sana. Banyak kenangan manis berada di KK yang kami tidak akan lupakan. Terima kasih kepada Sam kerana anyak membantu dan menolong kami dari segi urusan perjalan kami. Terima Kasih Sam.
-Tamat-






Happy birthday Sayang

BY Aidil IN No comments



"Happy Birthday sayang". Itu ungkapan aku ucapkan kepada isteri aku pada pagi 27/8/2009. Aku hampir terlupa dengan birthday dia. Tiada apa yang aku dapat bagi pada pagi itu. Aku rasa mcm bersalah je. Jadi pada tgh hari itu aku menempah kek birthday dia. Pada belah malam pukul 10 lebih barulah aku menyediakan kek di atas meja. Pada malam tu semua lampu di matikan.Aku memasang lilin utk menerangi cahaya yang gelap. Selain itu aku membakar lilin di atas kek. Bertambah teranglah suasana gelap itu. Pada saat itulah dia meniup kek dan memotong kek tersebut. Ini kali pertama kali kami menyambut birthday dia selapas berkawin. Abang mendoakan semoga sayang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat anak yang soleh,bertakwa dan bijaksana. Semoga rumatangga yang kita bina ini berbahagia dan kekal hingga akhir hayat. Amin. Klik disini untuk meluhat gambar.

Wednesday

kawin di Johor

BY Aidil IN No comments

19 Julai 2009, majlis kahwin di rumah aku plak. Tp aku gerak bersama dengan keluarga belah isteri pada belah pagi. Majlis di kluang ni sangat meriah. Ramai sedara-mara,kawan-kaan aku yang hadir. Thanks kerana hadir ke majlis aku nie. Jika ada kesilapan dari keluarga aku, harap korang maafkanlah.

Saturday

BY Aidil IN No comments


Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan

manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep

pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang

sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.Maka si ayah

pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan

berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti

dengan pembentukan bayi dalam kandungan. Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah

menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah

lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si

anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni

pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang

pada muka depan tertulis.... ..


NAME : ............ .......... ........... ....

SCHOOL : ............ ......... ......... ...

CLASS : ............ . ......... ......... ....

SEX :........... ......... .......... ......