Friday

Holiday in Padang, Indonesia

Aku di dalam kabal terbang

Pemandangan dari dalam kapal terbang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini aku ingin berkongsi bersama percutian aku di Padang, indonesia. Aku mengikuti rombongan pelajar kaunseling tahun 4, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Rombongan ini seramai 60 orang. Mereka (Pelajar) datang ke Universitas Negeri Padang (UNP) kerana menghadiri seminar lintas budaya (Seminar pernukaran budaya) antara pelajar USIM dan juga pelajar UNP.

Borang ini perlu diisi semasa ketibaan di lapangan terbang Minangkabau.


Kenderaan awam yang sungguh kreatif.Semua bas dan van (angkut) di Padang memang bewarna-warni.


Baru-baru ini 8 nov 2008 jam menunjukkan pukul 3 petang waktu indonesia (4 petang waktu Malaysia) aku dan pelajar USIM sampai di lapangan terbang Bandar Udara Minangkabau, Padang, indonesia. Aku selaku juruvideo merakam segala kegiatan di lapangan terbang. Paling aku menyampah sekali ialah aku di kehendaki mengisi borang imegrasi indonesia. kami tersangkut di pintu masuk indonesia selama 30 min. Ini gara2 mengisi borang2 yang mesti di isi oleh warga asing. Kami di jemput oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar UNP dengan menaiki bas mini.

Sampai di UNP aku melihat keindahan banggunan Rektor (Canselori) UNP. Banggunan UNP bercirikan bumbung Minangkabau. Untuk pengetahuan semua, Minangkabau di Negeri Sembilan berasal dari Negeri Padang, Indonesia. Banyak sejarah yang aku dengar daripada penduduk di sini. Penduduk di sini pun memang begitu ramah. Pada petangnya pula, kami di bawa ke pantai untuk melihat keindahan sinaran matahari diwaktu petang. Selepas itu kami di bawa ke jambatan Siti Nurbaya. Di jambatan Siti Nurbaya ini, ramai peniaga menjual jagung bakar dan juga pisang bakar. Jagung bakar di sini memang lain daripada di Malaysia. Jagung bakar ini sungguh pedas sekali. Orang Minang memang suka masakan yang pedas. Bagi mereka, sesiapa yang kuat makan pedas beliau adalah orang yang gagah dan kuat.

9 nov 2008 pukul 8 pg. Kami di bawa ke teluk bungus. Pada mulanya, mereka ingin bawa kami ke sejarah Malim Kundang. Tapi kami bernasib kurang baik kerana jalan ke sana rosak dan tidak boleh dilalui oleh bas. Diriku berasa kecewa kerana tidak dapat melihat sejarah Malim Kundang :(. Kami banyak menghabiskan masa di dalam bas sahaja pada hari ini.


Van atau 'angkut' begitu popular di Negeri Padang.

Possing di dalam Van ataupun "angkut"

Pada waktu petang lebih kurang pukul 2.30 waktu indonesia aku,emi,alina dan ain ingin pergi ke plaza2 di padang. Kami ditemani oleh pelajar UNP yang bernama Zee. Zee ni, memang baik. Dia 'cool' melayan kerenah kami ni. Bila jalan2 di plaza kami ternampak restoran makanan segera iaitu KFC. 'Ada juga KFC di sini'.





Belah malam plak adalah aktiviti bebas. Aku,emi dan pelajar2 USIM menyewa motor. Bayarannya sungguh murah. Sewa motor jer 25000 rupiah (Rm8) selama 12 jam. Kami berjalan2 di sekitar bandar Padang ditemani oleh pelajar UNP. Setiap kami keluar mesti ditemani oleh pelajar UNP.
Pekan Padang


Muzium Negeri Padang.







Pemandangan di Teluk Bungus, Padang.


Pantai Muara, Padang



10 nov 2008 jam 8-10.30 pagi. Aku ke dewan untuk merakam seminar lintas budaya. Selepas itu, aku,emi, alina,ain,kak nab sekeluarga,rosdi, mama cafe dan anaknya pegi jalan2 di Negeri Padang. kami pegi ke muzium negeri padang, pasar pagi, pantai teluk bungus semula utk menikmati masakan Padang. Kami makan kepala ikan. Orang di sini memang suka masakan berlemak.


Belah malam plak majlis kebudayaan. Antaranya ialah tarian piring. Pelajar FKP telah membuat persembahan kebudayaan yang berada di Malaysia. Antaranya ialah nyanyian ghazal, dikir barat dan macam2 lagilah..

Gambar kenangan bersama Dekan FIP (bapak Firman) dan staf UNP.



Gambar bersama pelajar USIM dan Pelajar UNP


11 nov 2008 (8.00 pagi) Kami berangkat ke Bukit Tinggi. Bukit Tinggi ini adalah salah satu tempat perlancongan dan tempat membeli belah di Negeri Padang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ini kerana kami banyak berhenti kerana melawat tempat2 bersejarah. Antaranya ialah rumah Minangkabau dan juga Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur. Sungguh indah di kawasan ini. Ini kerana air terjun ditepi jalan jer. Selepas itu kami berangkat menghala ke bukit tinggi. Pukul 12.00 tgh hari waktu indonesia. Kami singgah di Restoran Rindu Alam yang paling popular di bukti tinggi ini.


Lauk Nasi Padang


Lauk Nasi Padang


Kami makan makanan Nasi Padang. Pukul 3.00 petang barulah kami dapat membeli belah di kawasan bukit tinggi. Salah satu barang yang aku beli ialah telekung untul mak aku. Harganya memang murah berbanding di Malaysia. Aku beli dengan harga 110000 rupiah (lebih kurang Rm40) dan baju batik ayah aku aku. Harganya 65000 rupiah (lebih kurang Rm20). Murahkan? Disini barangnya sungguh murah. Cuma ongkosnya tidak cukup. Kepada sesiapa yang ingin pergi ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia bolehlah bawa ongkosnya dengan banyak. Pukul 5.00 petang kami berangkat pulang ke UNP. Dalam perjalan kami singgah di restoran yang menjual sate. Sate disini memang unik. Tidak sama di Malaysia. kami Sampai di UNP pada pukul 10.00 mlm.

Pakaian pengantin Perempuan

12 nov 2008 jam 4.00 pg waktu indonesia. Kami berkemas dan bersiap sedia untuk pergi ke lampangan terbang bandar udara Minangkabau. Kami berangkat menaiki kapal terbang pada pukul 10.00 pagi dan sampai di LCCT, Malaysia pada pukul 11.00 pagi. Sampai di rumah aku terus tidur kerana keletihan. Untuk pengetahuan semua, perjalan di sana memang sungguh menyeronokkan. Ini kali pertama aku ke luar negara. Sudah tentu pada suatu hari nanti akan aku pergi ke sana kembali atau ke tempat lain. Wassalam.


Gambar perjalan pulang ke Malaysia.





P/s Semua waktu adalah waktu indonesia.

4 comments:

  1. cik,keren juga blognya,.,.,.
    ada g'pic waktu kita bikin tanda tangan di spanduk,itu yang waktu malam penutupan seminar???

    kalo ada send ama zie yah....

    makasi....

    ReplyDelete
  2. salam..
    ada lg x contact supir kt sane?
    tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. Padang merupakan salah satu kota di indonesia yang memiliki budaya yang menarik, dan tempat tempat disana sangat indah,
    pasti sangat berkesan berwisata di kota padang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...