Monday

Jemputan di tahun baru Cina.

BY Aidil IN No comments


            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada kaum cina dan kawan2 aku yang menyambut tahun baru cina ini. Cuti tahun baru cina ni, aku berada di umah mak mentua aku di KL aje. Tahun baru cina inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Masa tahun baru cinalah inilah aku mendapat 2 buah jemputan perkahwinan daraipada kawan2. Hari Ahad baru2 ni, aku pergi kenduri kawin kawan isteri aku masa mereka belajar di IKB dulu. Nama dia Ika. Aku pergi jemputan ika ni kat Ijok. Pertama kali aku sampai di Ijok ni. Boleh tahan gak jalan nak pi Ijok ni. Jauh dia pun macam nak pi melaka. huhuhu..Terima kasih Ika kerana menjemput kita orang ke majlis perkahwinanmu. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu. Kalau ko tak jemput mesti aku tak pernah jejak kaki  ke Ijok ni. Tema perkahwinan ika ni adalah tema Jawa. Cantik pakaian kedua mempelai ni. Makanan dia pun sedap2. Sampai aku tambah 2 kali tu. Harap lauk kat umah Ika ni cukup.

         Hari Isnin aku pi rumah majlis perkahwinan Fazli member sekerja aku di Paroi N9. Aku pergi ngan saiful dan faizal (member kg aku). Isteri aku memang tak bawa sbb mengandung. aku suruh dia berehat. nanti dia letih. Tema majlis mazlis Fazli ni warna biru muda. Bila aku tengok warna pakaian pengantin ni, teringat masa aku kawin pakai baju biru ni. huhu..Ramai gak yang suka warna ni yeks. Tahniah kepada Fazli kerana selamat di ijab kabul dan akhirnya bersatu mereka ni. Semoga di panjangkan umur dan bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

         Kepada leha plak aku minta maaf kerana tak dapat hadir ke majlis perkahwinan ko. Sbb banyak sangat jemputan yang aku dapat. Kalau tak ada masalah mesti aku nak datang ke majlis ko nie, lagipun aku tak pernah jejakkan kaki di Kelantan tu. Minta maaf banyak2 yeks. Aku harap ko paham dengan situasi aku nie. aku ucapkan Selamat penganti baru dan semoga di berbahagia hingga ke anak cucuk. amin.

       Jadi pada tahun baru cina ni, aku dapat 3 jemputan. Tp majlis perkahwinan lah. huhuhu..Di sini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selalu hingga ke anak cucu. Amin.

           

0 comments :

Post a Comment