Tuesday

Riadah

BY Aidil IN No comments

Tahun ni, setiap hari selasa petang dan malam aktiviti aku memang penuh. Waktu petang lepas habis berkerja aku akan bermain bola sepak bersama dengan team PPITM USIM. Semangat hendak bermain bola sampai aku beli kasut baru. tengoklah sendiri kasut baru aku tu. cantik tak..hahahah.. Bola sepak ni, dah lama aku tak bermain. Tak silap aku dah 10-13 tahun kut. Bila main hari tu memang semput. nak muntah pun ada. Tidak apa, buat masa ni, memang 'pancit' sikitlah. lama kelamaan nanti, okeylah tu.

           

Belah malam plak kul 10 pm aku main badminton bersama dengan Staf FKP sampai pukul 12 pm.
 
  
  
Kerana terlalu power sampai emi ni buka baju.  Nasib baiklah tak buka seluar. Kalau buka juga, dah lain jadinya.



 Yang ni muka2 kalah. Tengok aku mcm tak puas hati je.

0 comments :

Post a Comment