Monday

Jemputan di tahun baru Cina.

BY Aidil IN No comments


            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada kaum cina dan kawan2 aku yang menyambut tahun baru cina ini. Cuti tahun baru cina ni, aku berada di umah mak mentua aku di KL aje. Tahun baru cina inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Masa tahun baru cinalah inilah aku mendapat 2 buah jemputan perkahwinan daraipada kawan2. Hari Ahad baru2 ni, aku pergi kenduri kawin kawan isteri aku masa mereka belajar di IKB dulu. Nama dia Ika. Aku pergi jemputan ika ni kat Ijok. Pertama kali aku sampai di Ijok ni. Boleh tahan gak jalan nak pi Ijok ni. Jauh dia pun macam nak pi melaka. huhuhu..Terima kasih Ika kerana menjemput kita orang ke majlis perkahwinanmu. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu. Kalau ko tak jemput mesti aku tak pernah jejak kaki  ke Ijok ni. Tema perkahwinan ika ni adalah tema Jawa. Cantik pakaian kedua mempelai ni. Makanan dia pun sedap2. Sampai aku tambah 2 kali tu. Harap lauk kat umah Ika ni cukup.

         Hari Isnin aku pi rumah majlis perkahwinan Fazli member sekerja aku di Paroi N9. Aku pergi ngan saiful dan faizal (member kg aku). Isteri aku memang tak bawa sbb mengandung. aku suruh dia berehat. nanti dia letih. Tema majlis mazlis Fazli ni warna biru muda. Bila aku tengok warna pakaian pengantin ni, teringat masa aku kawin pakai baju biru ni. huhu..Ramai gak yang suka warna ni yeks. Tahniah kepada Fazli kerana selamat di ijab kabul dan akhirnya bersatu mereka ni. Semoga di panjangkan umur dan bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

         Kepada leha plak aku minta maaf kerana tak dapat hadir ke majlis perkahwinan ko. Sbb banyak sangat jemputan yang aku dapat. Kalau tak ada masalah mesti aku nak datang ke majlis ko nie, lagipun aku tak pernah jejakkan kaki di Kelantan tu. Minta maaf banyak2 yeks. Aku harap ko paham dengan situasi aku nie. aku ucapkan Selamat penganti baru dan semoga di berbahagia hingga ke anak cucuk. amin.

       Jadi pada tahun baru cina ni, aku dapat 3 jemputan. Tp majlis perkahwinan lah. huhuhu..Di sini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selalu hingga ke anak cucu. Amin.

           

Tuesday

Riadah

BY Aidil IN No comments

Tahun ni, setiap hari selasa petang dan malam aktiviti aku memang penuh. Waktu petang lepas habis berkerja aku akan bermain bola sepak bersama dengan team PPITM USIM. Semangat hendak bermain bola sampai aku beli kasut baru. tengoklah sendiri kasut baru aku tu. cantik tak..hahahah.. Bola sepak ni, dah lama aku tak bermain. Tak silap aku dah 10-13 tahun kut. Bila main hari tu memang semput. nak muntah pun ada. Tidak apa, buat masa ni, memang 'pancit' sikitlah. lama kelamaan nanti, okeylah tu.

           

Belah malam plak kul 10 pm aku main badminton bersama dengan Staf FKP sampai pukul 12 pm.
 
  
  
Kerana terlalu power sampai emi ni buka baju.  Nasib baiklah tak buka seluar. Kalau buka juga, dah lain jadinya.



 Yang ni muka2 kalah. Tengok aku mcm tak puas hati je.

Thursday

Bestnya cuti...

BY Aidil IN No comments

Hari ni adalah hari pertama aku naik kerja. Badan rasa lain macam jer. Ngantuk pun ada. Almaklumlah, aku ambil cuti yang pada hari isnin dan selasa. Cuti aku pada minggu ni sangat penuh. Sampai aku terlupa tentang kerja. Selain itu hilanglah beban dan masalah aku ditempat kerja buat sementara waktu. Bertapa seronoknya cuti pada minggu ini. Kalaulah hari2 macam2 ni, tentu seronokkan.

Pada hari jumaat minggu lepas, aku gerak balik ke kg pada pukul 11 mlm. Aku terpaksa tidur sementara waktu untuk menghilangkan ngantuk aku nie. Sampai di Kluang pada pukul 2.30 pagi. Aku dah biasa gerak pada tengah malam. Ini kerana pada waktu itu tidaklah banyak kereta yang berada ditengah jalan. Tp gerak malam ada risikonya. Salah satu risiko ialah apabila kenderaan kita rosak ditengah jalan. Susah sikit nak minta bantuan. Sambung citer aku tadi. Sampai di Rumah family aku, yang belum tidur hanyalah abang sulung aku. ayah dan ibuku sudah lena di buai mimpi kerana kepenatan setelah membantu jiran aku gotong royong kenduri kahwin.

Pada esoknya 30/1/2010 hari sabtu, aku pergi ke rumah jiran aku kerana anak bongsu mereka kahwin. Aku hanya dapat membantu membasuh cawan2 yang kotor sahaja. Itulah tugas yang mudah bagi aku. huhu. Pada petang tu aku pergi ke rumah akak ipar aku di Taman Desa. Sampai di sana sahaja terus kami ke pasar malam. Pada pukul 10.30 mlm akak aku plak datang. Kul 11 mlm barulah abang aku balik dari main golf. emm..Abang aku ni asyik main golf jer. Setahu akulah main golf ni banyak guna duit. Tak pelah, dah minat dia. Aku tak leh nak halang. Lepas tu abang aku ajak pi makan kat luar. Tp aku tak makanlah sbb dah lewat sgt. Biasanya aku makan sblm pukul 8 mlm. Kalau lebih waktu tu aku mkn buah je. Kadang2 aku terlajak gak. Tp tak selalulah.

Hari Isnin pukul 12.00 tgh hari aku pergi ke Kota Tinggi bersama dengan wife aku, anep dan wife dia. Aku pergi ke Bandar Penawar. Ada Urusan Perniagaan. Sampai Bandar Penawat tu lebih kurang pukul 2.30 ptg. Boleh tahanlah perjalanannya. Mcm balik umah aku di Nilai plak. Selepas seleasai urusan tersebut, kami pergi ke WaterFall Kota Tinggi. Aku dah lama tak pergi Waterfall ni. Setahu aku, last sekali aku pergi sana masa umur aku 14 tahun kut. Sekarang dah 27. Lama tu. Adalah sikit perubahannya. Dulu airnya dalam. Tp sekarang airnya cetet. Sesuai untuk kanak2. Bayaran masuk waterfall ni satu kepala RM 7.50. Emm..apsal lah mahal sangat. Tp yang best sekali aku dapat main boya bersama dengan gelungsur air. Best sgt. Aku pun tak pernah main mcm tu. Aku jadi mcm zaman2 kanak dulu. Emm...Seronoknya. Hilang semua masalah yang ada. Mula2 aku ingat naperlah mahal sgt. Rupanya dah ada gelungsur air nie. Lagipun persekitarannya bersih. Terjaga dengan baik. So aku berasa puas hati dengan kawasan tu. Ada setengah tempat di negara kita nie, ada pengusaha mengambil jalan mudah jer. Nak untung tp tak terjaga kawasan persekitarannya. Contohnya pantai di Teluk Kemang tu. Air pantai di sana sangat kotor. Isshh...Jijik aku nak mandi kat situ lagi. Pantai di sana bersambung dengan longkang2 dari bandar dan juga hotel2 yang berdekatan. Ada masa aku nak masuk dalam pantai tu aku ternampak tuala wanita. Bukan tu je. Banyak sampah sarap di kawasan tu. So aku memang tak nak mandi di kawasan Teluk Kemang Tu. Airnya san
gat Kotor dah berbau busuk.

 
 
 
 



Sambung citer aku tadi, Lepas mandi di waterfall tu, jam sudah menunjukkan pukul 6.45 ptg. Jadi kawasan tu pun dah nak tutup pada pukul 7.00 mlm plak. Kalau sapa2 nak pegi jgnlah lewat sgt. Nanti tak puas nak mandi. Kalau nak tidur kat situ pun boleh. Waterfall ni memang sediakan tmpt tinggal spt chalet. Pasal bayaran chalet tu, aku pun tak tahu berapa harganya.

Hari Selasa petang aku gerak pulang ke Nilai. Terasa berat hati nak tinggalkan kampung halaman aku nie. Di sinilah tempat aku membesar dan bermain bersama dengan kawan2 ku. Banyak pengalaman dan kenangan manis dan pahit di sini. Tp semua itu akan aku jadi kenanganku sampai bila2.