Thursday

No Smoking

BY Aidil IN 2 comments


"No Smoking". Itulah perkataan yang aku acapkali diucapkan kepada rakan2. Ada yang ketawa dan ada yang terkejut bila aku kata begitu dan ada juga yang tak percaya. Pada bulan Jun yang lalu, aku telah berhenti merokok buat kali terakhir dan selama-lamanya. Aku macam tidak percaya dengan semangat diriku ini kerana aku telah berjaya berhenti merokok. Pada mulanya aku berhenti merokok aku sering mengantuk dan menguap kerana tidak merokok. Mungkin itu salah satu faktor bila aku tidak merokok. Badan menjadi lemah dan aku terkena serangan selsema. Perkara ini berlaku selama 2 minggu berturut2. Tp lama kelamaan semuanya beransur pulih. Alhamdulillah akhirnya aku telah berjaya berhenti merokok dan aku telah menyahut cabaran kerajaan "Tak Nak" yang telah di war2kan oleh media cetak dan media digital. Aku telah berjimat lebih kurang Rm200 sebulan untuk membeli rokok (banyak tu). Duit ini bolehlah aku belanja benda2 yang perlu.

Mengikut sejarah, aku telah merokok berumur 17 tahun iaitu pada tahun 2000. Semuanya berpunca daripada aku sendirilah. Takkan aku nak salahkan orang lain plak. Lama gak aku hisap rokok ni, pejam pelik dah lapan tahun aku hisap rokok. Mesti paru2 aku dah hitam ni. Pada mulanya sehari 2-5 batang. tapi lama kelamaan aku telah menghisap rokok lebih kurang 10-15 batang sehari. Sampai tekak aku terluka kerana aku kuat merokok. Selain tu aku dah tak terasa rokok kenikmatan merokok. Akhirnya aku tekad untuk berhenti merokok.

Kepada kawan2 ku yang merokok, aku harap berhentilah merokok. Merokok tu membahayakan kesihatan.

2 comments :

  1. betul2...
    kesian kat wife n ank2 nnt...
    muda2 dah menjanda..
    kecik2 dah bergelar anak yatim...

    ReplyDelete