Wednesday

Hari Pengundian

BY Aidil IN No comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari Pilihan Raya ke -13 sudah belalu beberapa hari yang lalu.Kebanyakkan pengundi sudah mula bekerja. Aku masih di kampung halamanku kerana menamgabil cuti untuk berehat. Keadaan di sini tenang seperti sedia kala. Bendera yang dipasang dan dipajak dijalanan sudah mula dicabut oleh pihak masing-masing.

Aku nak cerita pasal hari mengundi di tempat aku, Selepas isteri aku mengudi di Kuala Lumpur terus aku cabut balik ke Kluang. Dalam perjalan hujan lebat dengan selebatnya. Alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi pada pukul 3.00 petang. Bila aku lalu di depan sekolah untuk mengundi ramai orang berkumpul di parti masing-masing. Ini kali pertama aku balik mengundi. Terperanjat aku bila melihat kawan-kawan aku berkmpul di parti masing, Aku rasa segan nak keluar kerana masing-masing berkumpul di parti masing-masing. Tp aku tekadkan diri untuk berjalan mengharungi mereka. Aku hanya terseyum sahaja. Dalam perjalanan seseorang rakan telah datang kearahkan dan memeluk aku sambil berkata, Dil, tolong bangsa kita, selamatkan Malaysia. Aku hanya terseyum dan diam saja sambil terus berlalu.

Rintangan pertama sudah berlalu, lagi satu rintangan aku hendak harungi, Aku lalu sambil bersenyum saja. Tiba-tiba ada orang memangil aku, Aidil, balik juga ko. Aku terus salam dan buat-buat perkara biasa je. Sambil salam tu ada member aku yan lain cakap, Dil, aku tahu ko undi apa. Okey ko pergilah mengundi. Huhuhuhu.

Sampai di sekolah aku pergi ke kaunter untuk memeriksa nama aku. Dalam perjalan ke lorong-lorong di sekolah tu, aku terserempak pula dengan member aku ni. Terperanjat aku kerana kawan aku berkerja sebagai SPR di situ. Ak cakap kayalah lepas ni. Masyuk. huhu..Aku terus jalan menuju ke tempat mengundi, terserempak lagi orang kampung aku disitu berkeja sebagai SPR. 

Bila sampai di tempat mengundi, aku menunjkkan IC dan nama aku terus disebut. Bila aku berpaling ke belakang lagi aku terperanjat kerana kedua-dua pemeriksa dan permerhati parti masing-masing adalah member aku semasa main bola dan sepak takrow masa dahulu. Masing-masing tidak bertegur dan muka serius sahaja. Kira di dalam tu semuanya aku kenal termasuklah orang yang mencalit jari aku ni. huhuh..Semua di dalam serius je. Macam tunggu nak berperang. Silap-silap berperang kat dalam tu. huhuhu. Tp selesai mengudi aku terus keluar dari situ.

Dalam perjalan nak ke kereta jumpa lagi halang yang aku lalui tadi. Aku tak berkumpul di parti masing-masing kerana tak terlibat dengan semua itu. Semasa aku hendak ke kereta ada seorang makcik yang aku amat kenal sekali semasa aku remaja dulu dan bertanya kepada aku, Undi apa Dil?bah ke tak ubah? Aku jawab dengan sepontan, Undi saya adalah rahsia, makcik'. Ooo.. ko tak menyebelahi mana-manalah.kira ko atas pagarlah. jawab makcik tu. 'iyer makcik. sy pengundi atass pagar. sambil tersenyum dan terus berlalu. huhuhuhu.


Syukur Alhamdulillah. Akhirnya aku telah menunaikan tanggungjawab aku sebagai pengundi rakyat Malaysia. Aku berharap pilihan aku adalah tepat dan wajar dan pemimpin yang aku pilih akan menjalankan tugas dan menyelesaikan masalah di tempat kampungku ini. Kepada para pengundi di seluruh Malaysia, anda mestilah memilih wakil rakyat yang telus dan berkerja di tempat anda. Anda telah memilih wakil rakyat anda supaya membawa kemakmuran dan kemajuan ditempat masing-masing. Selain it, wakil rakyat yang anda pilih itu, mestilah menyelesaikan masalah ditempat anda. Kepada wakil-wakil rakyat yang berjaya, aku ucapkan syabas dan tahniah kerana anda telah memangi pilihanraya yang lepas. Jangan leka dan tidur selepas menjadi wakil rakyat di tempat masing-masing. Anda semua adalah perkerja kepada rakyat. Jangan angkuh dan bongkak apabila menjadi wakil rakyat. 






0 comments :

Post a Comment