Saturday

Menaiki komuter yang selesa.

BY Aidil IN No comments

komuter berwajah baru
Hari ni aku kerja. Aku begerak deri KL kerana malam tadi aku tidor di rumah mak mentua aku. Aku menaiki komuter KTMB dari Bandat Tasik Selatan dan turun ke Nilai. Aku malas nak naik kereta kerana akan menambah kos perjalanan aku seperti minyak dan tol. Jadi aku pikir lebih baik naik Komuter KTMB kerana boleh jimat dan merehatkan badan serta minda aku. Kalau aku naik kereta bila pulang ke KL nanti pasti aku akan letih dan mengantuk. Jadi boleh membahayakan nyawa aku dan orang lain.




Sekarang ni KTMB telah membeli komuter yang baru. Komuter ni agak panjang dan selesa sekali. Jadi tidaklah pengguna perlu berhimpit-himpit dengan pengguna yang lain. Selain itu komuter ni mempunyai penghawa dingin yang sejuk serta mempunyai television yang memasang cerita karton tom and jerry. Bagus juga rancangan ni. Bila aku tengok rancangan ni, dapatlah kurangkan tekanan. kelakar bila aku tengok gelagat tom and jerry ni. Tengah leka layang citer tom and jerry ni, dah sampai nilai. kejap je rasanya. 

television di dalam komuter


Bila aku tengok keadaan di sekeliling aku, tidak semua orang melihat televison yang terpasang di komuter tu. sebab televison tu kecik. Pasti pengguna tidak dapat melihat dengan jelas kerana ada beberapa kerusi berkedudukan jauh dan terlindung diantara kerusi yang lain.Sekiranya pihak KTMB menambah perkhidmatan internet pasti ramai lagi akan naik komuter ni dan pengguna boleh memeriksa email, membaca berita dan pelbagai lagi. 

Selesa dan nyaman
Secara keselurannya aku berpuas hati menaiki komuter ni. Aku berharap pihak KTMB boleh manambaik baik mutu perkhidmatan seperti mengadakan internet wireless di dalam komuter supaya pengguna boleh melayari internet. Selain itu pihak KTMB boleh mensiarkan pelbagai rancangan yang boleh meningkatkan maklumat kepada pengguna KTNB.

0 comments :

Post a Comment